Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Monday 30 June 2014

Terus Sihat di Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah hari ni da masuk hari kedua kita berpuasa...Semalam saya ada terbaca satu artikel dari Mingguan Malaysia berkaitan sihat di bulan Ramadhan dan di sini saya ingin kongsikan apa yang ditulis oleh penulisnya Raja Intan Dianna Raja Azahan...


Masuk sahaja bulan Ramadhan, umat islam di seluruh dunia mula menahan diri dari makan dan minum serta segala perbuatan yang membantalkan puasa,sejak dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari selama sebulan..

Kenapa kita perlu berpuasa?Daripada sudut rohaniah,ia membentuk seseorang itu menjadi lebih baik dan bersederhana. Dari sudut kesihatan pula,ia merupakan tempoh untuk kita mengawal nafsu yang sering kita lakukan antara sedar atau tidak yang sebenarnya memburukkan tubuh badan.

Makan kini bukan lagi keperluan tetapi lebih kepada keinginan, kita makan tanpa mengira waktu dan menuju ke arah obesiti. Kita minum terlalu banyak kopi,atau teh atau minuman karbonat yang sudah tentu tidak elok untuk badan.

Bagi perokok tegar juga tidak sentiasa lagi berasap walaupun sudah tahu seribu satu keburukan kepada tubuh badan dan orang sekeliling akibat perbuatan tersebut.

Apabila kita berpuasa,kita tidak dapat melakukan semua itu dan ia dapat memupuk gaya hidup yang sihat dalam jangka masa yang panjang jika kita berterusan berjaya mengawal dan mendisiplinkan diri daipada sikap berlebihan.Selain itu,pelbagai kebaikan lain seperti mengawal stress,sakit jantung dan masalah kolesterol berlebihan.

Berpuasa juga dikatakan dapat merehatkan sistem badan yang penat berkerja keras selama 11 bulan..Dengan berpuasa kita dapat :





  • TURUNKAN BERAT BADAN

Berpuasa terbukti baik untuk kesihatan selain kebaikan rohaniah,namun ramai yang lupa niat asal berpuasa yang menuntut kita bersederhana, sebaliknya "membaham" pelbagai juadah bersahur dan berbuka dengan alasan tidak makan seharian.Cara pemakanan ketika besahur dan berbuka yang tidak betul menjadi punca lebih banyak penyakit ketika bulan ini.Fakta ini turut disokong oleh Pakar Diet,Mahkota Medical Centre (MMC),Ong Si Wen yang menyatakan begitu banyak kebaikan daripada berpuasa ini..

" Sebagai contoh,berpuasa dapat menurunkan berat badan walaupun tidaklah telalu nyata kerana kurangnya frekuensi makan dan menikmati kudapan" . "Namun ia perlu disertai dengan pengambilan makanan seimbang yang rendah gula dan kalori serta sayuran dan buah-buahan" ujarnya.

Terangnya, ketika berpuasa,badan kita menjanakan tenaga sendiri dengan membakar sumber daripada lebihan lemak yang tersimpan dan gula untuk menghasilkan tenaga. Hati merupakan organ yang memainkan peranan paling penting dalam proses ini..ia menukarkan lemak menjadi bahan kimia yang dipanggil "ketone" yang kemudian ditukarkan sebagai sumber tenaga."Bagaimanapun terlalu bnayak "ketone" boleh menyebabkan badan menjadi berasid dan pada jangka masa panjang ia boleh menyebabkan komplikasi."

"Tidak mengambil makanan yang betul ketika sahur dan berbuka puasa boleh menyebabkan masalah ini."tegasnya yang begitu menekankan pemakanan yang seimbang.



  • PENYAHTOKSINAN
Ujar Si Wen, ada bezanya antara berpuasa dan proses penyahtoksinan yang mana penyahtoksinan kadang-kadang melibatkan prosedur seperti enema dan pengairan kolon.Namun sesetengah kesan berpuasa dan penyahtoksinan adalah sama iaitu pembuangan toksid yang terkandung dalam makanan yang kita ambil saban hari.

Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh toksin yang diperoleh daripada kandungan makanan kita.Antaranya racun perosak, bahan pengawet, sisa dadah dan bahan kimia ,bahan pencuci serta seribu satu bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan yang diambil tanpa kita sedari.

Ada yang mengamalkan puasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses penyahtoksinan sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.Namun,tegas Si Wen, proses tersebut tidak digalakkan kerana tidak mendapat nutrient yang seimbang.




  • GASTRIK
Masalah gastrik sering dijadikan alasan untuk tidak berpuasa.Menurut Si Wen,tidak dapat dinafikan yang berpuasa boleh meningkatkan tahap keasidan asid gastrik di dalam perut sesetengah orang menyebabkan pedih ulu hati,sakit perut dan rasa masam di dalam mulut.

Namun ujarnya,ia boleh diatasi dengan mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti roti gandum penuh, sayur-sayuran, kacang humus, dan buah-buahan.

"Makanan-makanan ini menyebabkan tindakan bahagian otot yang mengisar dan mencampurkan makanan,memecahkan ia menjadi partikel kecil lalu membantu mengurangkan penghasilan asid di dalam perut."terangnya..







Sumber:Mingguan Malaysia edisi 29 Jun 2014



WallahuA'lam


Mau dapatkan supplement untuk membantu kekal cergas dan sihat di Bulan Ramadhan?


hubungi Salihah  di 017 854 5086


***TERIMA KASIH ALLAH ***




Sunday 29 June 2014

Kuatkan Sistem Pertahanan Badan Anda

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Musim-musim panas membahang ni mesti ramai yang kena demam,selsema dan batuk kan??Actually,kami sekeluarga pon baru je pulih dari demam....huhu


Asal demam jer..mesti ingat PANADOL...asal panadol jer,mesti demam...hihi...kamcheng sungguh DEMAM dan PANADOL yer..


Actually,tak elok makan PANADOL selalu sangat kerana boleh menyebabkan penyakit buah pinggang jika tak dikawal penggunaannya..Tak kiralah jenis ape Panadol tu..Active fast ke...Panadol 650 ke...semuanya sama saja..ada campuran bahan kimia yang boleh rosakkan tubuh badan..



Cuba ikhtiar cara lain plak...ikhtiar dengan pengambilan suplement semulajadi..yang xde bahan kimia langsung...lagi selamat untuk tubuh badan kita..di sini saya share kan tentang Nutriferon Shaklee iaitu sejenis supplement untuk MENINGKATKAN SISTEM PERTAHANAN/IMUNISASI BADAN..








APAKAH SISTEM PERTAHANAN/IMUNISASI BADAN?


Sistem pertahanan atau imunisasi merupakan suatu sistem pertahanan yang digunakan untuk melindungi tubuh dari jangkitan penyakit atau kuman.


Penyakit atau kuman merupakan protein asing yang berbeza dari protein tubuh kita...dan ia dikenali sebagai antigen...Disebabkan ia benda asing dalam badan,maka antigen ini harus disingkirkan dari badan...



Sesuatu yang bertugas untuk menyingkirkannya ialah antibodi, iaitu sistem pertahanan badan..Antigen (dikenali sebagai virus) memasuki tubuh melalui kulit dan selaput lendir..Oleh yang demikian,sel-sel tubuh akan menghasilkan interferon..



Dalam bidang imunologi,interferon berperanan penting sebagai agen pertahanan dalam tubuh untuk melawan jangkitan virus.Ia merupakan sebahagian daripada sistem imun dalam badan yang tidak spesifik yang perlu diransang pada peringkat awal jangkitan virus sebelum sistem imuniti dalam tubuh mempunyai masa untuk bertindak balas melawan virus.







NutriFeron dalam setiap stik


APA ITU NUTRIFERON?


Nutriferon merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun badan.Bila diambil setiap hari,ia dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan anda yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun.




APAKAH FUNGSI NUTRIFERON?



  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari..Ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia..Kajian telah menunjukkan bahawa inteferon mampu untuk meransang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi di dalam badan untuk tindakan..(T-sel,B-sel dan macrophage)
  • Melawan kanser dan tumor..Interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang meransang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser.Juga ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi
  • Melindungi dari influenza..ia mengimbangi response imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara,berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus,mikrob,demam,selsema,alahan,keradangan dan influenza.
  • Meringankan tekanan dan kelesuan.Membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan,tekanan,keletihan dan gaya hidup aktif
  • Melambatkan penuaan.Formula unik Nutriferon meransang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas,virus,dan kuman yang aktif.Oleh itu,sel menjadi lebih sihat.
  • Membantu wanita yang mengalami ketidakselesaan akibat menopaus
  • Merawat masalah gejala pra haid seperti sakit belakang,senggugut,kejang otot,mood swing,tidak lena tidur,resah dan sebagainya                                                                    


KENAPA PERLU MEMILIH NUTRIFERON SHAKLEE ?


  • Kemajuan dalam Sains Sistem Imunisasi
Dr Yasuhiko Kojima merupakan ahli imunologi yang terkenal di dunia dan beliau merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954, semasa menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.Setelah 40 tahun menjalankan penyelidikan dengan menguji ratusan sebatian semulajadi,beliau berjaya menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan (biji labu,bunga safflower,benih plantago,kuntuman bunga Japanese) yang menggalakkan pembentukan interferon di dalam badan manusia secara semulajadi.

  • Meningkatkan paras interferon secara semulajadi
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti inteferon memainkan peranan yang amat penting dalam membina sistem pertahanan badan yang kuat dan sihat.Nutriferon merupakan satu-satunta pemakanan tambahan di U.S yang diyakini boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

  • Terbukti daripada empat kajian klinikal pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberikan imunisasi sehingga ke peringkat sel.Kajian menunjukkan khasiat pemakanan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperoleh hasil daripada campuran empat ekstrak tumbuhan (biji labu,bunga safflower,benih plantago,kuntuman bunga Japanese) di dalam Nutriferon.


  • Rumusan Berpaten yang Eksklusif

NutriFeron merupakan produk keluaran Shaklee sahaja.Sebagai suatu brand supplement yang hebat dan berkesan,ia telah melepasisatu set ujian-ujian yang ketat dari segi keselamatan,ketulenan,keberkesanan dan prestasi.

Dalam satu kajian makmal baru-baru ini,NutriFeron telah menunjukkan yang ia memberi kesan secara positif terhadap sel-sel pembunuh semulajadi  (NK)-sokongan tambahan bagi penemuan hebat dalam sains sistem imun.










 SIAPA YANG PERLUKAN NUTRIFERON?                                                                    


  • Sesiapa sahaja yang berumur lebih dari 12 tahun dengan lifestyle yang sangat sibuk,tekanan hidup yang menyebabkan sistem imun badannya senang diserang penyakit
  • Individu yang ingin mengekalkan sistem imun badan mereka di tahap maksimum
  • Individu berumur (senang dapat penyakit)
  • Individu yang demamnya berpanjangan melebihi seminggu
  • Individu yang mengamalkan diet tidak seimbang
  • Individu yang sering tertekan
  • Indidvidu yang gaya hidupnya tidak aktif
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun ambil mengikut dos yang diberikan
  • Ibu menyusu boleh ambil..tetapi ibu mengandung tak boleh ambil


CARA PENGAMBILAN 


  • Untuk mereka yang sedia sihat >>>> boleh ambil 1 stick seminggu
  • Untuk mereka (dewasa) yang selesema,batuk dan demam berpanjangan >>>>ambil 1 stick setiap hari
  • Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun >>>> ambil dalam kuantiti separuh sudu teh sahaja setiap hari
#  Bancuh bersama air dan kena minum secepat mungkin sebab ianya mudah menyerap kelembapan selepas dibuka


Jangan berlengah-lengah lagi untuk berikan yang terbaik kepada ahli keluarga kita...DUIT boleh dicari tetapi KESIHATAN????
Tiada galang gantinya....


Bak Kata Pepatah...

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT



Mahukan keluarga sentiasa kuat,sihat dan cergas?Hubungi saya,



SALIHAH (1122713)

PM/WhatsApp:017 854 5086

FB:HaniqHani Salihah

LIKE FB Page:Butik Sihat+Cantik

Instagram:haniqhanisalihah

Email:sitisalihah86@yahoo.com



*Setiap pembelian dengan saya,pelanggan akan disertakan :

>> Panduan pemakanan yang betul untuk kesan yang terbaik
>> Tips rawatan dengan percuma
>> Perundingan percuma seumur hidup 

========================================================================

Mahu dapatkan dengan HARGA AHLI ?
Shaklee telah menetapkan bahawa HARGA AHLI hanya untuk ahli yang berdaftar sahaja..

Terdapat pelbagai kelebihan apabila berdaftar sebagai AHLI SHAKLEE..
Jangan berlengah lagi !!! Dengan hanya YURAN PENDAFTARAN RM65,anda layak mendapat potongan harga sebanyak 20%-30%...

KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE KLIK SINI



***TERIMA KASIH ALLAH***




Sumber : http://biologimediacentre.com/
               : http://hafizamri.com/bahaya-ubat-panadol-pada-tubuh-badan-kita
               : Buku panduan produk shaklee 2013








Saturday 28 June 2014

Resipi Minuman untuk Juadah Bersahur dan Berbuka

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah....malam ni kita da start berterawih...betapa rindunya saya untuk berterawih bejemaah di masjid..tahun lepas saya tak berkesempatan untuk fully sebulan terawih kerana sedang sarat mengandungkan Syerlin...


Dan puasa tahun ni agak mencabar jugak..memandangkan sedang menyusukan Syerlin...namun saya memilih untuk still fully breastfeeedingkan (susu badan 100% dan makan bubur nasi..no formula milk) Syerlin walaupun berpuasa..


Untuk realisasikan niat itu,saya telah memborong PERFOMANCE DRINK,ESP,MEALSHAKE,MADU,JUS DELIMA,KISMIS dan beberapa jenis sayur penggalak susu badan...Wajib ada menu sayur seperti lobak putih,lobak merah,sayur kuchai,jantung pisang,halba,tempe,longan kering,barli dan lain-lain lagi...(akan di google makanan apa lagi tuk boostkan susu badan)...


Haaaa...punyer la banyak list makanan tuk ibu menyusu berpuasa ni...hiihi...tapi yang paling mudah la ialah ESP+MEALSHAKE+PERFOMANCE DRINK...(KLIK SINI)..bancuh bersama dan shake2...selepas makan sahur n tunggu dalam 10 minit nak abes waktu sahur terus minum set milk booster ni n minum plak segelas air putih......ini plan saya tuk puasa ni la...


Bawah ni saya sertakan resepi ESP untuk dipelbagaikan....kalo tak boring gak asyik menu sama kan...30 hari tu....sahur sekali n berbuka sekali...60x tuuu...wajib dah kena variasikan menu....

  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + Susu Anmum
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + Jus twister tropicana
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + koko + oat (blend semua sekaligus)
  • ESP + kurma + oat + kismis + badam (blend semua sekaligus)
  • ESP + Barli
  • ESP + avocado + fresh milk (blend semua sekaligus)
  • ESP + mealshake + milo
  • ESP + oat + madu
  • ESP + air kelapa muda (rasa macam coconut shake berlemak)


  • oohhh.....baby Syerlin da bangun nak neneng...Sebenarnya pelbagai resepi lagi yang ibu2 leh sediakan..ni yang sempat sy kongsikan tuk pagi ni..ni semua berdasarkan menu yang saya da buat n cuba...ibu-ibu mesti lagi kreatifkan...jom pakat2 share...


    ingat yer.....bukan tertakluk kepada ibu menyusu jer...seisi keluarga leh minum taw.....


    kalo maukan ESP+MEALSHAKE+PERFOMANCE DRINK n pelbagai supplement tuk lagi sihat ...roger2 la saya k...


    SALIHAH (1122713)

    PM/WhatsApp:017 854 5086

    FB:HaniqHani Salihah

    LIKE FB Page:Butik Sihat+Cantik

    Instagram:haniqhanisalihah

    Email:sitisalihah86@yahoo.com



    *Setiap pembelian dengan saya,pelanggan akan disertakan :

    >> Panduan pemakanan yang betul untuk kesan yang terbaik
    >> Tips rawatan dengan percuma
    >> Perundingan percuma seumur hidup 

    ========================================================================

    Mahu dapatkan dengan HARGA AHLI ?
    Shaklee telah menetapkan bahawa HARGA AHLI hanya untuk ahli yang berdaftar sahaja..

    Terdapat pelbagai kelebihan apabila berdaftar sebagai AHLI SHAKLEE..
    Jangan berlengah lagi !!! Dengan hanya YURAN PENDAFTARAN RM65,anda layak mendapat potongan harga sebanyak 20%-30%...

    "KLIK SINI" UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE : KLIK SINI




    Wednesday 25 June 2014

    Vitamin C untuk Kuatkan Antibodi Kanak-Kanak

    Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


    Bila teringat vitamin C teringak plak zaman saya kecik2 dulu...mak ayah belikan pelbagai jenis vitamin untuk kami adik beradik..sebab kami sering demam,selsema dan batuk...
    bila sorang kena abes semua kena...Bila sy sendiri da jadi seorang ibu ni baru la paham betapa risaunya mak saya dulu kalau anak-anaknya sakit...


    Tambahan plak sekarang musim panas melampau dan jerebu...Semestinya anak2 akan cepat jatuh sakit sekiranya tubuh mereka tidak mempunyai pertahanan badan yang kuat..


    Disini saya kongsikan beberapa jenis vitamin yang boleh meningkatkan imuniti badan anak-anak menghadapi musim panas dan jerebu ini...






    Vitamin C adalah sejenis vitamin yang diperlukan oleh badan manusia (dikenali juga dgn Asid Askorbik).Tetapi badan kita tidak dapat menghasilkan dan menyimpan vitamin C sendiri.Sebab itu kita perlukan sumber dari luar untuk memberikan vitamin C kepada tubuh.


    Sumber Vitamin C

    Untuk memastikan anak-anak mendapat khasiat vitamin C yang secukupnya,maka para ibu perlu menyediakan makanan yang kaya dengan vitamin C..Sebagai contohnya buah-buahan (lemon,oren,betik,nenas,pisang,epal,kiwi,jambu batu) dan sayur-sayuran (tomato,brokoli,kubis,sayuran hijau,kekacang)...

    Kalau anak tak suka makan buah dan sayur tu macam mana plak??
    saya ada caranya...jom baca lagi kat bawah ni






    Akibat Kekurangan vitamin C

    Kekurangan vitamin C boleh mengundang risiko yang berbahaya kepada anak-anak.Sebagai contohnya,gusi akan berdarah,luka lambat sembuh,anak akan kelihatan pucat dan letih sentiasa...

    Terlalu banyak jenis vitamin C di pasaran..tetapi ibu bapa seharusnya lebih peka dalam memilih vitamin yang selamat untuk anak-anak.Buat kajian dulu sebelum membelinya...

    Disini ada fakta dan ciri-ciri tentang kebaikan Chewable Vita-C shaklee untuk anak-anak..Jom sama-sama kita telitikan...





    CHEWABLE VITA-C PLUS 100 mg
    Khasiatnya untuk kanak-kanak :

    Vitamin C ini boleh dikunyah jadi amatlah sesuai untuk kanak-kanak.Malah rasa asli buah oren amatlah digemari mereka.Vitamin C boleh digantikan sebagai gula-gula bagi anak-anak yang gemarkannya..Sekiranya anda takut anak tercekik,anda boleh larutkannya dalam air kerana vitamin ni larut dalam air..antara kebaikan vitamin C ini ialah:

    • Vitamin C ini diperbuat daripada sumber semulajadi.khusunya dari tumbuh-tumbuhan..Jadinya badan lebih mudah menyerap khasiat nutrientnya..
    • Formulanya diperkaya dengan Citrus Bioflavanoid Complex bagi kebaikan yang maksimum
    • Membina imun badan agar anak-anak tidak mudah diserang selsema dan demam
    • Untuk kesihatan kulit.Bagi anak-anak yang mempunyai kulit sensitif dan mempunyai parut akibat dari menggaru kulit,digigit seranggan,luka atau sebagainya,vitamin C ini dapat membantu menghilangkan parut-parut  tersebut.
    • Penting dalam pembentukan tulang.Ini disebabkan vitamin C membantu tubuh dalam penghasilan kolagen..Kolagen membantu dalam memastikan tulang ,otot,gigi serta kulit berada dalam keadaan sihat serta kuat
    • Membantu mencegah gusi berdarah
    • Tiada perasa tiruan,pemanis,pewarna dan bahan pengawet (rasanya masam masam buah oren)
    • Meningkatkan penyerapan zat besi didalam badan (zat besi amat penting dalam penghasilan hemoglobin dalam darah)
    • Membantu memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh

    Kandungan :

    Setiap sebiji CHEWABLE VITA-C mengandungi 100 mg vitamin C atau bersamaan 1.5 biji oren....Hakikatnya vitamin C dalam sebiji buah akan cepat berkurang selepas dipetik dari pokok..Tambah-tambah lagi kalo disimpan lama-lama dalam kotak...Pastu diawet plak untuk kekal lama...hurmmm...

    So agak2nya cukup tak kalo anak-anak makan sebijik setengah sehari?Rasanya mahu 4 bijik oren sehari bagi mendapatkan hasil yang sama dengan sebijik CHEWABLE VITA-C...Dah la harga buah semakin mahal sekarang...huhu...

    So,sebab itulah anak-anak digalakkan mengambil makanan tambahan (supplement)...salah satunya adalah CHEWABLE VITA-C..anak-anak seawal 4 tahun da leh makan....alternatif terbaik bagi anak yg tak suka makan buah dan sayur...

    harganya mesti mahal kan???nak tau mahal murah berbaloi atau tidak..cer amek kalkulator dan kira..(rujuk harga bawah ni jer)...



    Harga :

    Sebotol (90 biji ) adalah RM 37.50


    Berapa sen sangat la sebijik CHEWABLE VITA-C ni...jajan lagi mahal kak oiiii...


    Jangan berlengah-lengah untuk berikan yang terbaik kepada buah hati kita...kerana mereka lah harta yang paling bernilai untuk insan yang bergelar ibu bapa...



    Mahukan anak-anak anda sentiasa kuat,sihat dan cergas?Hubungi saya,



    SALIHAH (1122713)

    PM/WhatsApp:017 854 5086


    LIKE FB Page:Butik Sihat+Cantik

    Instagram:haniqhanisalihah

    Email:sitisalihah86@yahoo.com



    *Setiap pembelian dengan saya,pelanggan akan disertakan :

    >> Panduan pemakanan yang betul untuk kesan yang terbaik
    >> Tips rawatan dengan percuma
    >> Perundingan percuma seumur hidup 

    ========================================================================

    Mahu dapatkan dengan HARGA AHLI ?
    Shaklee telah menetapkan bahawa HARGA AHLI hanya untuk ahli yang berdaftar sahaja..

    Terdapat pelbagai kelebihan apabila berdaftar sebagai AHLI SHAKLEE..
    Jangan berlengah lagi !!! Dengan hanya YURAN PENDAFTARAN RM65,anda layak mendapat potongan harga sebanyak 20%-30%...

    KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE : KLIK SINI


    ***TERIMA KASIH ALLAH***

    Tuesday 24 June 2014

    Gout dan Cara Merawatnya

    Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


    Assalamualaikum sahabat yang dikasihi semua..semoga semua ceria-ceria dan sihat selalu..
    Hari ni saya nak share sedikit berkenaan gout yang selalu menyerang kaum lelaki.

    Jangan pandang remeh sakit gout ni yer....mau pecah bijik mata menahan sakit...bapa saudara saya ada kena penyakit ni..nak jalan pon susah...kena kain nipis pun boleh berderai air mata...Makan memang kena berpantang la jawabnya...takut gout menyerang


    Apakah GOUT?

    Gout adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah.Asid urik adalah bahan kumuh berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.Badan kita membuang bahan kumuh ini melalui air kencing.Bagi pesakit gout,asid urik yang berlebihan itu tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.


    Mengapa urik asid berlebihan di dalam darah?

    Metabolisme dan pengendalian asid urik yang tidak seimbang.Sama ada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya....mengakibatkan asid urik jadi berlebihan.Ketidakseimbangan ini berpunca daripada faktor keturunan,kandungan purin yang tinggi dalam makanan,obesiti,pengambilan alkohol yang berlebihan,kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan yang tertentu seperti diuretik dan aspirin.


    Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?

    Asid urik yang berlebihan boleh mendap didalam sendi menyebabkan keradangan sendi.Mendakan ini akan menyebabkan pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.


    Apakah yang berlaku sekiranya penyakit ini dibiarkan berterusan?

    Serangan sakit sendi yang berulang boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya.Mendapan asid urik yang berlebihan akan membentuk "tophi" di jari,siku,tangan temasuk cuping telinga.Mendapan asid urik di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang.Oleh itu,pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.


    Bagaimanakah tanda-tanda GOUT?


    • Gout biasanya menyerang ibu jari kaki
    • Ibu jari kaki menjadi panas,merah,dan tersangat sakit
    • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba
    • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran selimut pun begitu menyeksakan
    • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari
    • Sakit mungkin akan menyerang semula selepas seminggu atau sebulan
    • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali,lutut, pergelangan tangan dan jari.



    Tophi di sendi jari kaki



    Disini disenaraikan beberapa makanan yang kaya dengan purin

    ELAKKAN MAKAN :

    • Organ dalaman seperti hati,paru-paru,ginjal,dan otak
    • ikan bilis,kembung dan sardin
    • Daging cencang
    • Ekstrak daging,ragi,dan kiub rebusan daging
    • Makanan bercangkerang seperti ketam,udang dan kerang
    Satu kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut dengan kerap mempunyai chances 50% lebih berpotensi untuk mendapat gout.


    KURANGKAN MAKAN:

    • Asparagus,bunga kobis,bayam dan cendawan 
    • peanuts,lentils,peas dan beans
    • Roti jagung dan bijirin







    Kesan penyakit GOUT jika tidak dirawat


    • Kegemukan
    • Darah Tinggi
    • Hiperlipidemia (peningkatan kolesterol)
    • Diebetis
    • Asid urik terbentuk di bawah kulit membentuk benjolan dipanggil "tophi"
    • Dalam saluran air kencing ia boleh membentuk batu karang


    Apakah ada supplement yang dicadangkan untuk merawat GOUT?

    Supplement untuk merawat GOUT adaLah seperti berikut;

    ALFALFA 
    Menyingkirkan toksid secara lembut dari badan.Sifatnya yang beralkali membantu meneutralkan asid urik.Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit minum air dengan banyak untuk mempercepatkan proses pembuangan toksid (asid urik) melalui air kencing


    OMEGA GUARD 
    DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi dan sekaligus mengelakkan sendi dari bengkak


    PERFOMANCE DRINK
    Sangat penting bagi pesakit gout untuk mengekalkan kandungan air dalam badan.Jika badan kurang air,paras asid urik akan meningkat dan menyebabkan gout bertambah parah.Minuman ini membantu mengawal kehilangan bendalir dalam badan dengan mengekalkan keseimbangan air dalam badan.Ia juga turut berperanan penting bagi mengeluarkan lebihan asid urik dari badan.




    "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"


    Berminat untuk mencegahnya?hubungi

    SALIHAH (1122713)

    PM/WhatsApp:017 854 5086

    FB:HaniqHani Salihah

    LIKE FB Page:Butik Sihat+Cantik

    Instagram:haniqhanisalihah

    Email:sitisalihah86@yahoo.com


    *Setiap pembelian dengan saya,pelanggan akan disertakan :

    >> Panduan pemakanan yang betul untuk kesan yang terbaik
    >> Tips rawatan dengan percuma
    >> Perundingan percuma seumur hidup 

    ========================================================================

    Mahu dapatkan dengan HARGA AHLI?
    Shaklee telah menetapkan bahawa HARGA AHLI hanya untuk ahli yang berdaftar sahaja..

    Terdapat pelbagai kelebihan apabila berdaftar sebagai AHLI SHAKLEE..
    Jangan berlengah lagi !!! Dengan hanya YURAN PENDAFTARAN RM65,anda layak mendapat potongan harga sebanyak 20%-30%...

    KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE : JOIN SHAKLEE




    ***TERIMA KASIH ALLAH***



    Monday 23 June 2014

    Kesan El Nino Terhadap Kesihatan Manusia

    Bismilahirrahmanirrahim
    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


    Ramadhan tahun ini dijangka agak mencabar disebabkan musim El Nino yang dijangka akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ni (Bulan Jun atau Julai)...menurut Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom

    El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.

    Sekiranya kekuatan El Nino sangat kuat,ia boleh menyebabkan kekeringan yang sangat teruk.Kesannya penduduk di bandar terutama Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami masalah catuan air yang lebih teruk berbanding catuan air yang mereka alami semasa bulan Februari-Mac yang lalu

    Ada saintis yang mengaitkan fenomena El Nino dengan pemanasan global..Walau apapun andaian,masyarakat harus disedarkan mengenai kesan fenomena ini kepada manusia dan alam sekitar..Akan wujud tiga kesan utama antaranya :


    • Kesan terhadap kesihatan manusia apabila cuaca panas berterusan menyebabkan penyakit batuk,selsema,demam,kejutan panas dan pelbagai penyakit berkaitan cuaca panas.
    • Keadaan panas mendorong kepada proses sejatan daripada kawasan tadahan air.Ia akan menyebabkan krisis bekalan air.Kawasan tadahan air seperti empangan,tasik dan kolam akan mengalami penyusutan disebabkan kadar sejatan yang tinggi.Sekiranya ia berlaku,langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat.
    • Senangnya berlaku kebakaran.Biasanya kebakaran berlaku disebabkan oleh tindakan manusia.Kawasan padang boleh terbakar dengan mudah apabila adanya putung rokok yang masih berapi.

    So,dikesempatan ini,saya hanya ingin fokuskan kesan El Nino terhadap kesihatan manusia..Semua orang berisiko menjadi mangsa El Nino ini..Walaubagaimanapun,terdapat golongan yang lebih berisiko.. iaitu :


    • mereka yang terlibat dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh,peladang,ahli sukan,tentera,polis dan seumpamanya.
    • Orang dewasa (berumur 40 tahun keatas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda)
    • kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
    • Penghidap penyakit sistem pernafasan 
    • Penghidap penyakit darah tinggi,jantung,kencing manis dan penyakit kelenjer tiroid.


    Cuaca panas melampau memberi tekanan kepada kesihatan tubuh manusia.Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh membawa maut.contohnya akibat strok haba..


    • KEJUTAN STROK HABA
    Keadaan ini berlaku disebabkan pendedahan yang berpanjangan kepada suhu yang tinggi dan kurangnya air didalam badan yang boleh menyebabkan kegagalan sistem kawalan suhu badan.

    Antara tanda-tanda strok haba ialah sakit atau pening kepala,kurang berpeluh walaupun dalam cuaca panas,keletihan,lemah daya tumpuan,kejang otot,loya atau muntah,denyutan jantung menjadi cepat dan pernafasan jadi kencang.Ada juga yang sawan dan tidak sedarkan diri.

    Justeru itu,orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti di luar rumah dan minum air putih sekurang-kurangnya 3L sehari tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan.Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

    Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh...

    Hadkan aktiviti anda diluar rumah.Sekiranya mereka yang berkerja di bawah panas terik matahari,pastikan anda memakai topi atau payung besar..

    Keadaan ini amat berbahaya jika ianya terjadi pada kanak-kanak kerana boleh menyebabkan demam panas..Sekiranya tidak dirawat awal demam panas boleh membawa kepada buta,lumpuh tubuh badan dan terencat akal...


    So sekarang da taw kan betapa bahayanya musim panas ni kan...Tahun ni agak mencabar sekali memandangkan El Nino menyerang pada bulan Ramadhan..
    walau apa pun jangan jadikan alasan untuk kita excuse puasa pulak...Jom cergaskan badan dengan set berpuasa shaklee yang terdiri daripada (Perfomance Drink+Mealshake+ESP) KLIK SINI


    Untuk mengelakkan kekeringan di dalam badan,anda perlu mengambil minuman Perfomance Drink KLIK SINI 2 gelas semasa sahur supaya badan anda tidak kekeringan walaupun cuaca panas.Dan Perfomance Drink merupakan produk TERLARIS pada bulan PUASA...


    Jangan wujudkan alasan untuk tidak memaksimumkan pahala di bulan Ramadhan tahun ini...


    mau dapatkan sekarang?Hubungi je saya di :


    SALIHAH (1122713)

    PM/WhatsApp:017 854 5086

    FB:HaniqHani Salihah

    LIKE FB Page:Butik Sihat+Cantik

    Instagram:haniqhanisalihah

    Email:sitisalihah86@yahoo.com


    ***TERIMA KASIH ALLAH***


    Sumber :Utusan Malaysia
                   :Kementerian Kesihatan Malaysia