Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Monday 30 June 2014

Terus Sihat di Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah hari ni da masuk hari kedua kita berpuasa...Semalam saya ada terbaca satu artikel dari Mingguan Malaysia berkaitan sihat di bulan Ramadhan dan di sini saya ingin kongsikan apa yang ditulis oleh penulisnya Raja Intan Dianna Raja Azahan...


Masuk sahaja bulan Ramadhan, umat islam di seluruh dunia mula menahan diri dari makan dan minum serta segala perbuatan yang membantalkan puasa,sejak dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari selama sebulan..

Kenapa kita perlu berpuasa?Daripada sudut rohaniah,ia membentuk seseorang itu menjadi lebih baik dan bersederhana. Dari sudut kesihatan pula,ia merupakan tempoh untuk kita mengawal nafsu yang sering kita lakukan antara sedar atau tidak yang sebenarnya memburukkan tubuh badan.

Makan kini bukan lagi keperluan tetapi lebih kepada keinginan, kita makan tanpa mengira waktu dan menuju ke arah obesiti. Kita minum terlalu banyak kopi,atau teh atau minuman karbonat yang sudah tentu tidak elok untuk badan.

Bagi perokok tegar juga tidak sentiasa lagi berasap walaupun sudah tahu seribu satu keburukan kepada tubuh badan dan orang sekeliling akibat perbuatan tersebut.

Apabila kita berpuasa,kita tidak dapat melakukan semua itu dan ia dapat memupuk gaya hidup yang sihat dalam jangka masa yang panjang jika kita berterusan berjaya mengawal dan mendisiplinkan diri daipada sikap berlebihan.Selain itu,pelbagai kebaikan lain seperti mengawal stress,sakit jantung dan masalah kolesterol berlebihan.

Berpuasa juga dikatakan dapat merehatkan sistem badan yang penat berkerja keras selama 11 bulan..Dengan berpuasa kita dapat :





  • TURUNKAN BERAT BADAN

Berpuasa terbukti baik untuk kesihatan selain kebaikan rohaniah,namun ramai yang lupa niat asal berpuasa yang menuntut kita bersederhana, sebaliknya "membaham" pelbagai juadah bersahur dan berbuka dengan alasan tidak makan seharian.Cara pemakanan ketika besahur dan berbuka yang tidak betul menjadi punca lebih banyak penyakit ketika bulan ini.Fakta ini turut disokong oleh Pakar Diet,Mahkota Medical Centre (MMC),Ong Si Wen yang menyatakan begitu banyak kebaikan daripada berpuasa ini..

" Sebagai contoh,berpuasa dapat menurunkan berat badan walaupun tidaklah telalu nyata kerana kurangnya frekuensi makan dan menikmati kudapan" . "Namun ia perlu disertai dengan pengambilan makanan seimbang yang rendah gula dan kalori serta sayuran dan buah-buahan" ujarnya.

Terangnya, ketika berpuasa,badan kita menjanakan tenaga sendiri dengan membakar sumber daripada lebihan lemak yang tersimpan dan gula untuk menghasilkan tenaga. Hati merupakan organ yang memainkan peranan paling penting dalam proses ini..ia menukarkan lemak menjadi bahan kimia yang dipanggil "ketone" yang kemudian ditukarkan sebagai sumber tenaga."Bagaimanapun terlalu bnayak "ketone" boleh menyebabkan badan menjadi berasid dan pada jangka masa panjang ia boleh menyebabkan komplikasi."

"Tidak mengambil makanan yang betul ketika sahur dan berbuka puasa boleh menyebabkan masalah ini."tegasnya yang begitu menekankan pemakanan yang seimbang.



  • PENYAHTOKSINAN
Ujar Si Wen, ada bezanya antara berpuasa dan proses penyahtoksinan yang mana penyahtoksinan kadang-kadang melibatkan prosedur seperti enema dan pengairan kolon.Namun sesetengah kesan berpuasa dan penyahtoksinan adalah sama iaitu pembuangan toksid yang terkandung dalam makanan yang kita ambil saban hari.

Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh toksin yang diperoleh daripada kandungan makanan kita.Antaranya racun perosak, bahan pengawet, sisa dadah dan bahan kimia ,bahan pencuci serta seribu satu bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan yang diambil tanpa kita sedari.

Ada yang mengamalkan puasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses penyahtoksinan sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.Namun,tegas Si Wen, proses tersebut tidak digalakkan kerana tidak mendapat nutrient yang seimbang.




  • GASTRIK
Masalah gastrik sering dijadikan alasan untuk tidak berpuasa.Menurut Si Wen,tidak dapat dinafikan yang berpuasa boleh meningkatkan tahap keasidan asid gastrik di dalam perut sesetengah orang menyebabkan pedih ulu hati,sakit perut dan rasa masam di dalam mulut.

Namun ujarnya,ia boleh diatasi dengan mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti roti gandum penuh, sayur-sayuran, kacang humus, dan buah-buahan.

"Makanan-makanan ini menyebabkan tindakan bahagian otot yang mengisar dan mencampurkan makanan,memecahkan ia menjadi partikel kecil lalu membantu mengurangkan penghasilan asid di dalam perut."terangnya..







Sumber:Mingguan Malaysia edisi 29 Jun 2014



WallahuA'lam


Mau dapatkan supplement untuk membantu kekal cergas dan sihat di Bulan Ramadhan?


hubungi Salihah  di 017 854 5086


***TERIMA KASIH ALLAH ***




No comments:

Post a Comment