Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Sunday 8 June 2014

Tips Kekalkan Susu Ibu di bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Hari ni da masuk 10 Syaaban 1435H..Maksudnya dalam 20 hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan...Bagi saya,Ramadhan kali ini semestinya berbeza dari tahun2 sebelumnya...Kalo tahun lepas saya berpuasa dengan Syerlin duk dalam perut,tapi kali saya berpuasa dengan Syerlin da ada kat luar...hihihi...In Shaa Allah,hari ke 2 puasa tahun ni, umur Syerlin genap 11 bulan...

Hani Aiesha Syerlin ketika umur 10 bulan

Actually,saya agak berdebar gak memikirkan tentang breastfeeding di bulan puasa ni...cukupke susu badan tuk Syerlin nanti?meriah ke tak pengeluaran susu?berzat ke tak?pekat ataw cair ?ape yang menambahkan kerisauan saya lagi,Syerlin tak mau minum dengan botol...tak suka rasa puting kot...buat EBM pon x nakkkk...huhuhu...rasa sebak dan runsing bila fikirkan kedaan ni.....

Tadi masa duk belek2 majalah Pa&Ma sy ada tebaca tentang Tip Kekalkan Susu Ibu Kala Berpuasa....
Meh sama2 kita amalkan tips ni demi anak tesayang..


  • MAKAN 3X SEHARI

Ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalori sehingga 700 kalori sehari.Biarpun berpuasa anda tetap perlu makan 3x sehari iaitu ketika bersahu,berbuka puasa dan moreh.Sementara itu,ketika berbuka puasa,pastikan anda makan sedikit tapi kerap.

  • MAKAN MAKANAN SEIMBANG
Sewaktu bersahur,berbuka puasa mahupun moreh,anda perlu memastikan bahawa makanan yang diambil adalah seimbang.Biarpun pelbagai jenis makanan yang dijual di Bazar Ramadhan mungkin membuatkan anda rambang mata sehingga membeli makanan berlebihan dan tidak memenuhi keperluan pemakanan sihat.Jadi,jangan terlalu ikutkan perasaaan.Sebaliknya makanlah mengikut saranan Piramid Makanan.





  • MAKAN KURMA
Kurma mengandungi glukosa yang mampu berikan tenaga segera kepada tubuh.Ia turut kya dengan protein,serat,gula,vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi,kalsium,sodium dan potasium.Kandungan protein didalam sebiji kurma adalah antara 1.8 hingga 2.0%, 2.0 hingga 4.0% serat  dan kandungan gulanya pula adalah 50 hingga 57%. Memandangkan anda memerlukan tambahan kalori,jadi kurma adalah makanan yang paling ideal.Anda sangat digalakkan untuk memakan tiga hingga tujuh biji kurma setiap kali waktu makan terutamanya ketika bersahur.(Tahun lepas saya blender siap2 kurma dan simpan dalam peti ais..masuk je berbuka saya mesti minum jus kurma dulu...n masa sahur plak saya campur susu kambing+kurma blend ni....memang x terasa lapar pon walaupun masa tu ngah sarat pregnant..rasa cergas dan bertenaga lagi)


  • PENGAMBILAN BANYAK CECAIR
Jumlah cecair yang perlu anda sambil ialah 3L  sehari atau lebih.Ia sangat penting untuk dititikberatkan.Oleh itu,anda digalakkan untuk banyakkan minum air kosong bermula dari waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang waktu imsak.Cara mudah untuk memastikan anda mendapat bekalan air mengcukupi ialah dengan meletakkan bekas berisi air kosong di tepi katil agar anda dapat meminumnya ketika terjaga sebentar daripada tidur sebelum waktu sahur.




  • KERAP MENYUSU DAN MENGEPAM
Bagi memastikan lebih banyak susu dihasilkan,maka anda perlu kerap menyusukan bayi.Bagi yang berkerja dan berpisah sementara daripada bayi ketika waktu pejabat,anda perlu mengepam payudara.Ingat,semakin banyak susu ibu dikeluarkan,semakin banyak susu ibu dihasilkan.Jika anda kurang menyusukan bayi atau mengepam payudara, jadi secara tidak disedari ia akan menyebabkan susu berkurangan sedikit demi sedikit.Dalam usaha mengepam payudara,sesi berkenaan boleh anda mulakan di awal pagi iaitu ketika waktu sahur.Pada waktu ini,kebiasaan kuantiti susu lebih banyak.

  • BERTENANG DAN YAKIN DIRI
Anda perlu yakin bahawa anda masih boleh meneruskan penyusuan biarpun berpuasa.Jangan sesekali berfikiran bahawa susu ibu berkurangan sehingga tidak cukup untuk melengkapai keperluan anak.Perasaan risau yang dicetuskan oleh diri anda sendiri akan menjejaskan fungsi hormon oksitosin untuk mengeluarkan susu ibu.Fikiran yang tenang,tubuh yang relaks dan sifat yakin diri secara tidak langsung akan membantu melancarkan pengeluaran susu ibu....(haaaaa...gedebukkk....amek kaw..point ni kena atas batang idung sendiri)


>>>PANDUAN BESAHUR<<<

Anda disarankan untuk makan makanan yang mempunyai indeks glisemik (GI ) yang rendah.GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah.Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa proses penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempuyai GI yang rendah.Makana yang rendah GI adalah seperti sayur-sayuran,kekacang,mi dan nasi.
Apepun jangan risau.Walaupun anda tidak mengambil kalori,bekalan kalori akan diambil daripada simpanan tubuh.Dalam keadaan berpuasa,tubuh akan mengguna pakai lemak dan protein yang disimpan selama ini.

>>>HAK IBU MENYUSU<<<

Berpuasa adalah wajib bagi ibu yang menyusukan anaknya.Namun Allah SWT memberi kelonggaran untuk tidak berpuasa berdasarkan keadaan ibu dan bayi seperti susu ibu didapati kurang,dan tidak cukup untuk bayi.Anda perlu mengganti puasa yang ditinggalkan pada waktu lain atau membayar fidyah atau memberi makan fakir miskin.



okay...cukupla dulu untuk hari..semoga dengan apa yang saya kongsikan ini dapat sama-sama menolong kita menyusukan bayi di bulan Ramadhan nantI....dan para ibu da boleh buat stok EBM da sekarang ....CAIYOK2....


sumber :majalah Pa&Ma bulan Julai 2013



****TERIMA KASIH ALLAH***

No comments:

Post a Comment