Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Monday 23 June 2014

Kesan El Nino Terhadap Kesihatan Manusia

Bismilahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ramadhan tahun ini dijangka agak mencabar disebabkan musim El Nino yang dijangka akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ni (Bulan Jun atau Julai)...menurut Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.

Sekiranya kekuatan El Nino sangat kuat,ia boleh menyebabkan kekeringan yang sangat teruk.Kesannya penduduk di bandar terutama Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami masalah catuan air yang lebih teruk berbanding catuan air yang mereka alami semasa bulan Februari-Mac yang lalu

Ada saintis yang mengaitkan fenomena El Nino dengan pemanasan global..Walau apapun andaian,masyarakat harus disedarkan mengenai kesan fenomena ini kepada manusia dan alam sekitar..Akan wujud tiga kesan utama antaranya :


  • Kesan terhadap kesihatan manusia apabila cuaca panas berterusan menyebabkan penyakit batuk,selsema,demam,kejutan panas dan pelbagai penyakit berkaitan cuaca panas.
  • Keadaan panas mendorong kepada proses sejatan daripada kawasan tadahan air.Ia akan menyebabkan krisis bekalan air.Kawasan tadahan air seperti empangan,tasik dan kolam akan mengalami penyusutan disebabkan kadar sejatan yang tinggi.Sekiranya ia berlaku,langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat.
  • Senangnya berlaku kebakaran.Biasanya kebakaran berlaku disebabkan oleh tindakan manusia.Kawasan padang boleh terbakar dengan mudah apabila adanya putung rokok yang masih berapi.

So,dikesempatan ini,saya hanya ingin fokuskan kesan El Nino terhadap kesihatan manusia..Semua orang berisiko menjadi mangsa El Nino ini..Walaubagaimanapun,terdapat golongan yang lebih berisiko.. iaitu :


  • mereka yang terlibat dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh,peladang,ahli sukan,tentera,polis dan seumpamanya.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun keatas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda)
  • kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan 
  • Penghidap penyakit darah tinggi,jantung,kencing manis dan penyakit kelenjer tiroid.


Cuaca panas melampau memberi tekanan kepada kesihatan tubuh manusia.Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh membawa maut.contohnya akibat strok haba..


  • KEJUTAN STROK HABA
Keadaan ini berlaku disebabkan pendedahan yang berpanjangan kepada suhu yang tinggi dan kurangnya air didalam badan yang boleh menyebabkan kegagalan sistem kawalan suhu badan.

Antara tanda-tanda strok haba ialah sakit atau pening kepala,kurang berpeluh walaupun dalam cuaca panas,keletihan,lemah daya tumpuan,kejang otot,loya atau muntah,denyutan jantung menjadi cepat dan pernafasan jadi kencang.Ada juga yang sawan dan tidak sedarkan diri.

Justeru itu,orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti di luar rumah dan minum air putih sekurang-kurangnya 3L sehari tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan.Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh...

Hadkan aktiviti anda diluar rumah.Sekiranya mereka yang berkerja di bawah panas terik matahari,pastikan anda memakai topi atau payung besar..

Keadaan ini amat berbahaya jika ianya terjadi pada kanak-kanak kerana boleh menyebabkan demam panas..Sekiranya tidak dirawat awal demam panas boleh membawa kepada buta,lumpuh tubuh badan dan terencat akal...


So sekarang da taw kan betapa bahayanya musim panas ni kan...Tahun ni agak mencabar sekali memandangkan El Nino menyerang pada bulan Ramadhan..
walau apa pun jangan jadikan alasan untuk kita excuse puasa pulak...Jom cergaskan badan dengan set berpuasa shaklee yang terdiri daripada (Perfomance Drink+Mealshake+ESP) KLIK SINI


Untuk mengelakkan kekeringan di dalam badan,anda perlu mengambil minuman Perfomance Drink KLIK SINI 2 gelas semasa sahur supaya badan anda tidak kekeringan walaupun cuaca panas.Dan Perfomance Drink merupakan produk TERLARIS pada bulan PUASA...


Jangan wujudkan alasan untuk tidak memaksimumkan pahala di bulan Ramadhan tahun ini...


mau dapatkan sekarang?Hubungi je saya di :


SALIHAH (1122713)

PM/WhatsApp:017 854 5086

FB:HaniqHani Salihah

LIKE FB Page:Butik Sihat+Cantik

Instagram:haniqhanisalihah

Email:sitisalihah86@yahoo.com


***TERIMA KASIH ALLAH***


Sumber :Utusan Malaysia
               :Kementerian Kesihatan Malaysia






















No comments:

Post a Comment