Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Thursday 5 June 2014

Awet Muda Cara Islam

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum u olls tersayang...Mari kita semua amalkan petua awet muda ni kerana ianya tak melibatkan modal/kos sesen pon...jimat gitewww...


  • Bangun solat subuh.Rasulullah S.A.W selalu mengajak ummatnya bangun sebelum subuh.Hikmahnya ialah,udara subuh yang segar menjadikan diri kita tenang serta menguatkan fikiran.Bangun waktu subuh dapat mencegah stroke dan tekanan darah tinggi kerana penyempitan saluran darah semasa tidur.
  • Urut wajah anda dengan air bermula dari bawah dagu sehingga ke dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W 3x.
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan dibawah dagu.Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan sterusnya ke dahi.
  • Lakukan setiap pagi selepas bangun tidur kemudian minum air suam sebelum amek breakfast.WARNING!!! Jangan urut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  • Apabila bangun pagi sila baca doa bangun tidur.Kemudiaan masukkan air ke dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3x didalam hati.Kemudian telan..Amalkan petua ni sebelum gosok gigi.
  • Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar.Boleh juga diamalkan petua Rasulullah S.A.W minum air suam yang dicampur sedikit madu.Madu ialah penawar kepada setiap penyakit.
  • Setelah solat subuh,bacalah surah Yusof kemudian minum 3 teguk air suam.Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • Setelah itu lakukan senaman ringan.Hirup udara segar pagi dan keluar rumah tanpa memakai selipar/kasut di halaman berumput.Geselkan kaki diatas rumput yang masih berembun.
  • Amalkan memotong kuku pada hari Isnin,Khamis dan Jumaat.Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong mudah-mudahan mendapat berkat di Akhirat nanti.(rujuk gambar dibawah untuk susunan jari yang betul)
  • Semasa berdandan pada waktu pagi,baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusof AS.Doanya macam ni "Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku.Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka"
  • Ketika makan jangan sulam dengan air.Minum air selepas setengah jam makan.
  • Jangan tinggal solat sebabnya selain solat itu diwajibkan,air wudhu' yang terkena wajah kita 5x sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah kita dan juga hati kita.
  • Rajin membaca Al-Quran
  • Sentiasa tenang dan positif 
  • Maafkan semua orang sebelum tidur














SELAMAT BERAMAL yer u olls tersayang


***TERIMA KASIH ALLAH***


Sumber: http://sandakanmagic.blogspot.com
              : wanitasihat

No comments:

Post a Comment