Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Saturday 7 June 2014

Breastfeeding menurut perspektif Islam

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Islam amat menggalakkan kaum ibu menyusukan anak dengan susu ibu.Malangnya ramai yang tidak tahu tentang kepentingan serta kebaikan penyusuan susu ibu (breasfeeding).Amat menyedihkan, umat Islam amat terkebelakang sekali dalam ilmu breastfeeding berbanding orang barat bukan Islam.




Breastfeeding merupakan satu komponen utama dalam pendidikan awal seorang anak.Peranan mendidik anak melalui penyusuan ini,hanyalah dianugerahkan kepada kaum wanita sahaja.Allah SWT telah memilih kaum wanita kerana sifat kasih sayang yang begitu kuat dalam diri mereka.

Setiap bayi yang baru lahir,dikurniakan naluri untuk menyusu pada payudara ibunya.Breastfeeding mampu melengkapi segala keperluan rohani dan jasmani yang diperlukan oleh seorang bayi.Oleh itu breasfeeding telah dijadikan Allah SWT,sebagai suatu perkara wajib dilaksanakan oleh setiap ibu yang melahirkan anak.Ketetapan kewajipan ini telah pon disebutkan oleh Allah SWT didalam surah Al- Baqarah ayat ke 233.

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 TAHUN PENUH,iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan.
(surah Al-Baqarah ayat 233)

Jika dikaji dengan teliti,ayat ini merupakan ayat berbentuk PERINTAH dan SURUHAN.

Menurut sejarah Islam para Nabi dan Rasul juga disusui oleh ibu-ibu mereka,sama ada ibu yang melahirkan ataupun ibu susuan.Nabi Muhammad S.A.W juga disusui oleh ibunya Siti Aminah dan kemudiannya disusui oleh ibu susuannya Halimatu Saadiah.

Begitu juga dengan Nabi Musa a.s yang dihanyutkan ke Sungai Nil setelah disusui ibunya,dan kemudiannya diketemukan semula oleh Allah SWT  dengan ibunya.Setelah Firaun mencari ibu susuan untuk Nabi Musa a.s di seluruh pelusuk negeri,akhirnya bertemu dengan ibu baginda sendiri tanpa diketahui oleh keluarga Firaun.Kisah ini diceritakan dalam surah A-Qasas ayat ke 7

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah dia dan apabila kamu khuatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil).Dan janganlah kamu khuatir dan janganlah (pula) bersedih hati kerana kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul
(Surah Al-Qasas ayat 7)

Sekiranya dihayati pengajaran disebalik kisah para rasul ini,pasti kita dapat rasakan bahawa betapa besarnya peranan breasfeeding didalam kehidupan manusia.Manusia yang hidup pada zaman dahulu hanya bergantung pada susu ibu untuk membesar sehingga umur 2 tahun..Tetapi amalan tersebut semakin lama semakin ditinggalkan oleh masyarakat masa kini.

Breastfeeding memang agak MENYUKARKAN terutama bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak.Seperti saya sendiri,pengalaman bersalin caeserean memang mencabar keupayaan saya untuk fully breastfeed Syerlin especially masa awal kelahirannya.. saya tak dapat berurut dan bertungku yang mana amalan ini dapat melancarkan pengaliran air susu ibu...disebabkan keadaan ini sy memilih untuk berpantang secara moden. Melalui seorang rakan,saya membeli set berpantang dan set menyusu Shaklee (sy da servey selama 9 bulan semasa mengandungkan Syerlin sblm decide nk consume set Shaklee)



Alhamdulillah,dengan set bersalin dan penyusuan shaklee ini memang betol-betol membantu saya menjayakan breasfeeding untuk Syerlin.Luka ceaser cepat kering,badan sentiasa cergas dan yang pentingnya susu badan meriah,banyak dan pekat sangat..sekejap je Syerlin "neneng" terus tertidur dgn lenanya..Syukur Alhamdulillah sehingga sekarang usianya 10 bulan,Syerlin jarang demam.Kalo demam pon cepat je sembuh..sehari je..Mudah-mudahan Allah sentiasa kurniakan rezeki sihat kepada Syerlin melalui breastfeeding ini.





Bagi ibu berkerjaya,saya amat berharap ibu2 dapat menyempurnakan breastfeeding sehingga 2 tahun..(Bagi ibu yang tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius)...jangan jadikan kesibukan kerja sebagai alasan yer...Ramai kawan-kawan sy yang mengepam kat ofis,kat dalam kereta pon ado...kalo kita memang betol2 nak,ade je caranya..NAK 1000 DAYA,TAK NAK BERMILION2 ALASAN..ni plak ayat al-Quran berkenaan ibu yang bermasalah untuk menyusukan bayinya. 

Dan jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu,maka berikanlah pada mereka upahnya dan bermesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik),dan jika kamu menemui kesulitan,maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya.
(surah Al-Thalaq ayat 6)

Jika diperhalusi ayat ini,susu badan still diutamakan untuk dijadikan makanan bayi walaupun ibunya mempunyai masalah kesihatan.Alternatifnya adalah IBU SUSUAN.Yakinlah jika Allah dah perintahkan sesuatu,mesti ada hikmah dan kebaikan yang Allah nak beri kepada kita.Tugas kita adalah berusaha untuk mentaati suruhanNYA.

Janganlah pula disebabkan nak jaga KECANTIKAN atau MALAS,ibu-ibu memandang ringan suruhan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233 tadi.

Last sekali,semoga sama-sama kita muhasabah diri,adakah kita da tunaikan hak bayi kita.Takut nanti di padang mahsyar anak-anak ini akan menuntut hak penyusuan susu ibu dari kita...Astaghfirullahalazim..

Mahukan pengalaman susu badan yang LEBAT,MERIAH,dan PEKAT? 

hubungi saya untuk FREE CONSULTATION,FREE POSTAGE,FREE EBOOK & SERVIS TIPTOP....hanya dari saya spesyel untuk ibu yang spesyel

SALIHAH (1122713)

PM/Whatsapp: 017 854 5086

Fb:HaniqHani Salihah

LIKE Page Fb:Butik Sihat+Cantik

Instagram:HANIQHANISALIHAH

***TERIMA KASIH ALLAH***






No comments:

Post a Comment