Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum sahabat yang dikasihi semua..semoga semua ceria-ceria dan sihat selalu..
Hari ni saya nak share sedikit berkenaan gout yang selalu menyerang kaum lelaki.
Jangan pandang remeh sakit gout ni yer....mau pecah bijik mata menahan sakit...bapa saudara saya ada kena penyakit ni..nak jalan pon susah...kena kain nipis pun boleh berderai air mata...Makan memang kena berpantang la jawabnya...takut gout menyerang
Apakah GOUT?
Gout adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah.Asid urik adalah bahan kumuh berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.Badan kita membuang bahan kumuh ini melalui air kencing.Bagi pesakit gout,asid urik yang berlebihan itu tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Mengapa urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisme dan pengendalian asid urik yang tidak seimbang.Sama ada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya....mengakibatkan asid urik jadi berlebihan.Ketidakseimbangan ini berpunca daripada faktor keturunan,kandungan purin yang tinggi dalam makanan,obesiti,pengambilan alkohol yang berlebihan,kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan yang tertentu seperti diuretik dan aspirin.
Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Asid urik yang berlebihan boleh mendap didalam sendi menyebabkan keradangan sendi.Mendakan ini akan menyebabkan pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.
Apakah yang berlaku sekiranya penyakit ini dibiarkan berterusan?
Serangan sakit sendi yang berulang boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya.Mendapan asid urik yang berlebihan akan membentuk "tophi" di jari,siku,tangan temasuk cuping telinga.Mendapan asid urik di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang.Oleh itu,pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.
Bagaimanakah tanda-tanda GOUT?
- Gout biasanya menyerang ibu jari kaki
- Ibu jari kaki menjadi panas,merah,dan tersangat sakit
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran selimut pun begitu menyeksakan
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari
- Sakit mungkin akan menyerang semula selepas seminggu atau sebulan
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali,lutut, pergelangan tangan dan jari.
Tophi di sendi jari kaki |
Disini disenaraikan beberapa makanan yang kaya dengan purin
ELAKKAN MAKAN :
- Organ dalaman seperti hati,paru-paru,ginjal,dan otak
- ikan bilis,kembung dan sardin
- Daging cencang
- Ekstrak daging,ragi,dan kiub rebusan daging
- Makanan bercangkerang seperti ketam,udang dan kerang
Satu kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut dengan kerap mempunyai chances 50% lebih berpotensi untuk mendapat gout.
KURANGKAN MAKAN:
- Asparagus,bunga kobis,bayam dan cendawan
- peanuts,lentils,peas dan beans
- Roti jagung dan bijirin
Kesan penyakit GOUT jika tidak dirawat
- Kegemukan
- Darah Tinggi
- Hiperlipidemia (peningkatan kolesterol)
- Diebetis
- Asid urik terbentuk di bawah kulit membentuk benjolan dipanggil "tophi"
- Dalam saluran air kencing ia boleh membentuk batu karang
Apakah ada supplement yang dicadangkan untuk merawat GOUT?
Supplement untuk merawat GOUT adaLah seperti berikut;
ALFALFA
Menyingkirkan toksid secara lembut dari badan.Sifatnya yang beralkali membantu meneutralkan asid urik.Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit minum air dengan banyak untuk mempercepatkan proses pembuangan toksid (asid urik) melalui air kencing
OMEGA GUARD
DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi dan sekaligus mengelakkan sendi dari bengkak
PERFOMANCE DRINK
Sangat penting bagi pesakit gout untuk mengekalkan kandungan air dalam badan.Jika badan kurang air,paras asid urik akan meningkat dan menyebabkan gout bertambah parah.Minuman ini membantu mengawal kehilangan bendalir dalam badan dengan mengekalkan keseimbangan air dalam badan.Ia juga turut berperanan penting bagi mengeluarkan lebihan asid urik dari badan.
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"
Berminat untuk mencegahnya?hubungi
SALIHAH (1122713)
PM/WhatsApp:017 854 5086
FB:HaniqHani Salihah
LIKE FB Page:Butik Sihat+Cantik
Instagram:haniqhanisalihah
Email:sitisalihah86@yahoo.com
>> Panduan pemakanan yang betul untuk kesan yang terbaik
>> Tips rawatan dengan percuma
>> Perundingan percuma seumur hidup
========================================================================
Mahu dapatkan dengan HARGA AHLI?
Shaklee telah menetapkan bahawa HARGA AHLI hanya untuk ahli yang berdaftar sahaja..
Terdapat pelbagai kelebihan apabila berdaftar sebagai AHLI SHAKLEE..
Jangan berlengah lagi !!! Dengan hanya YURAN PENDAFTARAN RM65,anda layak mendapat potongan harga sebanyak 20%-30%...
KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE : JOIN SHAKLEE
***TERIMA KASIH ALLAH***
No comments:
Post a Comment