Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Sunday 26 October 2014

MEMBERI ADALAH MENERIMA

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih  lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.Hari ni saya ingin menulis tentang konsep " MEMBERI "..Jika difikir secara logik akalnya,setiap kali kita memberi pasti ia akan semakin berkurang kan? contohnya..Kita ada RM10 dan kita beri duit RM3 kepada anak kita so,sudah pastilah duit tersebut akan berkurang menjadi RM7 kan....betul tak?....Ini lah rumus matematik kita...



TETAPI rumus matematik MEMBERI oleh Allah terbalik tau....semakin kita memberi semakin bertambah malah berganda-ganda pulak tu...Pelik kan?..Banyak sekali dalam Al-Quran menunjukkan bahawa PEMBERI kebaikan akan menerima kebaikan,bahkan berlipat ganda dengan bonus yang luar biasa...yang kita sendiri tak terfikir dari mana datangnya ganjaran-ganjaran itu.MEMBERI dalam Islam disebut dengan pelbagai istilah..zakat,infak,sedekah,amal soleh,derma dan seumpamanya.

PEMBERIAN juga bukan dikira dari segi wang ringgit sahaja tetapi dengan pelbagai cara seperti BERI ilmu,pertolongan,senyuman,nasihat dan sebagainya...Kalaupun kita kekurangan wang ringgit tetapi kita masih boleh MEMBERI mungkin dengan keringat tenaga,ilmu,nasihat..

Sebagai contoh hartawan mungkin dapat MEMBERI wang yang banyak untuk didermakan manakala seorang cikgu pula kekurangan wang tetapi penuh ilmu didadanya..Cikgu tadi masih lagi boleh MEMBERI dengan ilmu yang dimilikinya..memberi tuisyen percuma kepada penduduk kampung yang tak mampu...memberi kelas percuma kepada muridnya yang lemah dalam pelajaran,....haaa..kan luas konsep MEMBERI tu...jangan disempitkan kepada wang je taw...

Dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa SENYUM ITU SEDEKAH..Ini menunjukkan memberi senyuman pun akan diberi ganjaran oleh Allah...berupa pahala..Mungkin pahala itu dalam bentuk kegembiraan,kepuasan hati,rasa tenang jiwa,rasa lapang dada kepada si pemberi senyuman..









MATEMATIK ALLAH

Dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa setiap 1 kebaikan akan dibalas 100 berlipat kali ganda.Nampak tak....Allah berikan ganjaran 100 atas setiap pemberian kita. Analoginya,kita beri RM1 kepada orang lain then Allah akan bagi RM100 kepada kita..Kalaulah Allah bagi cash on the spot ganjaran tu rasanya ramai yang akan MEMBERI/BERSEDEKAH...betul tak?

Perasan tak..setiap kali MEMBERI pasti ada timbal baliknya iaitu MENERIMA.Kita je yang tak perasan bahawa kita sebenarnya MENERIMA balik atas setiap PEMBERIAN kita. Cumanya Allah sembunyikan dahulu ganjarannya sama ada secara cepat atau lambat ataupun di akhirat kelak..

Wallahu A'lam..








No comments:

Post a Comment