Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Saturday 25 October 2014

TIPS MELATIH MINDA POSITIF

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


Assalamualaikum sahabat2ku sekalian...Hari ni saya bersiaran dari kampung halaman di kelantan...Nyamannya udara apabila bangun pagi-pagi buka tingkap....angin segar sepo-sepoi bahasa meniup muka...oksigen di kampung nyata berbeza dari bandar..hihihi...

Baik lah...since "happy mode" pagi-pagi lagi ni..saya rasa nak menulis tentang minda..
MINDA kita...macam mana nak latih minda jadi POSITIF sentiasa...






Mengikut pakar psikologi Matthew Della,perkara negatif akan lebih cepat diserap dan berkembang di dalam minda.So,untuk membantu dan melatih  minda supaya sentiasa BERFIKIRAN POSITIF jom ikuti tips di bawah ini...


1.Jika perkara negatif datang, maka cepat-cepat fikirkan perkara POSITIF supaya minda kita dapat neutralkan balik perkara negatif yang dah berada dalam minda kita tu.


2.Sentiasa tuliskan perkara POSITIF yang ada dalam diri kita dalam sebuah buku catatan supaya apabila perkara negatif singgah,kita cepat2 dapat rujuk perkara POSITIF dalam buku tu.

Contohnya :

Aku seorang yang kuat berkerja
Aku seorang yang rajin
Aku seorang yang komited dalam kerja
Aku pandai tarik hati pelanggan
Aku peniaga yang bijak
Aku seorang yang mesra
Aku seorang yang pandai bahagi masa
Aku pandai promote produk aku
Aku pandai yakinkan orang supaya yakin dengan aku


Dan apabila singgah perasaan negatif seperti :

"Aku tak pandai la nak yakinkan customer...aku explain punyerla panjang lebar,diorang tak beli pon."

maka cepat2 tukar ayat tu kepada 

"AKU SEORANG YANG BERYAKINAN TINGGI..AKU YAKIN CUSTOMER TU AKAN BELI DENGAN AKU WALAUPUN BUKAN HARI NI..SEBAB AKU PANDAI EXPLAIN"


3.Pakar psikologi menyarankan supaya kita rujuk catatan POSITIF itu setiap kali sebelum tidur.Kerana minda bawah sedar sewaktu itu,akan lebih mudah menyerap dan bertindak mengikut apa yang diucapkan.


Sekian untuk perkongsian ringkas dari saya..Walaupun ia nampak senang sangat tapi impaknya cukup besar terhadap sikap dan pemikiran kita.

Selamat mengamalkannya ;)


>FIKIRAN POSITIF AKAN MENARIK PERKARA POSITIF<

No comments:

Post a Comment