Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Wednesday 22 October 2014

Ayat-ayat CINTA untuk KEKASIH yang Dicintainya

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...Hari ni saya nak kongsikan tentang patah-patah ayat dalam Al-Quran yang sebenarnya telah banyak merungkai persoalan kehidupan seharian kita...Sudah lama Allah menjawab persoalan,keraguan,keresahan,kekecewaan walaupun sebelum kita hadapinya lagi... Nampak tak besarnya KASIH SAYANG ALLAH kepada kita...
tak minta lagi tapi DIA dah bagi awal-awal


Tazkirah ni saya ambil daripada group Zero to Hero iaitu group ahli-ahli Shaklee..Kami semua bekumpul di bawah satu group untuk sama-sama belajar bukan sahaja ilmu perniagaan tetapi juga ilmu kerohaniaan..boleh dikatakan group Zero to Hero merupakan USRAH kami..setiap hari kami saling memperingati tentang konsep BERBISNESS DENGAN ALLAH...



Jom hayati tazkirah ringkas ini :

Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."

ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)


Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."

ALLAH menjawab : 
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)


Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa..."

ALLAH menjawab : 
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28) 


Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab : 
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)


Ketika kita mengeluh:
“ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."

ALLAH menjawab: 
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)


Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”

ALLAH menjawab:
ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita "
(At Taubah : 40)



 Nampak tak...Allah tak pernah sesekali biarkan kita mengeluh dan menanggung sorang diri..Allah dah hadiahkan kita ayat-ayatnya sebagai PENEMAN dan PENAWAR di kala kita keluh kesah gundah gulana...Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dgn taqwa...


Tazkirah ini disampaikan oleh sahabat saya Master Wan Hasmira Bt Wan Hasan.. ;) 
dan saya kongsikan untuk sahabat-sahabat disini dan yang lain supaya kita sentiasa BERBAIK SANGKA kepada Allah kerana DIA sangat2 sayangkan kita...


>> Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa <<

No comments:

Post a Comment