Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah
Showing posts with label Gastrik. Show all posts
Showing posts with label Gastrik. Show all posts

Thursday, 10 July 2014

Merawat Gastrik


Bismillahirrahmnairrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Gastrik memang sinonim dengan bulan Ramadhan.Ada yang sengaja menjadikan gastrik sebagai alasan untuk tidak berpuasa...Mari kita berkenalan apa itu gastrik dan langkah mengatasinya supaya gastrik ini tidak lagi menjadi penyebab untuk kita tidak berpuasa.


Gastrik antara masalah lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).


Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik,ia merujuk kepada keadaaan pertama (gastritis).


Secara semulajadi,sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan.Asid ini kuat dan jika terkena tangan,kulit akan terhakis.Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.


Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuatiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar,ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan,ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa sudah lemah.







TANDA-TANDA GASTRIK

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut.Antara tandanya ialah :


  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak,berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa
  • Kembung,sendawa berulang kali dan kerap kentut selepasa makan
  • Rasa mual (loya) dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun (pada peringkat teruk)


Jika sampai peringkat teruk,ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

  • Najis menjadi hitam seperti tar
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


RAWATAN :

Ada 3 jenis ubat-ubatan untuk gastrik iaitu ,

  • Antasid-bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang perlu diambil 3x sehari

  • Antagonis H2-berfungsi mengurangkan rembesan asid.Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

  • Perencat pam proton (PPI)-bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan.Biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut


Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat yang diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.


JAGA PEMAKANAN,UBAH GAYA HIDUP

Selain pengambilan ubat,pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup mereka bagi mengelak serangan gastrik berulang.Antara perubahan yang perlu dilakukan aialah ;

  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan,makan tengah hari dan malam).Pada bulan puasa,kena bangun sahur dan sebaik-baiknya melewatkan sahur
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap (Jangan makan sekaligus semasa berbuka,tetapi cuba bahagikan makan seleps berbuka,selepas solat maghrib dan selepas terawih)
  • Kurangkan makanan berempah,bercili dan masam
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi,teh dan minuman berkarbonat)
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin.Jenis makanan ini berbeza anatar individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.



CADANGAN SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK MERAWAT GASTRIK


>> 1. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)<<


> Merupakan sumber protein yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak,bebas kolesterol dan kaay dengan asid amino penting.

>Asid amino ini membantu memulihkan kembali sel-sel dinding perut yang rosak akibat oleh hakisan asid hidroklorik

> Ia mengandungi 14 gram protein soya sihat dan 500 gram kalsium bagi setiap hidangan.Sifat alkali yang tinggi juga amat membantu dalam proses meneutralkan kembali keadaan asid yang berlebihan di dalam perut.

>Menyediakan bekalan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang berterusan.

>Protein soya buka GMO ini dihasilkan di abwah satu program digelar Identity Preservation Program (IPP) di mana kacang soya ini dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam sehinggalah ke saat pemprosesannya.








>>2. B COMPLEX<<

>Tekanan sebenarnya boleh menyumbang kepada gastrik

>B complex amat membantu dalam proses sintesis DNA,jadi ia akan bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastri selain membantu mengatasi sakit gastrik

>B complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B (Vitamin B1 Tiamin,Vitamin B2 Riboflavin, Vitamin B3 Niacin, Vitamin B6, Folate,Vitamin B12 Cynocobalamine,Biotin dan Panthothenic Acid) yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat dari tekanan kerja,alkohol dan ubat-ubatan.




>>3. OSTEMATRIK<<

>Suplement lengkap yang mengandungi Kalsium,Magnesium dan Vitamin D

>Ia sangat membantu mengurangkan keasidan perut dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati.

>Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium kerana ia bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut









  >>4. PEPPERMINT GINGER PLUS<<


>Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina,halia,jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidak selesaan perut.Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

>Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan maslah sebu,senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan.

>Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut







Sekiranya anda berminat untuk mendapat satu set supplement gastrik ini,anda boleh order di DAPATKAN DISINI  sekarang...

Walaupun begitu, anda masih lagi boleh mendapatkan khidmat perundingan dari saya...khas untuk pelanggan saya sahaja...




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:
shakleelogo
SALIHAH
Shaklee Independent Distributor [No.1122713]
Sms/WhatsApp : 017 854 5086
FB: HaniqH
ani Salihah
Sebagai customer saya, anda layak untuk mendapatkan:

>>Perundingan PERCUMA secara berterusan selepas pembelian<<
>>Di jemput masuk ke VVIP GROUP FB untuk customer<<
>>Exclusive Jadual Pengambilan Vitamin akan di berikan selepas pembelian di buat<<
” Ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee ?(KLIK SINI )
 Hubungi saya. Hanya buat bisnes secara online, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke TEAM Master4Us di Facebook dan WhatsApp “



Sumber :Kementerian Kesihatan Malaysia

Monday, 30 June 2014

Terus Sihat di Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah hari ni da masuk hari kedua kita berpuasa...Semalam saya ada terbaca satu artikel dari Mingguan Malaysia berkaitan sihat di bulan Ramadhan dan di sini saya ingin kongsikan apa yang ditulis oleh penulisnya Raja Intan Dianna Raja Azahan...


Masuk sahaja bulan Ramadhan, umat islam di seluruh dunia mula menahan diri dari makan dan minum serta segala perbuatan yang membantalkan puasa,sejak dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari selama sebulan..

Kenapa kita perlu berpuasa?Daripada sudut rohaniah,ia membentuk seseorang itu menjadi lebih baik dan bersederhana. Dari sudut kesihatan pula,ia merupakan tempoh untuk kita mengawal nafsu yang sering kita lakukan antara sedar atau tidak yang sebenarnya memburukkan tubuh badan.

Makan kini bukan lagi keperluan tetapi lebih kepada keinginan, kita makan tanpa mengira waktu dan menuju ke arah obesiti. Kita minum terlalu banyak kopi,atau teh atau minuman karbonat yang sudah tentu tidak elok untuk badan.

Bagi perokok tegar juga tidak sentiasa lagi berasap walaupun sudah tahu seribu satu keburukan kepada tubuh badan dan orang sekeliling akibat perbuatan tersebut.

Apabila kita berpuasa,kita tidak dapat melakukan semua itu dan ia dapat memupuk gaya hidup yang sihat dalam jangka masa yang panjang jika kita berterusan berjaya mengawal dan mendisiplinkan diri daipada sikap berlebihan.Selain itu,pelbagai kebaikan lain seperti mengawal stress,sakit jantung dan masalah kolesterol berlebihan.

Berpuasa juga dikatakan dapat merehatkan sistem badan yang penat berkerja keras selama 11 bulan..Dengan berpuasa kita dapat :





  • TURUNKAN BERAT BADAN

Berpuasa terbukti baik untuk kesihatan selain kebaikan rohaniah,namun ramai yang lupa niat asal berpuasa yang menuntut kita bersederhana, sebaliknya "membaham" pelbagai juadah bersahur dan berbuka dengan alasan tidak makan seharian.Cara pemakanan ketika besahur dan berbuka yang tidak betul menjadi punca lebih banyak penyakit ketika bulan ini.Fakta ini turut disokong oleh Pakar Diet,Mahkota Medical Centre (MMC),Ong Si Wen yang menyatakan begitu banyak kebaikan daripada berpuasa ini..

" Sebagai contoh,berpuasa dapat menurunkan berat badan walaupun tidaklah telalu nyata kerana kurangnya frekuensi makan dan menikmati kudapan" . "Namun ia perlu disertai dengan pengambilan makanan seimbang yang rendah gula dan kalori serta sayuran dan buah-buahan" ujarnya.

Terangnya, ketika berpuasa,badan kita menjanakan tenaga sendiri dengan membakar sumber daripada lebihan lemak yang tersimpan dan gula untuk menghasilkan tenaga. Hati merupakan organ yang memainkan peranan paling penting dalam proses ini..ia menukarkan lemak menjadi bahan kimia yang dipanggil "ketone" yang kemudian ditukarkan sebagai sumber tenaga."Bagaimanapun terlalu bnayak "ketone" boleh menyebabkan badan menjadi berasid dan pada jangka masa panjang ia boleh menyebabkan komplikasi."

"Tidak mengambil makanan yang betul ketika sahur dan berbuka puasa boleh menyebabkan masalah ini."tegasnya yang begitu menekankan pemakanan yang seimbang.



  • PENYAHTOKSINAN
Ujar Si Wen, ada bezanya antara berpuasa dan proses penyahtoksinan yang mana penyahtoksinan kadang-kadang melibatkan prosedur seperti enema dan pengairan kolon.Namun sesetengah kesan berpuasa dan penyahtoksinan adalah sama iaitu pembuangan toksid yang terkandung dalam makanan yang kita ambil saban hari.

Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh toksin yang diperoleh daripada kandungan makanan kita.Antaranya racun perosak, bahan pengawet, sisa dadah dan bahan kimia ,bahan pencuci serta seribu satu bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan yang diambil tanpa kita sedari.

Ada yang mengamalkan puasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses penyahtoksinan sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.Namun,tegas Si Wen, proses tersebut tidak digalakkan kerana tidak mendapat nutrient yang seimbang.




  • GASTRIK
Masalah gastrik sering dijadikan alasan untuk tidak berpuasa.Menurut Si Wen,tidak dapat dinafikan yang berpuasa boleh meningkatkan tahap keasidan asid gastrik di dalam perut sesetengah orang menyebabkan pedih ulu hati,sakit perut dan rasa masam di dalam mulut.

Namun ujarnya,ia boleh diatasi dengan mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti roti gandum penuh, sayur-sayuran, kacang humus, dan buah-buahan.

"Makanan-makanan ini menyebabkan tindakan bahagian otot yang mengisar dan mencampurkan makanan,memecahkan ia menjadi partikel kecil lalu membantu mengurangkan penghasilan asid di dalam perut."terangnya..







Sumber:Mingguan Malaysia edisi 29 Jun 2014



WallahuA'lam


Mau dapatkan supplement untuk membantu kekal cergas dan sihat di Bulan Ramadhan?


hubungi Salihah  di 017 854 5086


***TERIMA KASIH ALLAH ***