Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Friday 14 November 2014

PENGIRAAN ZAKAT EMAS

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum dan apa khabar anda semua?
Saya doakan semuanya sihat sejahtera semua..Aamiin





Baiklah..memandangkan saya telah terlibat dengan Perniagaan EMAS,so saya berasa bertanggungjawab untuk menulis dan berkongsi maklumat dengan anda semua tentang pengiraan ZAKAT EMAS..


Untuk pengetahuan semua,EMAS dan PERAK adalah kategori logam berharga yang DIWAJIBKAN ZAKAT apabila cukup haul dan nisab.


*Haul = Masa setahun (mengikut tahun Hijriah)
*Nisab = Nilai Berat



Kenapa dikenakan zakat?

Sebagaimana diketahui umum,sejak dari dahulu sampai sekarang,EMAS dan PERAK merupakan logam yang sangat berharga dan menjadi sumber kekayaan seseorang.Oleh itu,menurut pandangan Islam,ia mesti dikenakan zakat sama seperti sumber-sumber kekayaan yang lain.



Syarat-syarat wajib Zakat Emas :

1.Pemiliknya Islam
2.Cukup Haul
3.Cukup Nisab
4.Milik yang sempurna



Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:


“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” 
(At- Taubah; ayat 34-35)




Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya. 
-Riwayat Muslim-




ZAKAT EMAS dikira dalam dua keadaan :

1.Zakat Emas yang tidak dipakai (disimpan)

2.Zakat Emas yang dipakai




1.ZAKAT EMAS TIDAK DIPAKAI (DI SIMPAN)

Emas yang tidak digunakan  atau dipakai walaupun sekali dalam masa setahun (haul). Jika nilai emas 

tersebut menyamai atau melebih 85 gram (nisab).....maka wajib keluarkan zakat sebanyak 2.5%


Contoh: 

Zainab memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa yer) dan 

telah menyimpannya selama setahun.

Jumlah zakat = (RM160 x 100gram) x 2.5%

                      = RM 400




2. ZAKAT EMAS YANG DIPAKAI

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya..Tetapi jika ia melebihi 'uruf', maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas LEBIHAN daripada nilai uruf tersebut. Nilai yang dikira ialah nilai semasa emas ...tidak termasuk batu perhiasan

*Uruf = Nilai kebiasaan pemakain emas bagi wanita di sesebuah tempat  

Contoh :

Mariah bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Berat emas yang dipakai ialah 250 gram. 
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram 
Jumlah zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram) 
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

NILAI URUF BAGI NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber :Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)



Rujukan saya:

1.Ustazah Dariah Bt Mustaffa (Sek Keb ChiCha Menyabong)

2.Imam Masjid Kampung Telaga Bata

3. http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/pengiraan-zakat-emas-dan-perak/

4.http://www.zakatkedah.com/ilmu-zakat/jenis-zakat/zakat-emas-perak/

Thursday 13 November 2014

AL-QURAN :KAEDAH MELATIH MINDA GENIUS

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ini tazkirah hari ni dari group bisness kami "Inspirasi Legacy".Jemput baca yer semua

*****************************************************************

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential.... 

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung! 

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....

Manusia zaman sekarang, kemudahan merujuk sesuatu itu sangat hebat, misalnya google, sekali klik, keluar macam-macam maklumat. Tapi manusia bukannya semakin pandai, sebaliknya semakin bodoh.

Ini kerana, manusia yang muslim khususnya pada zaman ini, mereka meninggalkan pembacaan Al-Quran...

Di fb mereka mungkin Islamik, dengan jubah, serban, kopiah, purdah...

Berdebat sana-sini, berhujah sana-sini, bagi pendapat sana-sini....

Status tiap hari mesti Islamik-islamik....

Tapi sejujurnya, berapa juzuk Al-Quran kau baca setiap hari? Itu antara kau dan Allah, kau boleh tipu manusia, tapi kau tak boleh tipu Allah dan diri kau sendiri....

Jangan kita gembira dengan kemunafikan kita, kerana itulah tandanya kita seorang munafik yang sebenar.

Anyway, semasa saya belajar di madrasah dulu, setiap pagi, kami diwajibkan membaca surah Yassin selepas solat Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Setiap 30 hari, kami akan khatam Al-Quran.

Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai" para pelajar, sebab waktu tu sangat mengantuk. Tapi mereka tidak faham, mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-Quran selepas Subuh.

PALING KURANG, kita diarahkan Rasulullah untuk baca surah Yassin pada setiap pagi.

Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-Quran, bacalah surah yang jarang kita baca dan mulakan dengan tertib dari mula hingga khatam. Jika kita hanya baca surah lazim yang kita sudah hafal, otak kita sudah biasa dengan ayat itu dan kadar tenaga yang digunakan otak tu tidaklah sebanyak yang digunakan ketika membaca surah yang belum dihafal.

Rahsia mengapa Rasulullah dan para ulama anjurkan baca Quran pada awal pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak kita masih fresh selepas rehat yang panjang (tidur).

Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu membaca Al-Quran. Hasilnya, terbentuklah para pelajar madrasah yang genius, boleh menghafal matan-matan Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran, hafal perbahasan ulama, mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan sebagainya yang saya kira agak mustahil untuk dikecapi oleh pelajar akademik sekular (melainkan mereka juga amalkan rutin yang sama).

Note: Saya harap Wahhabi tidak MEMBIDAAHKAN amalan ibadah membaca Al-Quran sambil melihat mushaf...

Maklumlah, kan tiada dalil Nabi pernah baca Al-Quran guna mushaf.

Bahkan zaman Nabi dulu, mushaf Al-Quran seperti yang ada pada kita hari ni pun belum wujud.

Bahkan lagi kalaulah ada sekalipun di zaman Nabi, Nabi tetap tak kan baca guna mushaf sebab Nabi kan ummiy (tak boleh membaca/menulis).

Note 2: Lazimkan pembacaan Al-Quran beramai-ramai dengan suami/isteri dan anak-anak SETIAP PAGI. Berjemaah lebih bagus sebab kita rasa lebih bersemangat dan kebarangkalian untuk istiqamah itu lebih tinggi.

Ini silibus pertama HOME SCHOOLING yang diajar oleh Rasulullah.

Note 3: Bacalah Al-Quran kerana Allah, bukan sebab nak jadi genius. Sebelum baca quran, takafur dulu 10 saat sambil niat dalam hati, "Ya Allah, aku cintakan engkau, aku baca quran ni semata-mata untuk engkau, untuk cinta ini, dan terimalah bacaanku."

Orang yang baca quran niat nak jadi genius sahaja, dia akan dapat genius, tapi dia tak dapat pahala.

Tapi orang yang baca quran kerana Allah, genius dapat, pahala pun dapat. CINTA Allah pun dapat.

Jadi bijaklah "berbisnes" dengan Allah.

Wednesday 12 November 2014

RUGI MENYIMPAN EMAS?

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum sahabat2ku...nampaknya masih ramai lagi yang ragu-ragu untuk menyimpan emas...macam2 alasan diberikan untuk tidak menyimpan emas...Jadi bagi mereka yang ragu-ragu tentang emas...cuba baca apa yang saya tuliskan di bawah ni...


4 FAKTOR TAK RUGI SIMPAN EMAS 


1.HARGA EMAS AKAN NAIK DALAM JANGKA PANJANG. HARGA TURUN NAIK DALAM JANGKA PENDEK TU ADALAH BIASA..TAK LOGIK KALAU HARGA NAIK TAPI TAK TURUN-TURUN



2.EMAS ADALAH DUIT SEBENAR..DARIPADA SIMPAN KERTAS (DUIT‘PALSU’),LEBIH BAIK SIMPAN EMAS (DUIT SEBENAR)



3.HARGA BARANG NAIK,HARGA EMAS TURUT SAMA NAIK.ORANG SIMPAN EMAS,AKAN SELAMAT DARI INFLASI SEBAB EMAS MENGEKALKAN KUASA BELINYA.



4.HARGA EMAS TAK AKAN JATUH LINGKUP MACAM SAHAM.BELUM PERNAH ADA DALAM SEJARAH ORANG BANKRAP SEBAB SIMPAN EMAS,TAPI TERLALU BANYAK SEJARAH ORANG BANKRAP SEBAB SIMPAN DUIT KERTAS
SO,YANG MANA LEBIH’SECURE’ SEBENARNYA?




BUAT PILIHAN BIJAK.



SEMENTARA HARGA MASIH RENDAH LAGI SEKARANG


SAMBAR PELUANG YANG ADA...



Duit kertas jika dibakar tidak akan bernilai TETAPI emas tidak akan terbakar kerana emas tahan pada suhu tinggi



Harga emas yang sentiasa meningkat setiap hari setiap tahun...




Perbezaan nilaian emas dan Myvi selama 3 tahun


Persoalannya...RUGIKAH MENYIMPAN EMAS ?????

***********************************************************

MARI MENABUNG tanpa TERBEBAN..

#Kempen1G1Bulan
#Kempen1Kg1Keluarga
#KempenDinarkanMasKawen


SALIHAH 0178545086


*1gram 1bulan lama-lama jadi 1000gram*

Tuesday 11 November 2014

KISAH SEDEKAHKAN AL-FATIHAH

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...Jom kita sama-sama renungkan kisah di bawah ini supaya ianya menjadi teladan untuk kita..


Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik..
Allahu Akbar!



Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan. 



Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak. 







Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya. 



Sahabat-sahabatku yang baik, 
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah. 



Kita mungkin biasa membaca Al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 



Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..


Jom same2 kita beramal secara istiqomah sedekahkan al-fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita.
Tidak lupa hadiahkan utk diri sendiri juga.. Aamiin

**************************************


Kredit kepada kumpulan bisness Shaklee saya yang memberikan tazkirah ini pada hari ini..Terima kasih sahabat-sahabat atas peringatan saban hari saban waktu demi untuk menjernihkan kolam hati..

Monday 10 November 2014

Kebekatan Sedekah :1 sedekah dibalas 700 kali ganda

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Ini adalah tazkirah daripada group Bisness Shaklee saya Zero to Hero..Terima kasih kepada master Faizah atas tazkirah beliau tadi...tazkirah melalui Telegram je pon...hihihihi..maklumla dunia di hujung kuku jer...

*****************************************

Saya nak share tentang "the more u give the more you get back".
Petang semalam saya terdengar dalam rancangan usrati di ikim FM bersama Ustaz Zul.
Rancangan semalam tentang tajuk INFAK.

Kata Ustaz Zul, ramai orang bukan Islam mengamalkan konsep "the more u give the more u get back".Sebenarnya seni itu sudah tertulis dalam Al- Quran dan semestinya Allah bagi untuk orang Islam.Jika orang bukan Islam mengamalkannya memang dapat benefit, Apatah lagi kita yang Isalm..bukan setakat berganda2 Allah bagi tapi ditambah juga dapat PAHALA.
Sekali infaq, Allah balas 700x ganda minimum....bukan maksimum..malah Allah boleh bagi lagi banyak.


Ada satu kisah benar yang diceritakan oleh Ustaz Zul.

Ada seorang hamba Allah, seorang kontraktor, membelanjakan RM34.70 kepada semua kanak2 di satu gerai.Kanak2 yang dapat makan tu sangat gembira dan mengucapkan terima kasih.
Tanpa disangka2 tak lama kemudian, dia mendapat kontrak bernilai RM347,000.

Selepas tu kisahnya lagi, pada bulan Ramadhan, beliau ke masjid.Hari tu ada meeting dengan ajk masjid.Mereka memerlukan RM19,000 untuk menyiapkan bahagian lantai masjid yang belum siap.Mereka sangat risau mana nak cari rm19k ni.

Sedangkan kontraktor ni mempunyai RM19k je dalam akaunnya.Tapi duit itu adalah duit jaminan jika dapat projek / kontrak.Dalam hatinya Ya Allah, susahnya mereka untuk dapatkan RM19k ni.Sedangkan aku ada.

Lalu dia berkata, saudara2 sekalian, jangan risau,esok masalah ini akan selesai.Ada hamba Allah yang akan dermakan RM19k ni.

Lalu dia keluarkan RM19k sehingga tinggal hanya RM10 sahaja dalam akaun .Dia keluarkan dengan pejam mata.Kalau apa2 hal fikir kemudian.

Sebulan kemudian kontraktor tu mendapat kontrak bernilai 19 juta ringgit..kontraktor tu menangis sebab betapa Allah Maha Pemurah.19k digantikan dengan 19 juta

ALLAHU AKBAR...ALLAH MAHA KAYA...ALLAH MAHA PEMBERI..

Sunday 9 November 2014

EKSKLUSIF :KENAPA SAYA TAK BELI EMAS

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


Alhamdulillah..Mengambil keberkatan hari Jumaat semalam,saya telah memulakan perniagaan EMAS.Saya memang dah lama minat untuk berniaga EMAS.Sebelum ni saya duk servey2,kebanyakannya memerlukan modal awal RM1K ke atas....fuhhh..kat mana la saya nak cekau RM1K tu kan...


So apabila duk chatting2 dan bertanyakan kawan-kawan,saya tertarik dengan syarikat POWERGOLD ni sebab ia menawarkan modal serendah RM386 je untuk kita memulakan perniagaan EMAS.So ape lagi,saya grab lah peluang ni..sebab satu2 nya syarikat yang menawarkan modal rendah sebegini.Dengan modal awal RM 386 tu saya boleh pilih sama ada nak 1G Gold Bar @ cincin 916...dan saya dapat WEBSITE yang dah siap2 design untuk kita ...(WEBSITE EMAS SAYA)...


Haa..kalau nak tau details pasal simpanan,pelaburan,perniagaan dan jual beli EMAS boleh je contact saya...saya memang suka bercerita pasal EMAS.sebab EMAS IS MY PASSION sejak dulu lagi...meh saya ceritakan serba sedikit tentang EMAS DAN SAYA..



Dalam tahun 2009,saya mula berkenalan dengan Dinar Kelantan...Sebab kat Kelantan masa tu ada ekspo pasal DINAR dan DIRHAM...memang saya follow la setiap event berkaitan DINAR & DIRHAM..Pendek cerita..selama 2 tahun saya duk follow trend EMAS dan duk kaji untung rugi SIMPAN EMAS ni,so saya dah mula faham sangat2 pasal menyimpan EMAS..Pada tahun 2011,saya discuss dengan bakal suami (da selamat jadi suami da sekarang)...nak jadikan DINAR sebagai MAS KAWEN...


Then dia mula2 tak paham gak ape tu DINAR.Pastu dia pikir dan kaji2 sendiri dan dia setuju untuk jadikan DINAR sebagai MAS KAWEN saya...So,bulan Februari  2011,dia transfer duit minta saya belikan DINAR untuk MAS KAWEN saya tu...Start daripada hari tu,kerja saya adalah bukak website KELANTAN GOLDEN TRADE setiap hari...sebabnya nak tengok bila harga emas jatuh dan nak beli...sebabnya by the end of Februari saya wajib setel pasal DINAR ni (11 Mac 2012 tarikh nikah kami)...


Alhamdulillah..masa tu saya kerja di KELANTAN BIOTECH CORPORATION SDN BHD...memang surrounding staff semua dah faham dan masak benar pasal EMAS ni...saya je baru nak belajar mengenal EMAS...so kerja saya adalah sentiasa bertanya pasal EMAS dan DINAR untuk mas kawen...Alhamdulillah mereka banyak membantu saya dalam misi mengcukupkan MAS KAWEN saya tu..hihihi...


Alhamdulillah ...11 Mac 2012 MAS KAWEN saya berupa 11 keping DINAR (setiap satunya 4.25 gram emas tulen 999.9)...ni gambar nya.. (abaikan gubahan yang tak seberapa tu....huhuhu...hihihi...)..nampak tak ada 11 keping dinar dalam bekas berbentuk LOVE tu...


Mas kawen saya


So,begitulah ceritanya bagaimana saya CELIK EMAS...so saya sangatlah menggalakan dan menyarankan agar korang pon turut CELIK macam saya..hihihi...


Kat bawah ni saya listkan tentang persoalan2 kebanyakan orang yang TAK CELIK emas lagi...(soalan sama saya pada tahun 2009..hihihhi)

*************************************************************

1.Saya sentiasa fikirkan harganya,kaji sana sini
-Last-last tak beli-beli pun

2.Asyik kaji pasal spread
- Belum beli dah fikir banyak,spread penting untuk pelabur,tak penting untuk mereka yang ada ILMU pasal spread.So,dapatkan ilmu pasal emas ni

3.Duk fikir macam mana nak jual balik
- Emas bukan macam barang-barang lain.Emas laku je walau dimana anda berada.
Sebaiknya juallah kat dealer/syarikat tu balik,dapat harga lebih,tapi kalau ada ilmu yang kat statement no 2 tu,anda memang untung!

4.Duk fikir macam mana nak buat untung
-Banyak cara boleh untung,asalkan emas tu ada kat tangan,bukan atas kertas atau alam maya

5.Takut BNM serbu syarikat yang saya join
-Ini bukan skim,ini emas fizikal,selagi pegang emas,apa nak takut?

6.Takut rugi sebab harga emas jatuh
-Beli emas bukan untuk dijual esok lusa.Ini simpanan jangka masa panjang.Kalau terdesak sangat,barulah pajak.Ini sebenarnya fungsi Ar rahnu,bukan untuk manipulasi pelbagai skill.

7.Saya tak tahu kenapa orang kata emas itu adalah wang
-Kena tahu apa maksud wang yang sebenar dan ciri-cirinya.Kaji sejarah.Dulu-dulu orang guna apa sebagai matawang..Emas kan..Wang kertas yang kita guna sekarang ni cuma ciptaan yahudi untuk menindas dan berkuasa kat dunia

8.Saya tak faham sebab apa saya perlu simpan emas
-Kaji sebab,pasti jumpa jawapannya

9.Saya tak nak membazir
-Dulu harga emas rm30/gram,sekarang dah cecah dekat rm200/gram
Err..kat mana yang membazir tu?

10.Saya bimbang emas tu kena curi,hilang dan sebagainya
-Kalau kena curi,hilang,bukan emas je...apa-apa pun boleh ,so kena pandai-pandailah elakkan.Tak kan sebab takut hilang,kena curi,maka kita tak beli emas?
Habis yang wang kertas kita kena rompak hari-hari(susut nilai sebab inflasi) tu tak takut ke..?
Setahun susut nilai hampir 16%.
Simpan RM1k tahun ni,tahun depan jadi RM840,kalau 10 tahun lagi?
Simpan emas berharga RM1k tahun ni,tahun depan jadi RM1.2k..Mana yang anda nak?

11.Tak dapat pulangan bulanan,dividen dan hibah
-Lebih suka join skim cepat miskin,baik join MLM terus,maklumlah,duduk diam-diam dapat duit..
***********************************

Bagus !!!
Orang macam anda yang membuatkan harga emas tak naik mendadak..
Hanya org yg CELIK emas dan ada ILMU sahaja yang duk beli emas.

Yang duk fikir 11 soalan di atas,tak sedar yg dia duk buang masa,dan masa itu tidak akan kembali..
Harga emas yg dulu RM16/gram,sekarang hampir RM195/gram.

Akan datang hanya tinggal sejarah…dan waktu itu dah tak guna nak menyesal sebab tak bermula masa org duk suruh dulu.

PEACE ✌️✌️✌

********************************















SAYA DAH CELIK....

ANDA DAH KE BELUM???


BERMINAT dengan EMAS?

MAHU JADIKAN EMAS SEBAGAI SIMPANAN?

MAHU JADIKAN EMAS SEBAGAI PELABURAN?

MAHU JADIKAN EMAS SEBAGAI PERNIAGAAN?


Hubungi je saya di 017 854 5086

Jemput baca pasal EMAS di Gold Bar,Dinar & Jewellery


KLIK SINI UNTUK PENERANGAN LANJUT PASAL EMAS POWERGOLD 

Saturday 8 November 2014

OMEGA GUARD SHAKLEE MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA???

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat2 semua...hari ini saya nak ceritakan tentang Omega Guard Shaklee...Saya akan ceritakan tentang manfaat mengamalkan Omega Guard didalam diet seharian..





KENAPA OMEGA GUARD SHAKLEE MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA?

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi kesemua 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA dan ALA. Kebanyakan minyak ikan jenama lain diekstrak melalui kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan kebanyakan nutrient dan tidak mampu menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.


Tetapi Shaklee Omega Guard diesktrak melalui proses penyulingan 3 peringkat berteknologi tinggi yang bukan sahaja mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen malah menyingkirkan bahan-bahan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik dan lain-lain. Maka Shaklee Omega Guard adalah minyak ikan paling tulen.









APA KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE ?

1. PELINCIR SENDI - Bagi individu yang mempunyai masalah sakit lutut,anda digalakkan mengambil Omega-3 kerana ianya bertindak sebagai pelincir kepada lutut anda yang             kekeringan pelincir.

2. MEMERANGI KEDUTAN - Semakin kita berusia, sel kita akan menipis & berkedut, pengambilan Omega-3 membantu menebalkan semula dan melicinkan sell kulit.

3. Melindungi PENGLIHATAN MATA

4. Pengambilan EPA & DHA setiap hari dapat membantu KESIHATAN JANTUNG (menolong mencegah jantung tersumbat).

5. Memerangi JERAWAT.

6. Menurunkan kadar KOLESTEROL.

7. Meningkatkan KECERDASAN OTAK.

8. Meningkatkan KESUBURAN pada suami dan isteri - Meningkatkan kesuburan suami dan isteri dengan meningkatkan kebolehan sperma berenang  dan menstabilkan persekitan dalam rahim untuk benih menempel.

9. Vitamin asas untuk KEHAMILAN.



OMEGA SHAKLEE ADA DALAM SET LENGKAP SHAKLEE SEPERTI :

1) Sendi
2) Kanak-Kanak
3) Slimming
4) Darah tinggi
5) Jantung
6) Kuatkan memori / kesihatan minda
4) Kolestrol
5) Asma @ lelah
6) Penyakit kulit, alahan / ezcema
7) Resdung
8) Ibu mengandung
9) Kanak-kanak hyperactive dan  autism
10) Athritis
11) Diabetes
12) Gout
13) Ibu menyusu
14) Alzheimer









TESTIMONI OMEGA GUARD

# Anak Batuk Berkahak #
Puan Yeen Maszlee : “Semalam anak saya demam, batuk dan selsema. Saya degil tak nak bagi ubat so saya kasi 2 biji OmegaGuard dan 4 biji Vitamin C. Dari dok demam, dia dah tak demam. Pastu bangun pagi esoknya, terkeluar segumpal kahak kuning…”


# Anak Asthma #
Puan Surynn Zain : “Anak saya saya kasi minum Shaklee Mealshake dan OmegaGuard. Dulu bulan October & November tiap-tiap minggu semput dan terpaksa amik Nebulizer. Alhamdulillah sekarang dah OK…”


# Anak Selsema & Eczema #
Puan Atiqah Aziz : “Saya bagi anak start umur dia setahun setengah. Masa tu nak baikkan selsema dia. Masa tu notice kalau orang demam atau selsema, senang jangkit ke dia. Saya beranikan diri bagi anak makan OmegaGuard. Alhamdulillah, sekarang duduk dekat dengan orang yang demam dan selsema, anak tak kena apa-apapun. Yang bestnya, tak sangka pulak OmegaGuard tolong keringkan eczema anak. Sekarang dah boleh makan macam2..”


Puan Nor Fahidayu Masran : “Saya bagi OmegaGuard time anak saya selsema. Alhamdulillah hingus cepat kering dan tidur malam hidung dah tak sumbat…”


# Anak Hyperactive #
Puan Mumtaz Ummi : “Saya bagi anak saya umur 3 tahun makan start seminggu lepas. Alhamdulillah dia dah start tidur awal. Kalau dulu, pukul 12 baru nak tidur. Dia hyperactive sangat, sekarang dah Nampak perubahan. Dia pun Nampak makin senang nak focus masa buat aktiviti macam mewarna dan menulis. Kalau dulu, tau nak lompat jer!”


# Slimming dan Gout  #
Puan Rahimah : "husband saya dia consume set slimming lepas kena gout.. lepas habis omega dia continue lecithin dan alfalfa.. memang terasa kelainan dia.. dia kata kalau dengan omega lagi rasa ringan tubuh.. alfalfa dan lecithin kurang menyengat bagi yang badan besar macam dia.. my husband berat 150kg.. sekarang dah kurang jadi 100 kg.. dia dah ambik set slimming 10 bulan"



Ini adalah hasil daripada perbincangan dalam kumpulan Shaklee Inspirasi Legacy...
Diharap pembaca semua mendapat info tentang kebaikan dan khasiat Omega-3..


Sekiranya anda berminat mahu mendapatkan Omega Guard Shaklee..hubungi je saya di