Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah
Showing posts with label Vitamin C Sustained Release 500mg. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C Sustained Release 500mg. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

Cuaca Panas Terik :Vitamin C memperkuatkan antibodi

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..hari ni bersiaran dari kampung halaman di Kelantan.saya stay seminggu di kampung sebab suami kena pergi kursus seminggu di Pahang..tak berani pulak nak duk 2 beranak di Perak tu...

Hari ni nak bercerita pasal kes shopping di Rantau Panjang masa hari Sabtu minggu lepas...Punyerla semangat sakan nak shopping,kami bertolak dari rumah pukul 8 pagi lagi..sebab kononnya nak shopping sebelum matahari panas terik...perjalanan dari rumah ayah saya ke Rantau Panjang ambil masa setengah jam...Lebih kurang pukul 9 kami dah sampai Rantau Panjang...

So ape lagi,start shopping la kami..Yang paling excitednya suami saya lah...shopping jeans dan jersi..memang dua barang tu lah dia akan cari setiap kali pergi Rantau Panjang...hihi..Nak dijadikan cerita sekarang ni Rantau Panjang dah berwajah baru...abes semua kedai beralih tempat...saya dan suami dah pening dah nak cari kedai yang selalu kami pergi sebelum ni...so,ape lagi..tawafla kami dari hujung sana ke hujung sini,ke sana ke mari semata-mata mencari kedai febret kami tu...panas tu memang panas membahang..panas terik...rasa berpinar bijik mata..tapi shopping punyer pasal..gagahkan la jugak diri ni ..abes 2 botol air mineral saya sorang minum..hihihi

Shopping sampai tak sedar rupe-rupenya dah pukul 12 kami kesana-kesini mencari barang-barang shopping...saya dapat rasa kulit muka saya memnag sunburn la...sebab memang cuaca hari tu memang panas sangat...panas terik...

Dah setel shopping kami bertolak balik ke rumah..waaa...masuk kereta saya minum lagi air mineral sebotol kecil tu..Syerlin pon sama...abes sebotol susu diminumnya...Suami saya pulak beli air dalam peti ais kat kedai...sebab nak minum ais dalam cuaca panas-panas gitu...

Sampai je kat rumah,saya dan suami terus telan sebijik Vitamin C Shaklee...sebabnya saya yakin vitamin C boleh elakkan saya dari terkena demam...Selepas tu bancuh pulak perfomance drink se jug besar campur ais..perggghhh...nikmatnya terasa...

Esok pagi2 lagi saya dan suami telan lagi vitamin C sebijik...dan Alhamdulillah,kami tak kena demam atau selsema walaupun berpanas terik seharian semalam...

So saya sarankan sangat2 sesiapa yang berkerja bawah terik matahari..sila lah amalkan vitamin C sebab vitamin C akan menguatkn antibodi badan daripada senang demam dan selsema..Vitamin C memang vitamin kegemaran saya...Apabila rasa je nak demam saya cepat2 telan sebijik...memang tak sempat demam kuat dan cepat je sembuh....

Okay lah dulu yer setakat ni.Actually,nak cerita lagi tapi memandangkan Syerlin dah bangun ni,saya kena stop la dulu yer...nnt ada masa saya ceritakan tentang rawatan muka pulak akibat sunburn tu okeh...




Monday, 27 October 2014

Kencing Kotor dan Cara Rawatan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat2 saya semua?sihat semua kah?Alhamdulillah masih lagi diberi rezeki kesihatan untuk terus melakukan aktiviti-aktivit seharian...Masa duk chatting dengan kawan tadi..dia ade bertanyakan tentang KENCING KOTOR...jadinya saya share kat sini lah apa yang saya research dari beberapa website doktor-doktor perubatan tentang kencing kotor...nanti saya link kan website diorang kat sini yer..


APAKAH KENCING KOTOR

Kencing kotor adalah jangkitan yang biasa berlaku terutama dikalangan wanita yang berumur antara 20-50 tahun. Kuman berasal dari kulit dubur,faraj atau lubang dubur..Kuman bergerak merentasi uretra dan pundi kencing.Ia akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter.Apabila berlaku jangkitan kuman,pundi kencing akan menjadi bengkak dan radang.

Oleh itu para wanita diminta berhati-hati apabila membersihkan kemaluan selepas membuang air kecil atau besar.Punca yang biasa di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan sedemikian akan menggalakkan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.

Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing kotor.Oleh itu saya menyarankan agar selepas berjimak haruslah membuang air kecil.Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

(diambil dari website  http://drzubaidi.com/blog/bahaya-kencing-kotor-bagi-ibu-hamil/ )


BAGAIMANA MERAWAT KENCING KOTOR

1.Pastikan minum air dengan banyak...paling minimum 3L sehari...semakin kerap anda membuang air kecil semakin banyak bakteria dikeluarkan dari saluran kencing...ini akan mengelakkan bakteria merebak dengan cepat.Bagi memastikan anda minum air yang mengcukupi,sila perhatikan warna air kencing anda..Sekiranya air kencing putih jernih itu menandakan badan anda telah mendapat air yang mengcukupi.Sekiranya air kencing berwarna kekuningan,itu menandakan badan anda kekurangan air.

2.Jangan tahan kencing apabila terasa ingin kencing.Tabiat menahan kencing menyebabkan pundi kencing akan penuh dan bakteria lagi senang merebak.

3.Bagi ibu yang baru lepas bersalin,pastikan miss V anda sentiasa besih dari darah nifas..pastikan pad sentiasa bertukar setiap 4 jam sekali.Jangan biarkan melebihi 4 jam kerana darah nifas mengandungi bakteria dan ia akan termendap di pad. Bakteria cepat merebak dalam keadaan lembap.

4.Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

5.Kepada mereka yang mudah mendapat kencing kotor berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan

6.Memakai pakaian dalam dengan longgar supaya pengudaraan berjalan lancar.Dan pakaian diperbuat dari kapas kerana ia dapat menyerap peluh dan kelembapan.

7.Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan kencing kotor, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

8.Elakkan mengambil makanan manis yang manis dan minuman berkafein.

9.Pastikan anda mengambil VITAMIN C (250mg-500mg), Beta-Carotene (25,000-50,000 IU), dan Zinc (30-50mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika antibodi anda lemah.


Minum air putih minimum 3L sehari


Jangan tahan kencing

Kredit to :    http://drzubaidi.com/blog/bahaya-kencing-kotor-bagi-ibu-hamil/

Tuesday, 21 October 2014

VITAMIN C : TIADA LAGI DEMAM+SELSEMA+BERSIN+RESDUNG

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Apa khabar sahabat2 saya semua?Semoga sentiasa sihat dan dilimpahkan rezeki yang seluas-luasnya oleh DIA Maha Pemberi Rezeki...Ameen

Alhamdulillah..hari ni saya nak share tentang pengalaman adik2 saya yang mengamalkan vitamin C




Katanya
" Sekarang ni sejak amalkan vitamin C Shaklee,dah jarang kena selsema dan jarang demam..bangun pagi pun dah tak selsema lagi..kalau tak, sebelum ni senang jer dapat selsema especially bila musim hujan.Dan muka pun dah jarang naik jerawat.." 
-Adik nombor 3 saya-

Masa mula-mula nak try dia beli sebotol dan share dengan adik saya yang seorang lagi (nombor 4)
so setiap sorang dapat 90 biji (ada 180 biji sebotol)...


Dan ini pula testimoni adik saya nombor 4..

" Dia ni ada resdung...setiap pagi akan bersin kuat dan banyak kali...Selepas tu mesti sakit kepala sebab bersin kuat...muka memang akan gatal-gatal..dan senang demam jugak..selepas amalkan Vitamin C,Vitamin B complex dan Alfalfa,resdung dia berkurang..Buktinya muka dah gatal-gatal even makan seafood dan dia kini tak lagi bersin kuat yang menggegarkan otak nya tu "..
-Adik nombor 4 saya-


Alhamdulillah,dengan asbab Vitamin C kini,mereka dah jarang demam dan selsema..Sebagai kakak,mestilah saya gembira sangat dengan perubahan pada diorang...Mak saya pun akui yang sekarang ni dah jarang bunyi bersin setiap pagi...hhihihihi...

Anda nak tahu tak kenapa Shaklee Sustained Release Vita C 500mg ini menyebabkan adik2 saya dah jarang demam? oraippp...jom sama-sama kita baca 


KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE SUSTAINED RELEASE 500mg

  • MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI -Vitamin C kaya dengan antioksidan..Antioksidan ini akan menguatkan sistem pertahanan badan ..Sebab itu,sesiapa yang mengamalkan vitamin C susah untuk demam dan selsema
  • MENCEGAH PENDARAHAN GUSI-pendarahan gusi disebabkan oleh kekurangan vitamin C..Cuba tengok setiap kali berus gigi,gusi anda berdarah ke tidak..Sekiranya berdarah itu menandakan badan anda kekurangan vitamin C.
  • MEMBENTUK KOLAGEN-Vitamin C menolong pembentukan kolagen di dalam badan anda..kolagen akan semakin berkurang apabila umur semakin  meningkat...Kolagen bukan setakat untuk kulit tetapi kolagen ialah asas kepada pembentukan otot,tisu dan gusi.
  • MENCANTIKKAN KULIT-Pengambilan vitamin C setiap hari mampu menolong memudarkan parut jerawat.jeragat dan mencegah jerawat daripada tumbuh di wajah.Jadi tidak hairanlah sekiranya ramai yang sanggup berbelanja besar untuk mengambil SUNTIKAN VITAMIN C.Saya nasihatkan,sekiranya tiada bajet untuk suntik vitamin C,amalkan je makan vitamin C setiap hari.Walaupaun mengambil masa,tapi kesannya kulit akan kelihatan cantik,dan pigmentasi akan hilang..PERCAYA LAH...
  • MEMERANGI KANSER-Vitamin C merupakan satu-satunya antioksidan yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dengan meransang pengeluaran T-cell untuk melawan sel kanser.
  • MENGATASI INSOMNIA-Vitamin C dapat menghilangkan tekanan dan penyakit susah tidur kerana ia dapat memberikan kelegaan kepada mental dan fikiran
  • MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN  LUKA-Disarankan sangat-sangat sesiapa yang mengalami luka ataupun menjalankan pembedahan supaya mengamalkan vitamin C kerana vitamin C meransang pembentukan sel-sel baru..Perasan tak,doktor akan sarankan pesakit makan buah oren banyak-banyak untuk cepatkan pulih luka...Masa bersalin caeserean dulu,saya amalkan vitamin C setiap hari untuk pulihkan luka pembedahan..Alhamdulillah,masa berpantang luka tempat operation cepat sembuh dan kering.
  • MENCEGAH ULSER MULUT-ini masalah utama saya sejak dari dulu lagi...apabila musim panas saya senang dapat ulser mulut.Tapi sekarang,NO MORE ULCER...konsepnya sama jugak dengan mempercepatkan penyembuhan luka...Apabila anda kena je ulser,cepat2 telan sebijik ulser sehingga lah ulser tu hilang.





KENAPA PERLU PILIH Shaklee Sustained Release Vita C 500mg?

>> Ia bertindak dengan melepaskan vitamin C secara perlahan-lahan selama 5 jam yang dikenali sebagai "SUSTAINED RELEASE"

>> Vitamin ini membekalkan 500mg Vitamin C bersamaan 7 biji setengah buah oren

>> Mengandungi Bioflavinoid (120mg)..ia bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penyerapan vitamin C oleh sel badan.

>> SEMULAJADI ,tiada pewarna tiruan,tiada perasa tiruan sebab itu vitamin C ini rasanya masam-masam..sebab tiada pemanis.

>> Tiada pembaziran kerana semua Vitamin C digunakan oleh badan sebab ia dilepaskan secara perlahan-lahan setiap masa untuk memenuhi keperluan badan.

>> Tidak mengandungi 'silica gel' kerana vitamin C semulajadi tidak memerlukan silica gel untuk mengelakkan ia dari teroksida..(cuba compare dengan brand lain di pasaran)







TAHUKAH ANDA??

  • Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri. Contohnya Arnab mampu menghasilkan 18,000mg vitamin C sedangkan manusi tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. 
  • Vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita (berpelu,air kencing). Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C tidak memberi kesan toksik. 
  • Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah ranum. Tetapi kandungan vitamin C tersebut akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Untuk sebarang pertanyaan tentang Vitamin C ini, hubungi jer saya di 017 854 5086

HARGA RM 92 untuk 180 BIJI...

JIMAT TAK ???