Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Friday 19 September 2014

Minyak Kelapa Dara: Mengurangkan Risiko Perineum Koyak semasa Bersalin

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Haaa...Jangan tekejut plak bila saya buat entry pasal Minyak Kelapa Dara (VCO) ni...Alhamdulillah dengan rezeki buat bisness Shaklee selama 6 bulan ni dapatla saya kumpul modal untuk kembangkan lagi cabang bisness..Dan saya memilih untuk mengetengahkan khasiat Minyak Kelapa Dara memandangkan dahulu saya pernah berkerja dengan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd dalam bahagian pemasaran produk Minyak Kelapa Dara...
(Bisness Shaklee still on yer kawan-kawan)




Oraiippp.....Kita kembali ke tajuk asal...Bagaimana Minyak Kelapa Dara mengurangkan risiko perineum terkoyak/kena gunting/kena jahit semasa bersalin...Hari ni saya akan fokuskan pasal urutan Perineum je dulu yer...(sebenarnya banyak sangat nak cerita pasal VCO ni..heehe)




APA ITU MINYAK KELAPA DARA (VIRGIN COCONUT OIL)

Minyak Kelapa Dara ialah minyak kelapa yang diproses tanpa menggunakan haba atau bahan kimia.Penghasilannya diambil dari isi kelapa segar yang masih belum ditumbuhi tunas dan diproses tanpa melibatkan pemanasan api.Keistimewaan inilah yang menjadikan segala vitamin,zat dan mineral semulajadi kelapa masih kekal.










KHASIAT MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa kaya dengan asid laurik, anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa juga boleh didapati dalam susu ibu. Disebabkan itu, bayi yang menerima susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih baik berbanding dengan bayi yang tidak menerima susu ibu.



Paling penting bagi bakal ibu, minyak kelapa dara telah digunakan sejak dahulu lagi oleh para ibu yang mengandung sebagai penawar semulajadi untuk membantu proses bersalin. Penggunaan minyak kelapa ini disarankan bagi sapuan dan urutan pada kawasan perineum supaya ia lembap dan lembut. Apabila diminum ia bertindak sebagai pelincir untuk membantu proses kelahiran. Minyak kelapa dara ini sangat menakjubkan.


Sebenarnya banyak lagi khasiat Minyak Kelapa Dara.Tapi malam ini saya akan fokuskan khasiatnya kepada ibu mengandung yang sedang menghitung hari untuk bersalin..In Sha Allah next entry saya akan kongsikan khasiat yang lain lagi yer...



MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU MENGANDUNG

Ibu mengandung amatlah disarankan untuk amalkan minyak kelapa dara :


  • Sapu di bahagian perut untuk mengelakkan kulit perut kering...sebab keadaan kering itu akan menyebabkan kulit perut akan gatal.
  • Mengelakkan rekahan pada kulit perut / strech mark
  • Melembabkan kulit perut
  • Bermula usia kandungan 8 bulan boleh mulakan minum 1 sudu setiap pagi untuk memudahkan proses bersalin 
  • Buat urutan pada perineum setiap hari bermula usia kandungan 34 minggu..Tujuannya untuk mengelakkan perineum daripada terkoyak semasa proses meneran bayi keluar



APA ITU URUTAN PERINEUM?

Perineum adalah kawasan antara vagina dan dubur.Semasa proses melahirkan,kulit di kawasaan ini akan turut tertekan dan jika salah teknik ketika meneran maka akan menyebabkan berlakunya koyakan di kawasan tersebut.Dan sekiranya ada masalah tertentu,doktor terpaksa menggunting untuk membesarkan saluran bersalin supaya bayi mudah keluar


Jadinya sebagai persediaan bagi memudahkan saluran bersalin ini,para ibu digalakkan untuk melakukan urutan perineum agar kulit di kawasan tersebut lembut,lembab dan elastik... In Shaa Allah kita dapat mengelakkan risiko koyak yang teruk..


Mengikut sumber bacaan saya dari majalah Pa&Ma,ibu-ibu digalakkan memulakan urutan ini bermula dari minggu ke 34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.Sebelum melakukan urutan,pastikan jari anda benar-benar bersih.Minyak yang disarankan untuk membuat urutan ini ialah minyak kelapa ataupun minyak zaitun kerana ia lebih selamat dan berkesan.Elakkan penggunaan minyak bayi atau pun jeli petroleum kerana ia mengandungi bahan kimia walaupun dalam kuantiti sedikit.


Urutan ini bukanlah 100% menjamin kita tidak mengalami koyakan @ doktor tak perlu buat potongan episotomi, tetapi sedikit sebanyak membantu mengurangkan koyakan..tak salah kita mencuba kan.



TEKNIK URUTAN PERINEUM :


1. Sapukan jari dengan minyak kelapa dara.
2. Letakkan ibu jari dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang kita mahu, sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  (seperti hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.)



Menggunakan satu jari


Menggunakan dua jari



Mungkin untuk kali pertama lakukan urutan ini anda rasa tak selesa..Tetapi anda akan mulai rasa selesa selepas beberapa kali urutan dibuat.Buat secara perlaha-lahan selama 10 minit.

Cuba buat setiap hari untuk keberkesanannya. Ramai yang sudah berjaya bersalin tanpa koyak selepas mengaplikasikan teknik urutan ini.

Lagi satu urutan ini paling bagus buat selepas mandi @ selepas ke tandas kerana kawasan itu masih lembap.



****************************************************************


So saya amatlah menyarankan bagi ibu2 hamil lakukan urutan ni..In Shaa Allah kita berikhtiar yang terbaik untuk diri kita...


SEMOGA IBU2 SEMUA SELAMAT BERSALIN DAN SIHAT SEMUANYA...Ameen


Sekiranya berminat dengan Minyak Kelapa Dara,boleh hubungi saya di 


WhatsApp @Telegram @PM 017 854 5086




HARGA dijamin PALING MURAH di PASARAN....
nak tahu kenapa murah?cepat2 hubungi saya k




Ni nak abes guna dah







No comments:

Post a Comment