Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Monday 10 November 2014

Kebekatan Sedekah :1 sedekah dibalas 700 kali ganda

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Ini adalah tazkirah daripada group Bisness Shaklee saya Zero to Hero..Terima kasih kepada master Faizah atas tazkirah beliau tadi...tazkirah melalui Telegram je pon...hihihihi..maklumla dunia di hujung kuku jer...

*****************************************

Saya nak share tentang "the more u give the more you get back".
Petang semalam saya terdengar dalam rancangan usrati di ikim FM bersama Ustaz Zul.
Rancangan semalam tentang tajuk INFAK.

Kata Ustaz Zul, ramai orang bukan Islam mengamalkan konsep "the more u give the more u get back".Sebenarnya seni itu sudah tertulis dalam Al- Quran dan semestinya Allah bagi untuk orang Islam.Jika orang bukan Islam mengamalkannya memang dapat benefit, Apatah lagi kita yang Isalm..bukan setakat berganda2 Allah bagi tapi ditambah juga dapat PAHALA.
Sekali infaq, Allah balas 700x ganda minimum....bukan maksimum..malah Allah boleh bagi lagi banyak.


Ada satu kisah benar yang diceritakan oleh Ustaz Zul.

Ada seorang hamba Allah, seorang kontraktor, membelanjakan RM34.70 kepada semua kanak2 di satu gerai.Kanak2 yang dapat makan tu sangat gembira dan mengucapkan terima kasih.
Tanpa disangka2 tak lama kemudian, dia mendapat kontrak bernilai RM347,000.

Selepas tu kisahnya lagi, pada bulan Ramadhan, beliau ke masjid.Hari tu ada meeting dengan ajk masjid.Mereka memerlukan RM19,000 untuk menyiapkan bahagian lantai masjid yang belum siap.Mereka sangat risau mana nak cari rm19k ni.

Sedangkan kontraktor ni mempunyai RM19k je dalam akaunnya.Tapi duit itu adalah duit jaminan jika dapat projek / kontrak.Dalam hatinya Ya Allah, susahnya mereka untuk dapatkan RM19k ni.Sedangkan aku ada.

Lalu dia berkata, saudara2 sekalian, jangan risau,esok masalah ini akan selesai.Ada hamba Allah yang akan dermakan RM19k ni.

Lalu dia keluarkan RM19k sehingga tinggal hanya RM10 sahaja dalam akaun .Dia keluarkan dengan pejam mata.Kalau apa2 hal fikir kemudian.

Sebulan kemudian kontraktor tu mendapat kontrak bernilai 19 juta ringgit..kontraktor tu menangis sebab betapa Allah Maha Pemurah.19k digantikan dengan 19 juta

ALLAHU AKBAR...ALLAH MAHA KAYA...ALLAH MAHA PEMBERI..

No comments:

Post a Comment