Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Tuesday 3 June 2014

PETUA TRADISIONAL HILANGKAN JERAWAT

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Entry kali ni saya nak berkongsi dengan korang semua petua nenek moyang kita dahulu bagaimana nak hilangkan masalah JERAWAT...

Menghilangkan jerawat dari luaran :

  • Asah sedikit kulit kayu manis dan campurkan dengan bedak sejuk..sapu kat muka sebelum tidur dan biarkan semalam..bilas dengan air suam apabila bangun pagi esoknya..amalkan dalam 3x seminggu (saya selalu buat masa sekolah menengah dulu..memang berkesan,jerawat cepat jer kecut)
  • Amek sedikit asam jawa dan sedikit kunyit hidup.Tumbuk kunyit itu sampai lumat dan campurkan dengan asam jawa tersebut.Apabila da sebati tepek je kat muka selama 20 minit dan bilas dengan air bersih. Kalo diamalkan selalu jerawat payah nak tumbuh n kulit akan halus mulus.
  • Basuh muka dengan air basuhan beras.Biar ia kering sendiri.Setelah kering,bilas je dengan air bersih..amalkan selalu...setiap hari lagi elok...kulit akan rasa halus dan lembut jer (sampai sekarang saya amalkan petua ni...paling senang sekali)
  • Rendam dan didihkan teh hijau kemudian lekatkan pada jerawat..Teh hijau sumber antibiotik tau...leh bunuh kuman jerawat tu
  • Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air.Tepek pada seluruh wajah setiap malam.Bilas dengan air suam apabila kering..kesannya kulit akan nampak cerah dan gebu
  • Rendamkan beberapa keping asam gelugur semalam.Amek juga beberapa helai daun pucuk jambu batu..kemudian tumbuk kedua-duanya sehingga lumat.Sapukan pada kesuruhan wajah.Amalkan 2x seminggu
  • Oleskan sedikit madu pada bahagian yang jerawat..Biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.
  • Tampalkan mentimun di muka dalam 30 minit setiap hari.
  • Buat masker dari putih telur.Ianya akan menghilangkan jerawat batu dengan cepat.


Menghilangkan jerawat secara dalaman :

  • Hindari pengambilan makanan berlemak.Makanan berlemak menyebabkan badan memproses lemak dengan berlebihan dan menagakibatkan liang roma tersumbat dengan minyak.Hal ini menyebabkan jerawat tumbuh.
  • Makan makanan berserat.Makanan berserat akan membunuh lemak jahat dalam tubuh dan menurunkan kadar lemak yang menyebabkan jerawat.
  • Minum banyak air putih.Air putih akan mengangkut lemak-lemak keluar melalui air kencing.

Dengan lifestyle sekarang yang serba cepat dan segera,petua-petua ini semakin dilupakan oleh masyarakat sekarang...mungkin kerana kekangan masa..dan sebagai alternatifnya,supplement menjadi pilihan...sudah tentu kita akan mencari natural supplement yang mana konsepnya sama dengan petua tradisional ni jugak kan...sekiranya anda sedang mencari2 natural supplement,SHAKLEE lah penyelesaiaannya....

Sekiranya berminat dengan natural supplement ini,anda boleh hubungi saya..free consultation..free delivery..free ebook..dan servis tip top punyer..CAYA LAH...

SITI SALIHAH ( ID 1122713)

PM/Whatsapp: 017 854 5086

FB:HaniqHani Salihah
https://www.facebook.com/ButikShakleeHaniqHani

LIKE Page Fb:Butik Sihat+Cantik

Email :sitisalihah86@yahoo.com


                                                         ***TERIMA KASIH ALLAH***



No comments:

Post a Comment