Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Wednesday 11 June 2014

Tips Mengajar Anak Berpuasa

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah


Bila da hampir Ramadhan ni,teringat balik kenangan kali pertama saya puasa..masa tu umur 5 tahun...kononnya excited nak duit raya lebih...sebab mak ayah cakap kalo puasa penuh satu hari,mak akan upah RM1 sehari...Ayah pon akan bagi RM1 sehari...Kiranya saya akan dapat RM2 la untuk sehari puasa...bila dicongak-congak dapat RM60 kalo sebulan puasa...hihihi...sebabnya bila Hari Raya nanti saya nk menunjuk2 dengan sepupu sepapat yang saya dapat duit raya paling banyak.....

okayla..hari ni saya nak kongsikan bagaimana nak galakkan anak berpuasa especially bagi yang kali pertama nak berpuasa....

Menjelaskan Maksud Puasa 
Sifat kanak-kanak (3-6 tahun) sebenarnya mereka cepat belajar dan suka meniru perbuatan dari persekitaran...sama ada dari ibu bapa,kakak dan abang,kawan-kawan ataupun sesiapa terdekat dengan diorang.Masa umur sebeginilah,ibu bapa perlu menerapkan tentang puasa supaya mereka teruja untuk sama-sama berpuasa..Sebagai contohnya,suruh anak tengok citer Upin&Ipin episod bulan puasa. Sememangnya anak-anak akan seronok menonton cerita kartun dan dalam masa yang sama mereka akan belajar tentang puasa melalui watak kesayangan mereka itu.

Latih Puasa Bertahap
Untuk hari pertama mungkin agak sukar bagi kanak-kanak untuk meneruskan puasa sehingga ke maghrib.Sekiranya diorang da tak larat n nampak macam nak surrender jer...bagi la can diorang berbuka pada tengah hari...pukul 12 ke...masuk hari ke 3 atau ke 4 cuba galakkan diorang puasa penuh pulak....awal-awal puasa mungkin mak ayah lembut hati lagi n bagi puasa separuh hari...tapi bila da masuk minggu kedua cuba mak ayah buat strict skit kalo still nak berbuka separuh hari...

Bersahur
Ibu ayah cuba pujuk anak elok2 untuk bangun bersahur.Katakan pada mereka bahawa pentingnya bersahur supaya tidak lapar pada keesokan harinya.Biasanya anak-anak liat nak bangun sahur mungkin kerana mengantuk...Oleh itu,si ayah kena wajibkan anak-anak tidur awal pada malamnya supaya mereka senang untuk bangun sahur.Para ibu pula,kena kreatif masakkan menu sahur supaya anak-anak berselera untuk bersahur.Sebelum tidur,tanya dulu apa yang mereka nak makan masa sahur nanti..

Bataskan Pergaulan
Seeloknya pada bulan puasa,ibu bapa jauhkan anak-anak daripada berkawan dengan rakan-rakan mereka yang malas berpuasa.Sebaliknya galakkan mereka bergaul dengan kawan-kawan yang bersemangat berpuasa...Semestinya mereka akan teruja apabila dapat bersama-sama puasa dengan rakan sebaya.

Menu Kegemaran
Waktu berbuka adalah waktu yang paling disukai mereka...paling heaven la kiranyer....Si ibu hendaklah sentiasa bertanyakan menu ape yang ingin dimakannya pada setiap hari..masak ikut menu kesukaan si anak..ini untuk menggalakkan mereka berpuasa untuk hari-hari seterusnya.Sekiranya ada masa lapang,bawalah mereka ke bazar Ramadhan supaya mereka dapat memilih sendiri menu yang diidamkan sepanjang berpuasa seharian..

Rehat selepas balik sekolah
Suruh anak rehat dan tidur selepas balik sekolah..Jangan biarkan mereka aktif bermain untuk mengelakkan rasa haus dan lapar.Jika tidak,mulalah mereka sibuk merengek2 minta nak berbuka...Mereka sebenarnya bukannya lapar sangat tetapi lebih kepada haus..apatah lagi kalau hari tu panas terik...fuhhh...memang dugaan sungguh kpd diorang...Maunya ada yang minum air paip dalam bilik air...huhuh

Ganjaran
"Siapa puasa penuh tahun ni baru boleh beraya dan dapat duit raya l"..ni la ayat yang selalu mak ayah gunakan tuk galakkan diorang puasa penuh..ada juga yang siap bagi upah setiap hari..hihihihihi...cakap kat mereka duit raya untuk orang yang berpuasa aje,hadiah sebab mereka rajin puasa.

Pujian
Setiap kali mereka dapat abeskan puasa satu hari...puji mereka depan kakak n abang diorang...cakap je "adik anak yang kuatlah...dapat puasa penuh hari ni....mama bangga ada anak kuat macam adik"..mau kembang semangkuk lubang idung dia ..hahaha...


So,harapnya tips2 ni dapatla serba sedikit membantu ibu bapa nak melayan kerenah mereka bila berpuasa nanti...Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada pembaca-pembaca tersayang....


***TERIMA KASIH ALLAH***






No comments:

Post a Comment