Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Monday 9 June 2014

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat tersayang...
hari ini saya ingin kongsikan tentang amalan yang dilakukan oleh kebanyakan jutawan Islam...salah satunya ialah dengan menjadikan Surah Al-Waqiah sebagai amalan harian mereka..In Shaa Allah semoga kita juga terpilih untuk menjadi jutawan Islam..Aamiin...


Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke 56 dalam Al-Quran,terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri daripada 96 ayat.Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz A-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti kiamat..

Di dalam surah ini menerangkan tentang hari kiamat,balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.Diterangkan juga penciptaan manusia,tumbuh-tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.


Kenapa di gelar surah KEKAYAAN?

Surah Al-Waqiah memang tekenal dengan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah hadis sahih.

Dengan menjadikan surah Al-Waqiah sebagai amalan harian,maka Allah akan menjauhkan kekafiran selamanya.Sa'ad Al-Mufti mengatakan,bahawa hadis ini adalah hadis sahih.


Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah,maka ia tidak akan kekafiran selamanya".

Rasulullah SAW bersabda :
"Siapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam ,dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a)

Rasulullah SAW bersabda :
"Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu.Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan."(Hadis Riwayat Ibnu Ady)

Rasulullah SAW bersabda :
"Barang siapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam,maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya.Dan surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan,maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua."

Menurut sebahagian fatwa ulamak :
Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali,selama 40 hari pula,maka Allah akan memudahkan rezekinya tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.


Khasiat Surah Al-Waqiah:

>> Mereka yang membacanya sebagai wirid,In Shaa Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

>> Apabila mengamalkan surah ini setiap malam,dia akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya

>> Bila dibaca 14 kali selepas solat Asar,maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang melimpah ruah.

>> Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali didalam satu majlis,In Shaa Allah ditunaikan segala hajat khusunya berkaitan rezeki.

>> Supaya menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur,amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat Subuh dan 3 kali selepas solat Isyak.In Shaa Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang hartawan lagi dermawan..

>> Surah ini jika dibaca disisi orang yang nazak atau di sisi mayat,In Shaa Allah dipermudahkan rohnya keluar dari jasad.Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya.Jika ditulis dan dipakaikan kepada orang yang nak bersalin, In Shaa Allah segera melahirkan dengan mudah.Boleh juga dibacakan disisi orang yang nak bersalin sebagai selusuh.

>> Selepas solat Isyak,ambil segelas air lalu dibacakan surah Al-Fatihah 1 kali,Ayat Qursi 1 kali,dan surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7x.Tiup dalam air lalu diminum.Dalam hati niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”


Petua Kaya Syeikh Abi Al-Abbas :


Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqiah ini,terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari,dimulai hari Jumaat dan berakhir hari Khamis.Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran atau tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti ikan,daging dan segala haiwan)

Dalam 7 hari itu,sesudah solat fardhu,bacalah surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali.Apabila bacaan tersebut dimulai selepas solat Subuh pada hari Jumaat pertama,maka diakhirilah pembacaan surah tersebut selepas solat Isyak Jumaat berikutnya.

Pada malam Jumaat terakhir ini, hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 kali kemudiaan berselawat sebanyak 1000 kali.


In Shaa Allah,dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW,kita akan memperoleh rezeki yang banyak.Kita boleh berdoa dan berusaha,tetapi yang menentukan adalah Allah SWT.Sekiranya kita telah menjadikan surah Al-Waqiah sebagai amalan harian,maka usaha dan rajin bekerja/berniaga perlu seiring juga.Tak boleh berpeluk tubuh je..Tidak ada doa yang akan termakbul dengan sendirinya,jika tidak berusaha.


Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezeki dariNYA.Jangan niat untuk kaya di dunia sahaja.Tetapi niatkan dengan harta itu nanti dapat menjadi ibadah dan dapat berbuat amal jariah..Marilah kita sama-sama niatkan dengan rezeki harta itu kita dapat menolong dan membantu orang lain (seperti sedekah,derma,zakat)...Aamiin..

INDAHNYA HIDUP APABILA NIAT INGIN MEMBERI.....


***TERIMA KASIH ALLAH***

sumber  : http://www.resepirahsiaku.com/
               : http://shafiqolbu.wordpress.com/
               : http://abubasyer.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment