Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Sunday, 8 June 2014

Tips Kekalkan Susu Ibu di bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Hari ni da masuk 10 Syaaban 1435H..Maksudnya dalam 20 hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan...Bagi saya,Ramadhan kali ini semestinya berbeza dari tahun2 sebelumnya...Kalo tahun lepas saya berpuasa dengan Syerlin duk dalam perut,tapi kali saya berpuasa dengan Syerlin da ada kat luar...hihihi...In Shaa Allah,hari ke 2 puasa tahun ni, umur Syerlin genap 11 bulan...

Hani Aiesha Syerlin ketika umur 10 bulan

Actually,saya agak berdebar gak memikirkan tentang breastfeeding di bulan puasa ni...cukupke susu badan tuk Syerlin nanti?meriah ke tak pengeluaran susu?berzat ke tak?pekat ataw cair ?ape yang menambahkan kerisauan saya lagi,Syerlin tak mau minum dengan botol...tak suka rasa puting kot...buat EBM pon x nakkkk...huhuhu...rasa sebak dan runsing bila fikirkan kedaan ni.....

Tadi masa duk belek2 majalah Pa&Ma sy ada tebaca tentang Tip Kekalkan Susu Ibu Kala Berpuasa....
Meh sama2 kita amalkan tips ni demi anak tesayang..


  • MAKAN 3X SEHARI

Ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalori sehingga 700 kalori sehari.Biarpun berpuasa anda tetap perlu makan 3x sehari iaitu ketika bersahu,berbuka puasa dan moreh.Sementara itu,ketika berbuka puasa,pastikan anda makan sedikit tapi kerap.

  • MAKAN MAKANAN SEIMBANG
Sewaktu bersahur,berbuka puasa mahupun moreh,anda perlu memastikan bahawa makanan yang diambil adalah seimbang.Biarpun pelbagai jenis makanan yang dijual di Bazar Ramadhan mungkin membuatkan anda rambang mata sehingga membeli makanan berlebihan dan tidak memenuhi keperluan pemakanan sihat.Jadi,jangan terlalu ikutkan perasaaan.Sebaliknya makanlah mengikut saranan Piramid Makanan.





  • MAKAN KURMA
Kurma mengandungi glukosa yang mampu berikan tenaga segera kepada tubuh.Ia turut kya dengan protein,serat,gula,vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi,kalsium,sodium dan potasium.Kandungan protein didalam sebiji kurma adalah antara 1.8 hingga 2.0%, 2.0 hingga 4.0% serat  dan kandungan gulanya pula adalah 50 hingga 57%. Memandangkan anda memerlukan tambahan kalori,jadi kurma adalah makanan yang paling ideal.Anda sangat digalakkan untuk memakan tiga hingga tujuh biji kurma setiap kali waktu makan terutamanya ketika bersahur.(Tahun lepas saya blender siap2 kurma dan simpan dalam peti ais..masuk je berbuka saya mesti minum jus kurma dulu...n masa sahur plak saya campur susu kambing+kurma blend ni....memang x terasa lapar pon walaupun masa tu ngah sarat pregnant..rasa cergas dan bertenaga lagi)


  • PENGAMBILAN BANYAK CECAIR
Jumlah cecair yang perlu anda sambil ialah 3L  sehari atau lebih.Ia sangat penting untuk dititikberatkan.Oleh itu,anda digalakkan untuk banyakkan minum air kosong bermula dari waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang waktu imsak.Cara mudah untuk memastikan anda mendapat bekalan air mengcukupi ialah dengan meletakkan bekas berisi air kosong di tepi katil agar anda dapat meminumnya ketika terjaga sebentar daripada tidur sebelum waktu sahur.




  • KERAP MENYUSU DAN MENGEPAM
Bagi memastikan lebih banyak susu dihasilkan,maka anda perlu kerap menyusukan bayi.Bagi yang berkerja dan berpisah sementara daripada bayi ketika waktu pejabat,anda perlu mengepam payudara.Ingat,semakin banyak susu ibu dikeluarkan,semakin banyak susu ibu dihasilkan.Jika anda kurang menyusukan bayi atau mengepam payudara, jadi secara tidak disedari ia akan menyebabkan susu berkurangan sedikit demi sedikit.Dalam usaha mengepam payudara,sesi berkenaan boleh anda mulakan di awal pagi iaitu ketika waktu sahur.Pada waktu ini,kebiasaan kuantiti susu lebih banyak.

  • BERTENANG DAN YAKIN DIRI
Anda perlu yakin bahawa anda masih boleh meneruskan penyusuan biarpun berpuasa.Jangan sesekali berfikiran bahawa susu ibu berkurangan sehingga tidak cukup untuk melengkapai keperluan anak.Perasaan risau yang dicetuskan oleh diri anda sendiri akan menjejaskan fungsi hormon oksitosin untuk mengeluarkan susu ibu.Fikiran yang tenang,tubuh yang relaks dan sifat yakin diri secara tidak langsung akan membantu melancarkan pengeluaran susu ibu....(haaaaa...gedebukkk....amek kaw..point ni kena atas batang idung sendiri)


>>>PANDUAN BESAHUR<<<

Anda disarankan untuk makan makanan yang mempunyai indeks glisemik (GI ) yang rendah.GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah.Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa proses penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempuyai GI yang rendah.Makana yang rendah GI adalah seperti sayur-sayuran,kekacang,mi dan nasi.
Apepun jangan risau.Walaupun anda tidak mengambil kalori,bekalan kalori akan diambil daripada simpanan tubuh.Dalam keadaan berpuasa,tubuh akan mengguna pakai lemak dan protein yang disimpan selama ini.

>>>HAK IBU MENYUSU<<<

Berpuasa adalah wajib bagi ibu yang menyusukan anaknya.Namun Allah SWT memberi kelonggaran untuk tidak berpuasa berdasarkan keadaan ibu dan bayi seperti susu ibu didapati kurang,dan tidak cukup untuk bayi.Anda perlu mengganti puasa yang ditinggalkan pada waktu lain atau membayar fidyah atau memberi makan fakir miskin.



okay...cukupla dulu untuk hari..semoga dengan apa yang saya kongsikan ini dapat sama-sama menolong kita menyusukan bayi di bulan Ramadhan nantI....dan para ibu da boleh buat stok EBM da sekarang ....CAIYOK2....


sumber :majalah Pa&Ma bulan Julai 2013



****TERIMA KASIH ALLAH***

Saturday, 7 June 2014

Breastfeeding menurut perspektif Islam

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Islam amat menggalakkan kaum ibu menyusukan anak dengan susu ibu.Malangnya ramai yang tidak tahu tentang kepentingan serta kebaikan penyusuan susu ibu (breasfeeding).Amat menyedihkan, umat Islam amat terkebelakang sekali dalam ilmu breastfeeding berbanding orang barat bukan Islam.




Breastfeeding merupakan satu komponen utama dalam pendidikan awal seorang anak.Peranan mendidik anak melalui penyusuan ini,hanyalah dianugerahkan kepada kaum wanita sahaja.Allah SWT telah memilih kaum wanita kerana sifat kasih sayang yang begitu kuat dalam diri mereka.

Setiap bayi yang baru lahir,dikurniakan naluri untuk menyusu pada payudara ibunya.Breastfeeding mampu melengkapi segala keperluan rohani dan jasmani yang diperlukan oleh seorang bayi.Oleh itu breasfeeding telah dijadikan Allah SWT,sebagai suatu perkara wajib dilaksanakan oleh setiap ibu yang melahirkan anak.Ketetapan kewajipan ini telah pon disebutkan oleh Allah SWT didalam surah Al- Baqarah ayat ke 233.

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 TAHUN PENUH,iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan.
(surah Al-Baqarah ayat 233)

Jika dikaji dengan teliti,ayat ini merupakan ayat berbentuk PERINTAH dan SURUHAN.

Menurut sejarah Islam para Nabi dan Rasul juga disusui oleh ibu-ibu mereka,sama ada ibu yang melahirkan ataupun ibu susuan.Nabi Muhammad S.A.W juga disusui oleh ibunya Siti Aminah dan kemudiannya disusui oleh ibu susuannya Halimatu Saadiah.

Begitu juga dengan Nabi Musa a.s yang dihanyutkan ke Sungai Nil setelah disusui ibunya,dan kemudiannya diketemukan semula oleh Allah SWT  dengan ibunya.Setelah Firaun mencari ibu susuan untuk Nabi Musa a.s di seluruh pelusuk negeri,akhirnya bertemu dengan ibu baginda sendiri tanpa diketahui oleh keluarga Firaun.Kisah ini diceritakan dalam surah A-Qasas ayat ke 7

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah dia dan apabila kamu khuatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil).Dan janganlah kamu khuatir dan janganlah (pula) bersedih hati kerana kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul
(Surah Al-Qasas ayat 7)

Sekiranya dihayati pengajaran disebalik kisah para rasul ini,pasti kita dapat rasakan bahawa betapa besarnya peranan breasfeeding didalam kehidupan manusia.Manusia yang hidup pada zaman dahulu hanya bergantung pada susu ibu untuk membesar sehingga umur 2 tahun..Tetapi amalan tersebut semakin lama semakin ditinggalkan oleh masyarakat masa kini.

Breastfeeding memang agak MENYUKARKAN terutama bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak.Seperti saya sendiri,pengalaman bersalin caeserean memang mencabar keupayaan saya untuk fully breastfeed Syerlin especially masa awal kelahirannya.. saya tak dapat berurut dan bertungku yang mana amalan ini dapat melancarkan pengaliran air susu ibu...disebabkan keadaan ini sy memilih untuk berpantang secara moden. Melalui seorang rakan,saya membeli set berpantang dan set menyusu Shaklee (sy da servey selama 9 bulan semasa mengandungkan Syerlin sblm decide nk consume set Shaklee)



Alhamdulillah,dengan set bersalin dan penyusuan shaklee ini memang betol-betol membantu saya menjayakan breasfeeding untuk Syerlin.Luka ceaser cepat kering,badan sentiasa cergas dan yang pentingnya susu badan meriah,banyak dan pekat sangat..sekejap je Syerlin "neneng" terus tertidur dgn lenanya..Syukur Alhamdulillah sehingga sekarang usianya 10 bulan,Syerlin jarang demam.Kalo demam pon cepat je sembuh..sehari je..Mudah-mudahan Allah sentiasa kurniakan rezeki sihat kepada Syerlin melalui breastfeeding ini.





Bagi ibu berkerjaya,saya amat berharap ibu2 dapat menyempurnakan breastfeeding sehingga 2 tahun..(Bagi ibu yang tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius)...jangan jadikan kesibukan kerja sebagai alasan yer...Ramai kawan-kawan sy yang mengepam kat ofis,kat dalam kereta pon ado...kalo kita memang betol2 nak,ade je caranya..NAK 1000 DAYA,TAK NAK BERMILION2 ALASAN..ni plak ayat al-Quran berkenaan ibu yang bermasalah untuk menyusukan bayinya. 

Dan jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu,maka berikanlah pada mereka upahnya dan bermesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik),dan jika kamu menemui kesulitan,maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya.
(surah Al-Thalaq ayat 6)

Jika diperhalusi ayat ini,susu badan still diutamakan untuk dijadikan makanan bayi walaupun ibunya mempunyai masalah kesihatan.Alternatifnya adalah IBU SUSUAN.Yakinlah jika Allah dah perintahkan sesuatu,mesti ada hikmah dan kebaikan yang Allah nak beri kepada kita.Tugas kita adalah berusaha untuk mentaati suruhanNYA.

Janganlah pula disebabkan nak jaga KECANTIKAN atau MALAS,ibu-ibu memandang ringan suruhan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233 tadi.

Last sekali,semoga sama-sama kita muhasabah diri,adakah kita da tunaikan hak bayi kita.Takut nanti di padang mahsyar anak-anak ini akan menuntut hak penyusuan susu ibu dari kita...Astaghfirullahalazim..

Mahukan pengalaman susu badan yang LEBAT,MERIAH,dan PEKAT? 

hubungi saya untuk FREE CONSULTATION,FREE POSTAGE,FREE EBOOK & SERVIS TIPTOP....hanya dari saya spesyel untuk ibu yang spesyel

SALIHAH (1122713)

PM/Whatsapp: 017 854 5086

Fb:HaniqHani Salihah

LIKE Page Fb:Butik Sihat+Cantik

Instagram:HANIQHANISALIHAH

***TERIMA KASIH ALLAH***






Thursday, 5 June 2014

Awet Muda Cara Islam

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum u olls tersayang...Mari kita semua amalkan petua awet muda ni kerana ianya tak melibatkan modal/kos sesen pon...jimat gitewww...


  • Bangun solat subuh.Rasulullah S.A.W selalu mengajak ummatnya bangun sebelum subuh.Hikmahnya ialah,udara subuh yang segar menjadikan diri kita tenang serta menguatkan fikiran.Bangun waktu subuh dapat mencegah stroke dan tekanan darah tinggi kerana penyempitan saluran darah semasa tidur.
  • Urut wajah anda dengan air bermula dari bawah dagu sehingga ke dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W 3x.
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan dibawah dagu.Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan sterusnya ke dahi.
  • Lakukan setiap pagi selepas bangun tidur kemudian minum air suam sebelum amek breakfast.WARNING!!! Jangan urut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  • Apabila bangun pagi sila baca doa bangun tidur.Kemudiaan masukkan air ke dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3x didalam hati.Kemudian telan..Amalkan petua ni sebelum gosok gigi.
  • Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar.Boleh juga diamalkan petua Rasulullah S.A.W minum air suam yang dicampur sedikit madu.Madu ialah penawar kepada setiap penyakit.
  • Setelah solat subuh,bacalah surah Yusof kemudian minum 3 teguk air suam.Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • Setelah itu lakukan senaman ringan.Hirup udara segar pagi dan keluar rumah tanpa memakai selipar/kasut di halaman berumput.Geselkan kaki diatas rumput yang masih berembun.
  • Amalkan memotong kuku pada hari Isnin,Khamis dan Jumaat.Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong mudah-mudahan mendapat berkat di Akhirat nanti.(rujuk gambar dibawah untuk susunan jari yang betul)
  • Semasa berdandan pada waktu pagi,baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusof AS.Doanya macam ni "Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku.Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka"
  • Ketika makan jangan sulam dengan air.Minum air selepas setengah jam makan.
  • Jangan tinggal solat sebabnya selain solat itu diwajibkan,air wudhu' yang terkena wajah kita 5x sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah kita dan juga hati kita.
  • Rajin membaca Al-Quran
  • Sentiasa tenang dan positif 
  • Maafkan semua orang sebelum tidur














SELAMAT BERAMAL yer u olls tersayang


***TERIMA KASIH ALLAH***


Sumber: http://sandakanmagic.blogspot.com
              : wanitasihat

Wednesday, 4 June 2014

JUN..si Bulan CINTA...

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

JUN ialah Bulan Cinta kerana bulan ini merupakan PROMOSI Vitamin E Shaklee






Apakah Vitamin E?

Vitamin E merupakan antioksidan untuk mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular.Vitamin E merupakan vitamin larut lemak dan disimpan dalam organ tubuh seperti hati,jantung,kelenjer pituitari,testis,uterus,darah dan otot. Namun begitu,60%-70% vitamin E ini akan disingkirkan dari tubuh setiap hari.Vitamin E dikira dalam unit IU (International Unit) dimana IU =1mg.Vitamin E terdiri daripada tocopherols,tocotrinols,alpha,beta,gamma dan delta.Vitamin E yang lengkap sepatutnya mempunyai kesemua komponen tersebut.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa,pengambilan vitamin E untuk jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat dikalangan perokok.



Makanan yang mengandungi Vitamin E   


-Avokado
-Aprikot
-Biji bunga matahari
-Kacang soya
-Buah zaitun
-Badam
-Labu
-Kacang Buncis
-Ubi keledek
-Sayuran hijau
-Minyak sayuran (Minyak Zaitun,Minyak Jagung dan Minyak Matahari)







Khasiat Mengambil Vitamin E 
  1.  Melindungi JANTUNG 
  • Pengambilan setiap hari vitamin E (800IU) penting untuk kesihatan jantung
  • Meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri
  • Menghalang anemia
  • Menghalang pembentukan darah beku
  • Mengembangkan pembuluh darah dan mencegah pengerasan arteri,kerana keadaan ini biasanya dikaitkan dengan umur tua dan kerosakan jantung.
  
     2. Awet MUDA
  • 1 kapsul vitamin E setiap hari membantu melambatkan penuaan
  • Mengurangkan kedutan,garis halus dan kusam.
  • Menghilangkan parut seperti parut jerawat dan parut luka
  • Menghilangkan jeragat jika diambil beterusan
  • Membantu memulihkan tekstur dan tona kulit,menjadikan kulit tegang dan sekata warnanya.
  • Sifat antioksidan Vitamin E menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen ke sel. Keadaan ini menjadikan sel sihat dan berupaya menjalankan aktivi penyerapan zat makanan dengan berkesan.
  • Boleh dijadikan masker untuk kesan yang lebih cepat (especially untuk menghilangkan parut)

     3.Meningkatkan KESUBURAN
  • Kajian pada tahun 1924 mendapati,vitamin E mampu meningkatkan reproduktif suami.
  • Kaum lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan bilangan sperma mereka (sebab itu Vitamin E dikenali juga as Vitamin Cinta)
  • Bagi kaum suami,Vitamin E ini akan memberikan lebih tenaga seksual,ereksi yang lebih lama,lebih mudah teransang,libido yang lebih kuat dan orgasma yang lebih kerap.
  • Manakala bagi isteri yang menyusukan bayi pula,kedinginan adalah masalah biasa disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen.Namun pengambilan Vitamin E mampu mengatasi masalah kedinginan si isteri.
     4.Mencegah penyakit Alzhemeir

    5.Membantu menghilangkan PIGMENTASI
  • Bagi wanita yang melahirkan anak,kawasan aerola iaitu bahagian puting susu akan menjadi besar dan gelap.Semakin kerap melahirkan anak,ianya akan menjadi semakin gelap.Hal ini disebabkan pigmentation selepas kelahiran akibat perubahan hormon.Namun dengan pengambilan Vitamin E yang konsisten,akan membantu kawasan tersebut mengecil dan warna puting kembali cerah.

Kenapa perlu memilih Vitamin E Shaklee ??

Vitamin E shaklee plg HOT di pasaran sbb


  •  Ia mengandungi d alpha tocopherol yang mana d tu bermaksud semulajadi.kenapa perlu pilih vitamin semulajadi?sebabnya, kadar penyerapan vitamin semulajadi adalah lebih baik 2x ganda daripada vitamin sintetik.
  • Ia mengandungi d alpha tocopherol asli dari minyak sayuran.
  • Ia mengandungi selenium yang melengkapkan lagi fungsi vitamin E.
  • Setiap kapsul gel lembut memberikan  400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium
  • Mengandungi grape seed extract yang mana 20x lebih baik dari vitamin E dan 50x lebih baik dari vitamin C. 
inilah rupenyer..macam gula-gula plak..beware ye yg ada anak kecik...kang ditelannya....


Selain telan vitamin E ni,uolls boleh jadikan dia masker gak tau..juz cuck dengan jarum n picit ke telapak tangan kemudian sapu ke muka...Biarkan dalam 30 minit n bilas dengan air suam....Hasilnya kulit akan jadi lembut,lembap,halus dan parut2 akan cepat hilang...


Oraitttt....nampak tak betapa marvellousnya vitamin E shaklee ni uolls...rugi sape2 x grab sekarang...sesape yang sayang kan JANTUNG meh kasi borong bulan ni...sape yang rasa lesu lemau masa "BERCINTAN CINTUN" amek cepat2 vitamin E nih...bahaya uolls biar lama2...n sesape yang nak feeling kulit macam BABY tu lailailailai....ingat uolls FAST ACTION FAST RESULT...


Mau free consultation?free delivery?free ebook?free services V VIP? meh hubungi saya k...

SALIHAH (ID 1122713)

PM/Whatsapp :017 854 5086

FB:HaniqHani Salihah

LIKE Page FB: Butik Sihat+Cantik

Instagram :HANIQHANISALIHAH


***TERIMA KASIH ALLAH***


JERAWAT BATU...cara merawat & menghilangkan parut

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

JERAWAT BATU....suatu masalah yang paling ditakuti baik perempuan mahupun lelaki...kalo naik sebijik ok la lg....pemanis wajah la katakan...tapi kalo da berbijik2,bukan pemanis wajah da tu....huhuhu..meh sy nak sharing dengan korang tentang jerawat batu ni


jerawat batu dan parut di pipi


Bagaimana jerawat terjadi?

Jerawat terjadi disebabkan oleh liang pori pada kulit tersumbat/tertutup dengan sel kulit mati yang tidak dibersihkan dan pengeluaran minyak secara berlebihan oleh kelenjar minyak/sebum.

Biasanya golongan remaja paling ramai mengalami masalah ini.Ini kerana pada usia ini berlaku perubahan hormon yang menyebabkan sebum begitu aktif mengeluarkan minyak pada kulit.Jerawat akan muncul apabila sebum ini tersumbat.

Faktor lifestyle yang sentiasa tertekan,penggunaan kosmetik,diet yang tidak seimbang,pencemaran udara dan faktor keturunan juga perlu diambil kira.

Jika anda sedang tercari-cari rawatan yang berkesan untuk merawat jerawat sekaligus menghilangkan parut hitam yang ditinggalkannya...set jerawat shaklee adalah solutionnya...kerana Shaklee ini adalah sejenis supplement semulajadi yang merawat dari dalam..

Meh kita tengok bagaimana Shaklee membantu merawat kulit anda :



               GLA
RM91.25  (60 biji)
   


  • Berfungsi menstabilkan hormon supaya badan menghasilkan hormon Estrogen yang mengcukupi. Hormon Estrogen yang seimbang penting bagi kecantikan kulit dan mencegah jerawat.Hasilnya anda akan mendapat kulit yang cantik beseri tanpa jerawat
  • GLA juga akan meningkatkan tahap kesuburan anda.









        

             B-Complex
RM 53.75 (120 biji)



  • Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menyebabkan jerawat.
  • Kekurangan B complex menyebabkan wajah jadi kusam
  • Bagus untuk kulit berminyak,whitehead,blackhead parut dan kulit kering










  Vitamin C
RM92.50 (180 biji)

  • Membantu memulihkan sel kulit yang luka akibat jerawat
  • Bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh kuman jerawat
  • Membantu penghasilan sel kulit baru bagi menggantikan sel lama yang kusam
  • Membantu menghilangkan parut jerawat 
  • Memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen kulit.
  • Boleh dijadikan masker untuk mengecutkan jerawat batu






                                                        Vitamin E
RM 149 (120 biji)

  • Bertindak sebagai antipenuaan.Pengambilan vitamin E setiap hari menjadikan anda awet muda
  • Sangat berkesan menghilangkan parut jerawat serta menjadikan wajah nampak lembap dan berseri
  • Boleh dijadikan masker untuk menghilangkan parut jerawat
  • Berkesan memudarkan jeragat dan seterusnya menghilangkannya.












  Energizing Soy Protein(ESP)
RM 150 (850g)

  • Mengandungi 9 jenis asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.Ia hanya boleh diperolehi daripada pemakanan.
  • Sel kulit muka akan digantikan setiap 21 hari.Jadi pengambilan protein yang berkualiti tinggi seperti ESP penting untuk membentuk sel-sel kulit baru dan menyingkirkan sel-sel kulit mati.(menghilangkan parut jerawat dan jeragat)
  • .Protein yang mengcukupi akan menjadikan kulit gebu,putih,anjal,dan berseri












so sekarang ni,da taw kan macam mana supplement shaklee ni bertindak...sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set ni..boleh hubungi saya 


SITI SALIHAH (ID 1122713)

PM/Whatsapp :017 854 5086

Fb: HaniqHani Salihah
https://www.facebook.com/ButikShakleeHaniqHani

LIKE Fb:Butik Sihat+Cantik

Email:sitisalihah86@yahoo.com


***TERIMA KASIH ALLAH***

Tuesday, 3 June 2014

PETUA TRADISIONAL HILANGKAN JERAWAT

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Entry kali ni saya nak berkongsi dengan korang semua petua nenek moyang kita dahulu bagaimana nak hilangkan masalah JERAWAT...

Menghilangkan jerawat dari luaran :

  • Asah sedikit kulit kayu manis dan campurkan dengan bedak sejuk..sapu kat muka sebelum tidur dan biarkan semalam..bilas dengan air suam apabila bangun pagi esoknya..amalkan dalam 3x seminggu (saya selalu buat masa sekolah menengah dulu..memang berkesan,jerawat cepat jer kecut)
  • Amek sedikit asam jawa dan sedikit kunyit hidup.Tumbuk kunyit itu sampai lumat dan campurkan dengan asam jawa tersebut.Apabila da sebati tepek je kat muka selama 20 minit dan bilas dengan air bersih. Kalo diamalkan selalu jerawat payah nak tumbuh n kulit akan halus mulus.
  • Basuh muka dengan air basuhan beras.Biar ia kering sendiri.Setelah kering,bilas je dengan air bersih..amalkan selalu...setiap hari lagi elok...kulit akan rasa halus dan lembut jer (sampai sekarang saya amalkan petua ni...paling senang sekali)
  • Rendam dan didihkan teh hijau kemudian lekatkan pada jerawat..Teh hijau sumber antibiotik tau...leh bunuh kuman jerawat tu
  • Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air.Tepek pada seluruh wajah setiap malam.Bilas dengan air suam apabila kering..kesannya kulit akan nampak cerah dan gebu
  • Rendamkan beberapa keping asam gelugur semalam.Amek juga beberapa helai daun pucuk jambu batu..kemudian tumbuk kedua-duanya sehingga lumat.Sapukan pada kesuruhan wajah.Amalkan 2x seminggu
  • Oleskan sedikit madu pada bahagian yang jerawat..Biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.
  • Tampalkan mentimun di muka dalam 30 minit setiap hari.
  • Buat masker dari putih telur.Ianya akan menghilangkan jerawat batu dengan cepat.


Menghilangkan jerawat secara dalaman :

  • Hindari pengambilan makanan berlemak.Makanan berlemak menyebabkan badan memproses lemak dengan berlebihan dan menagakibatkan liang roma tersumbat dengan minyak.Hal ini menyebabkan jerawat tumbuh.
  • Makan makanan berserat.Makanan berserat akan membunuh lemak jahat dalam tubuh dan menurunkan kadar lemak yang menyebabkan jerawat.
  • Minum banyak air putih.Air putih akan mengangkut lemak-lemak keluar melalui air kencing.

Dengan lifestyle sekarang yang serba cepat dan segera,petua-petua ini semakin dilupakan oleh masyarakat sekarang...mungkin kerana kekangan masa..dan sebagai alternatifnya,supplement menjadi pilihan...sudah tentu kita akan mencari natural supplement yang mana konsepnya sama dengan petua tradisional ni jugak kan...sekiranya anda sedang mencari2 natural supplement,SHAKLEE lah penyelesaiaannya....

Sekiranya berminat dengan natural supplement ini,anda boleh hubungi saya..free consultation..free delivery..free ebook..dan servis tip top punyer..CAYA LAH...

SITI SALIHAH ( ID 1122713)

PM/Whatsapp: 017 854 5086

FB:HaniqHani Salihah
https://www.facebook.com/ButikShakleeHaniqHani

LIKE Page Fb:Butik Sihat+Cantik

Email :sitisalihah86@yahoo.com


                                                         ***TERIMA KASIH ALLAH***



Monday, 2 June 2014

MEMASAK PENYEBAB JERAGAT ???

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah,hari ni sy nak share dengan korang sume pasal jeragat...sentap x baca tajuk tu??hihihi
MEMASAK leh menyebabkan JERAGAT weiii...huhuhu....terkezut ai bila terbaca tentang satu kes study berkenaan jeragat...so kaum IBU macam mana ni??tak berasap la dapur gamaknya pas baca entri ai ni...hahahah...haaa...bg kaum SUAMI yang sayang bini sila baca entry ai ni sampai abes yer...

alololoololooo.....jangan huru hara dahulu k....n jgn mogok memasak plak yer kaum ibu...sebab air tangan ibu penambat hati suami dan anak2 k...

nape ai kata memasak leh sebabkan jeragat?

ketika ibu2 duk memasak didapur,ibu2 akan terdedah kepada haba panas api dapur...jadi apabila muka terdedah setiap hari kepada api dapur tu,sel kulit muka akan rosak teruk taw..sel kulit akan mati dan termendap di bawah permukaan kulit...ditambah plak dengan kesibukan menguruskan anak2,si ibu x sempat scrub muka,memakai sunblock,memakai pelembap dan lama kelamaan sel kulit mati itu akan semakin timbul ke permukaan kulit dan semakin terserlah pada wajah (jeragat)...bila da jadi macam ni maka haru biru lah kita kaum perempuan ni..masa tu barula kalut ribut duk cari kosmetik penggelupasan la,kosmetik pencerah la dan bla bla bla...walhal sel kulit mati (jeragat) ni memerlukan rawatan dari dalam taw...

Ramai wanita di Asia ni akan mengalami masalah jeragat apabila berusia 30 tahun ke atas...Jadi apa salahnya laburkan sedikit wang untuk mendapatkan kulit yang bersih,cantik dan menawan....bukan niat untuk menunjuk2 dengan kecantikan tetapi setidak2nya kita CANTIK JELITA untuk suami tercinta..idok gitew kome?

Jeragat sekitar pipi,hidung,bibir dan dagu
kenape kita memilih untuk melihat JERAGAT bermaharajalela di wajah kita?
Jom bebaskan perasaan rendah diri,kurang keyakinan diri dan malu untuk tampil di khalayak ramai...kerana kita berhak CANTIK dan JELITA...Bak kata petah,KECANTIKAN LUARAN BERMULA DARI KECANTIKAN DALAMAN...fikir2kan la yer...

Teringin cantik dalaman?

  • VITAMIN E+VITAMIN C+B COMPLEX+GLA     @                                                       
  • COLLAGEN+VITAMIN C+VIVIX    @
  • VIVIX      @ 
  • ESP+VITAMIN C+VITAMIN E      @
Korang berhak memilih mengikut bajet masing2 yer....InsyaAllah saya akan servis tip top punyer sehingga korang rasa berbaloi dengan investmant korang...ebook jugak akan diberikan percuma...dan free delivery dengan setiap pembelian RM500 ke atas...

Hubungi saya untuk bebas JERAGAT...

SITI SALIHAH (SID 1122713)

PM/Whatsapp : 0178545086

Fb:HaniqHani Salihah
https://www.facebook.com/ButikShakleeHaniqHani

LIKE Fb:Butik Sihat+Cantik

Email:sitisalihah86@yahoo.com



                                             ***TERIMA KASIH ALLAH***