Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Sunday 6 July 2014

Cegah Masalah Jerawat

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Hari ni rasa nak bercerita tentang jerawat..sebab tetiba ad jerawat sebijik kat dahi saya ni...hihihihi...jerawat pemanis muka sempena nak raya kottt....jom kita berkenalan dengan jerawat dan punca-puncanya..


JENIS JENIS JERAWAT :


JERAWAT RINGAN
Kebiasaannya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat.Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit.


JERAWAT SEDERHANA
Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak blackhead dan jerawat yang berwarna hitam dan merah.


JERAWAT KRONIK
Pesakit akan mengalami masalah nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut-denyut pada bahagian muka,dada,belakang badan dan anggota tubuh yang lain.Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengeluarkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat.Apabila ini berlaku,maka whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuhan jerawat.



PUNCA-PUNCA TERJADINYA JERAWAT :

HORMON
Pada usia remaja,kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen.Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.


BAKTERIA 
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit.Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit.Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.


PEMAKANAN
Walaupun punca jerawat yang disebabkan diet atau permakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci,tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita.


STRESS
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul.Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk.


ALAT SOLEK
Jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek,ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.


CAHAYA MATAHARI
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.


PAKAIAN
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku di sebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia.Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum.Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda daripada dibelnggu jerawat.

Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat.Namun begitu,proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca.






Sekiranya anda berminat untuk mendapat set Penjagaan Wajah,anda boleh order sendiri melalui link ini :

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8c3c27ac7d298331a1bdfd0a5e8703d3


ataupun memilih saya oderkan untuk anda :

Untuk mendapatkan khidmat perundingan kecantikan kulit,anda boleh hubungi saya ....EXCLUSIVE untuk pelanggan saya sahaja

Dengan pengalaman sebagai Beautician di sebuah syarikat kosmetik terkemuka,saya akan bantu anda untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik...

shakleelogo
SALIHAH
Shaklee Independent Distributor [No.1122713]
Sms/WhatsApp : 017 854 5086
FB: HaniqHani Salihah
FB Fan Page : Butik Sihat+Cantik

Sebagai customer saya, anda layak untuk mendapatkan:

>>Bimbingan berterusan selepas pembelian<<
>>Di jemput masuk ke VVIP GROUP FB untuk customer<<
>>Exclusive Jadual Pengambilan Vitamin akan di berikan selepas pembelian di buat<<
” Ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee ?(KLIK SINI)
 Hubungi saya. Hanya buat bisnes secara online, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke TEAM Master4Us di Facebook dan WhatsApp “

No comments:

Post a Comment