Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Tuesday, 17 June 2014

Masker dari bahan dapur..

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Masa duk main masak-masak kat dapur tadi,tetiba plak teringat kenangan masa zaman sekolah-sekolah dulu...masa sekolah menengah dulu saya rajin sangat buat masker dan scrub dari bahan2 dapur...mak saya selalu bising2 bila tengok buah2 dan sayur2 dia lesap sekejap je...hahahaha....maklumla dulu susah sket ayah nak kuarkan bajet kalo saya nak beli kosmetik2 yang macam2 ni...sebabnya saya pakai sekejap je...nampak x berkesan/lagi teruk terus saya buang...n saya blacklist terus jenama yang telah menambah terukkan lagi wajah ayu saya tu...huhuhu....haaa...rini saya nak share dengan korang masker2 yang saya pernah buat dulu...kalo rajin macam saya,amalkan lah eh....muahahahha...

  • Untuk semua jenis kulit
Gunakan tomato merah kerana tomato mengandungi vitamin C yang tinggi.Tomato dapat melembutkan dan menghaluskan kulit dan jika diamalkan setiap minggu ia akan membantu mengecilkan pori-pori.
cara membuat >>>Potong dadu 2 biji tomato dan blender.Campur sedikit dengan perahan asam limau nipis.Kemudian oleskan pada muka dan biarkan selama 30 minit...Selepas itu,bilaskan dengan air suam. (my feveret masker,hari2 saya buat..especially time nak tido malam)

  • Untuk kulit berminyak
Gunakan mentimun mentah kerana ianya dapat mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan di muka.Selain itu ia dapat menyegarkan kulit yang kusam dan mencerahkan wajah.
cara membuat>>>Potong dadu mentimun dan blenderkan bersama dengan 1 sudu kecil minyak zaitun dan 4 susu kecil susu segar.Oleskan pada wajah dan leher..tunggu sehingga 15 minit dan bilaskan dengan air suam.

  • Untuk kulit kering
Avokado sangat sesuai untuk mengatasi masalah kulit kering kerana kandungan lemaknya yang tinggi yang dapat melembapkan dan menjadikan kulit lebih anjal.
cara membuat>>>Lecekkan  sebiji buah avokado dan campurkan 1 sudu kecil madu asli.Kacau sehingga sebati dan sapukan pada wajah dengan rata.Biarkan ia kering kemudian bilas dengan span yang direndam dalam air suam.(sebulan sekali je buat sebab avocado mahaiiii)

  • Untuk kulit kombinasi (jerawat tapi kering di beberapa kawasan muka)
Amek air perahan asam limau nipis (setengah biji je) dan campurkan dengan putih telur.Kacau sehingga campuran tersebut menjadi buih seperti buih sabun.Kemudian oleskan pada wajah dan biarkan selama 15 minit..bilas dengan air suam selepas dibiarkan kering..(selalu gak buat ni...especially bila mak buat tat nenas...mak amek yang kuning telur..saya amek yang putih telur)

  • Untuk kulit jerawat 
Epal dapat mengawal keseimbangan minyak kulit dan menjadikan kulit muka segar..
cara membuat>>>Ambil 2 biji epal merah dan blenderkan sehingga halus..oleskan pada keseluruhan muka dan biarkan ia kering sehingga 15 minit.Kemudian bilas dengan air suam.

Pisang juga dapat merawat kulit berjerawat..Ambil sebiji pisang dan lenyekkan..kemudian tepek kat muka..biar je sampai kering  dan bilas dengan air suam...Kulit akan jadi halus,lembut dan jerawat pon berkurang...

  • Untuk mencerahkan kulit
Susu bermanfaat untuk menghaluskan,memutihkan, dan menjadikan kulit glowing..Gunakan susu full cream.
cara membuat>>>campurkan 2 sudu kecil susu full cream,1 sudu kecil madu, dan 2 sudu kecil air panas.Kacau sehingga adunan menjadi suam dan oleskan pada keseluruhan muka.tunggu sehingga kering dan bilas dengan air suam..


  • Untuk menghapuskan blackhead
Ambil sebiji kentang dan parutkan jadi halus-halus...kemudian scrubkan pada muka perlahan-lahan..Kentang itu akan menghilangkan bintik-bintik hitam especially di hidung jika diamalkan sentiasa..Untuk buat masker plak,parut kentang dan hancurkannya bersama madu..1 biji kentang yang sedang2 je saiznya campur dengan 1 sudu kecil madu asli..pastu oles pada muka dan biarkan kering dalam 30 minit...Amalkan seminggu sekali...Hasilnya blackhead hilang dan kulit akan rasa anjal dan gebu sangat....


Haaa....ni la petua-petua yang korang leh guna bahan-bahan dari dapur...senang je kan...kalo istiqamah lakukan atleast 1x seminggu,korang akan nampak hasilnya perlahan-lahan...dan alternatif bagi yang sibuk sesangat (biasanya wanita berkerjaya) sampaikan x nyempat2 da nk blend2 sume nih...saya syorkan korang amalkan masker shaklee..heheheh...masker dari vitamin E,vitamin C,ESP,masker vivix,masker alfalfa,masker kolagen...tersangat lagi la senang....cucuk je dengan jarum,n terus sapu kat muka...(nnt next entry saya kongsikan resepi masker shaklee plak neh..)

Kalau nak kesan yang lagi ketara (selain masker kat luar,kita bagi cara makan plak)..sy suggest korang amalkan minum vivix 1 sudu besar+segelas ESP sebelum tidur (bancuh sekali terus)...Bangun pagi esoknya pulak,minum segelas kolagen dengan air kosong+2 biji vitamin C,2 biji vitalea+1 biji B Complex...dan yang paling PENTING sekali,wajib minum banyak air putih..sehari 8 gelas hokey...In Shaa Allah,dalam 3 minggu korang akan rasa perubahan pada kulit...especially bagi yang baru pulang dari travel (kulit menggelupas teruk,kulit kering,sunburn teruk dan sebagainya)...

Mau bermasker dengan cepat+semulajadi+selamat+berkesan?Meh hubungi saya Pakar Perunding Kulit anda...

SALIHAH (1122713)

PM/WhatsApp :017 854 5086

Fb:HaniqHani Salihah

LIKE Page Fb:Butik Sihat+Cantik

Instagram:HANIQHANISALIHAH


***TERIMA KASIH ALLAH***


Presiden Barack Obama pon guna Basic H Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Wowwww...opocot...terkejut sioot baca tajuk......Baru je bulan lepas Barack Obama datang Malaysia kan...Masih terasa lagi kejutannya....Hari ni sekali lagi tekejut dek Barack Obama guna Shaklee...hhihihihi

Actually,saya nak story mory pasal "Basic H Organic Super Cleaning Concentrate" yang mana White House pon gunakannya...

Petikan dari Majalah Nurturing Health&Nature Through Shaklee Vol 10

"In addition,to protect his oldest daughter Malia from ASTHMA ATTACKS,the President said he would select a natural toxin-free line of cleaning products for the White House staff to use"




Kenapa Barack Obama berkenan sangat dengan set pencuci Shaklee ni?

Sebabnya :
  1. Selamat
  2. Tidak bertoksid
  3. Tanpa gas beracun
  4. Tanpa bahan kimia berbahaya
  5. Tanpa bahan pewangi
  6. pH seimbang
  7. Tanpa klorin
  8. Murah & Jimat (cecairnya pekat sangat)

Berkesan :

  1. Berkesan tanggalkan kotoran berminyak paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan
  2. Kepekatan berganda-16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  3. 2x ganda lebih pekat dari rumusan asal Basic H dimana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  4. Tidak perlu dibilas dan tidak meningglkan kesan kotoran

Mesra Alam  :

  1. Ramuan semulajadi yang diekstrak dari jagung dan kelapa
  2. Biorosot
  3. Tanpa fosfat
  4. Bungkusan yang boleh kitar semula
  5. Tanpa bahan pewarna
  6. Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada didalam atau di luar rumah :
  1. Dinding
  2. Permukaan dapur,jubin dan lantai
  3. Peralatan
  4. Periuk,besen,pinggan dan mangkuk
  5. Tingkap dan cermin
  6. Perkakas
  7. Benda-benda diperbuat dari kayu
  8. Perabot


Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan :


  • Dapur,perkakas dapur,perabot,benda-benda diperbuat dari kayu,dinding,keluli tahan karat,granit,marmar dan bilik mandi

>>>>>Campurkan 1/4 sudu teh dengan 16 auns air ke dalam bekas penyembur

  • Periuk,besen dan pinggan mangkuk
>>>>>campurkan 1/2 sudu teh dengan 1 gelen air

  • Tingkap dan cermin
>>>>>Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur


  • Lantai
>>>>>Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

  • Kain benang biri-biri,nilon dan fabrik berkualiti tinggi
>>>>>campurkan 1/2 sudu teh dengan sebesen air suam


Baju turun kaler 


Tanggalkan kesan berminyak di tungku dapur

Tanggalkan contengan crayon di pintu papan

Tanggalkan kesan dakwat pen di lantai


Basuh puting susu anak


Memang semulajadi dan selamat kan?Jadi bagi ibu2 yang ada bayi yang sedang merangkak-rangkak tu ibu2 da tak perlu risau sangat kalo bayi anda terjilat lantai tu yer...n yang ada anak-anak suka melukis2 kat dinding tu,para ibu da tak perlu berapi-rapi lagi...solutionnya sudah ade...jeng jeng jeng...


Berminat mau dapatkannya?hubungi je


SALIHAH (1122713)

PM/WhatsApp :017 854 5086

Fb:HaniqHani Salihah

LIKE Fanpage FB:Butik Sihat+Cantik

Instagram:HANIQHANISALIHAH

***TERIMA KASIH ALLAH***




Sumber:Website Shaklee Malaysia

Monday, 16 June 2014

Padah nak sangatt join Shaklee...

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saya, Siti Salihah surirumah Berijazah yang Bergaji dengan berbesar hati menjemput pembaca semua untuk menjadi rakan niaga Shaklee saya...Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai niat untuk membuka pintu rezeki kepada orang lain...Aamiin..


Kenapa saya terjebak dengan Shaklee ?

Shaklee adalah bisness MLM..Ia merupakan syarikat nutrisi kukuh yang telah berada di pasaran lebih dari 50 tahun..Malah lengkap dengan beratus clinical studies..So tak perlulah saya investkan duit untuk saya buat research lagi...hihihi...Saya telah bukak "farmasi alam maya" saya sendiri (blog ni) hanya bermodalkan RM100...sebabnya saya upah orang tuk cantikkan "farmasi" saya ni.supaya lebih attractive lagi....tak sampai seminggu pon,"farmasi" saya ni da balik modal..malah berganda-ganda lak tu....Alhamdulillah...Rezeki Allah bagi...

Alhamdulillah, MLM yang saya join ini da bagi banyak manfaat kepada saya..bukan setakat bonus bulanan malah lebih dari tu...iaitu manfaat KESIHATAN (my parents,siblings da lama da x makan ubat hospital)...BEBAS KEWANGAN (kekadang shopping x ingat dunia...kekadang jerk...hihihi)..DAPAT BANTU ORANG LAIN (asal jumpa budak kecik/sedara mara je mesti nak hulur kertas bercop gabenor Negara tu..)

Bagi saya,ape jenis bisness yang dilakukan,mesti ada kesusahan,keperitan dan pengorbanan terlebih dahulu sebelum dapat menikmati hasilnya...Saya kagum dengan mereka yang telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan...Berapa kali jatuh..bangun..jatuh dan lastly bangun tanpa jatuh dah...Pesanan untuk semua dan diri saya sendiri jugak,buat bersungguh-sungguh dan YAKIN padanya...In Shaa Allah,kejayaan hak milik kita....PERCAYA SEBELUM BERJAYA..

Percayalah...tiada istilah RUGI jika menyertai MLM melainkan anda yang BERHENTI SEPARUH JALAN ataupun SALAH MELABUR...nak buat MLM bukan labur duit semata-mata,tapi labur juga tenaga,masa,usaha,senyuman...saya pernah gagal dalam MLM yang pertama sebab salah pilih syarikat (burn RM 90..seb bek 2 angka jer..) Kesimpulannya...gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya...Sekarang da terbukti,walaupun setakat surirumah je,saya berjaya meraih income bersama Shaklee (walaupun x sampai 6 angka lagi)...


KELEBIHAN menjadi Pengedar Shaklee:

1. Shaklee adalah jenama TERKENAL & BERKUALITI 

Shaklee adalah jenama terkenal yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana kualiti produknya dan harganya yang SANGAT MAMPU MILIK berbanding dengan produk-produk lain di pasaran.


2.MODAL & RISIKO yang RENDAH

Modal untuk memulakan bisness Shaklee ini ialah RM65 SEUMUR HIDUP. MURAH je kan....Tidak seperti bissness lain yang memerlukan modal yang tinggi dan risiko yang tinggi.(Kalau tak percaya, cuba servey berapa modal yang diperlukan untuk jadi pengedar buat kali pertama.)..

dan Modal yang paling MAHAL ialah DIRI ANDA SENDIRI..


3.Harga AHLI YANG RENDAH

Semua Pengedar Shaklee boleh membeli produk Shaklee dengan harga yang lebih rendah.Jika anda seorang PENGGUNA TEGAR Shaklee,lebih baik anda mendaftar terus sebagai AHLI SHAKLEE walaupun tidak mahu berniaga.

Ini kerana anda dapat mengumpul point dan Shaklee akan memberi CASH BONUS daripada point tersebut.(alaaaa...macam Jusco Card,Tesco Card,Bonus Link,Mydin Card)..Konsepnya Kumpul POINT dan dapat BONUS.


4.BONUS yang LUMAYAN

Shaklee menawarkan bonus yang lumayan kepada setiap Pengedar berdasarkan jualan.Ini termasuk bonus wang tunai,bonus kereta,percutian/haji dan umrah serta banyak lagi tempat-tempat menarik.Lagi banyak jualan,lagi banyak bonus anda.Anda sendiri yang tentukan destinasi percutian anda...

Jika tiada jualan,anda tak perlu risau sebab anda tidak dikenakan sebarang caj atau denda..cumanya tiadalah bonus.So,ZERO RISIKO kan??

Ni adalah BONUS dalam Shaklee :

4.1 Cash Bonus setiap bulan >>>Bonus 5%-21% daripada jumlah jualan.Cash bonus akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda setiap 15hb.

4.2 Cash Bonus untuk Naik Rank >>>Daripada RM368 sehingga RM4200

4.3 Cash Bonus untuk Downline yang Naik Rank >>>RM118 untuk rank supervisor dan RM220 untuk rank coordinator ke atas.

4.4 Car Bonus >>>Bonus permulaan dari RM900

4.5 Coordinator Incentive >>> starting dari RM250

4.6 Convention Incentive >>> Pecutian dalam dan Luar Negara yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee..siap boleh bawa keluarga sekali..


5.Peluang MENJANA PENDAPATAN dengan MUDAH 

Anda boleh menjadi Pengedar Shaklee secara part time ataupun full time. Sama ada anda berkerjaya ataupun surirumah,bisness Shaklee sangat sesuai untuk anda!! Ini kerana, anda masih boleh membuat kerja ofis/kerja rumah dalam masa yang sama berbissness....kerana semuanya secara online sahaja,yang mana anda tidak perlu keluar dari rumah even ke pejabat pos pun.Sangat MUDAH dan JIMAT..konsepnya,
CUSTOMER ORDER&BANK IN DUIT>>>>CLICK ORDER THRU SHAKLEE2U>>>>HQ POSKAN KPD CUSTOMER..senang kan....click...click...click...dan click...


6.SECRET GROUP yang HEBAT

Memilih untuk berada di bawah susur galur yang betul sangat2 penting dan ia memainkan peranan besar untuk menentukan kejayaan anda dalam Shaklee..

  • VISI Master4Us adalah untuk melahirkan Master (rank tertinggi dalam Shaklee) dan melahirkan usahawan yang berniaga untuk membuka pintu rezeki kepada masyarakat.Sebagai contohnya,memberi rezeki kepada surirumah yang sukar untuk keluar bekerja,membebaskan beban PTPTN kepada mahasiswa tanpa mengganggu pembelajarannya,memberikan pendapatan tambahan kepada pekerja kerajaan/swasta dan terbuka kepada sesiapa yang ingin mencari rezeki halal.

  • Saya pernah bekerja sebagai Perunding Kesihatan dan Kecantikan kepada 2 buah syarikat kesihatan dan kecantikan ternama di Malaysia.Dengan kepakaran saya dalam bidang Kesihatan dan Kecantikan,saya yakin saya dapat memberikan consultation yang betul kepada anak didik dan customer saya.Jadi anda tidak perlu risau dan takut..Saya akan kongsi semua rahsia dan tips kesihatan,kecantikan dan kejayaan dalam bisness Shaklee ni khas untuk anak didik bawah Master4Us sahaja....

  • Active coaching thru WhatsApp/fb group/telegram at anytime anywhere...Kalau anda perlukan kelas,kita boleh arrange schedule..Anda akan belajar berkenaan setiap kepentingan produk dan bagaimana cara pemasaran shaklee yang berkesan..

  • Master4Us amat menitik beratkan amalan kerohanian...Setiap ahli Master4Us akan saling mengingatkan untuk melakukan amalan kerohanian supaya hubungan dengan Allah Maha Pemberi Rezeki menjadi sangat kuat...

Kalau anda betul2 berminat untuk memulakan perniagaan dengan Shaklee..mempunyai semangat yang kental...bercita-cita tinggi..komited...sentiasa positif...willing to learn...andalah yang saya cari...


SITI SALIHAH (1122713)

PM/WhatsApp : 017  854 5086

Fb:HaniqHani Salihah

LIKE Fb Page : Butik Sihat+Cantik

Instagram :HANIQHANISALIHAH

***TERIMA KASIH ALLAH***




Saturday, 14 June 2014

Ekstrak Biji Anggur

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Masa duk shopping kat kedai buku tadi,tetiba terpandang pada sekeping bookmark yang tertulis tentang info ekstrak biji anggur...so saya share kat sini untuk bacaan pembaca tersayang...


Anggur merah


Ekstrak biji anggur kaya dengan dengan proantosianidin oligomerik,iaitu sejenis antioksidan yang kuat.Ia adalah 20 kali lebih kuat daripada Vitamin C serta 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dalam menghalang serangan radikal-radikal bebas.

Kajian mencadangkan bahawa ekstrak biji anggur adalah terbaik untuk :

  • Keremajaan kulit dan penampilan yang berseri
  • Masalah sistem peredaran darah
  • Penyembuhan luka
  • Daya penglihatan yang lemah dan penyakitr mata yang disebabkan oleh faktor peningkatan usia
  • Penyakit degeneratif


Ambillah ekstrak biji anggur jika anda mengalami :
  • Luka-luka jerawat atau masalah kulit yang ringan
  • Gaya hidup yang tertekan dan sibuk
  • Vena varikos (pembesaran dan pembengkakan vena)
  • Daya penglihatan yang lemah dan penyakit mata yang disebabkan oleh faktor peningkatan usia

Haaaa....da dapat idea da kan tentang biji anggur...kalo korang nak dapatkan ekstrak biji anggur semulajadi of course la korang kena hubungi saya....saya akan bagi anda ekstrak biji anggur yang terbaikkkkkkkkkk punyerrrrrrrrr....superb gitewww...



Vitamin E Shaklee dirumus dengan kandungan ekstrak biji anggur



Salihah (1122713)

PM/WhatsApp : 017 854 5086

Fb: HaniqHani Salihah

LIKE FB Page:Butik Sihat+Cantik

Intagram :HANIQHANISALIHAH


***TERIMA KASIH ALLAH***



Thursday, 12 June 2014

Cergas Bertenaga di Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum korang semua...
Hari ni saya nak share tentang set berpuasa untuk semua golongan..bermula dari kanak-kanak,ibu menyusu,ibu hamil,warga emas,para atlet,individu yang berkerja berat,individu yang mudah letih dan sesiapa sahaja yang ingin cergas dan bertenaga di bulan Ramadhan...

Dan BERITA BAIK kepada yang malas nak masak sahur...ataupun terlewat bangun sahur..atau masa sahur tinggal 10 minit je lagi....meh sini saya perkenalkan menu bersahur yang paling SUPER CEPAT tetapi akan membekalkan SUPER DUPER TENAGA untuk kekal cergas sepanjang hari...jeng jeng jeng.....Tarrraaaaaa....

Set Berpuasa: Energizing Soy Protein+Perfomance Drink+Mealshake (3 GEMS)

Terdapat 3 jenis produk dalam set ini, iaitu Energizing Soy Protein (ESP),Mealshake dan Perfomance Drink..

ESP mempunyai perisa vanila.Ia menghasilkan rasa yang sangat lazat dan berkhasiat.Ia mengandungi 9 amino asid yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar (sebabnya ESP ni tesangatlah mengenyangkan) sepanjang seharian berpuasa.Bagi yang mengalami masalah gastrik,ESPyang bersifat alkali akan meneutralkan asid gastrik akibat daripada berpuasa.Disamping itu,nutrient protein dalam ESP sangat membantu untuk memulihkan permukaan perut yang luka akibat keadaan berasid itu.



Testimoni ESP untuk masalah gastrik 


Perfomance Drink pula membantu mengekalkan kandungan air dalam badan dan membantu menyeimbangkan kandungan elektrolit untuk mencegah dehidrasi..Fungsinya sama seperti minuman isotonik...merupakan minuman kegemaran para atlit..(macam 100 plus)..yang berperisa oren.Sesuai diminum begitu sahaja ataupun dicampur bersama dengan ESP dan Mealshake (Perfomance Drink+ESP+Mealshake).Perfomance drink sangat membantu ibu menyusu kerana ibu menyusu akan kehilangan banyak air dari badannya ketika proses menyusu...Pengambilan Perfomance Drink akan mencegah si ibu dari mengalami keadaan haus melampau dan letih akibat kehilangan bendalir.


Ia juga membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi membekalkan tenaga dan stamina.Ia mengandungi formula karbohidrat shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta.Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.Sesuai diambil oleh semua golongan terutama yang bekerja di tengah panas.Kanak-kanak demam pon boleh ambil ni sebab bila da demam diorang x selera nak makan dan minum..so, ia akan tolong mencegah kekeringan dalam badan kanak-kanak itu.

Testimoni set 3GEMS untuk ibu menyusu


Mealshake ialah multivitamin ataupun dikenali sebagai makanan pelengkap.Kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.Warga emas yang susah untuk menelan pil amatlah digalakkan untuk diberikan mealshake kerana ia merupakan sumber yang kaya dengan kalsium,serat dan protein.Kandungan serat dan protein akan memberikan rasa kenyang untuk tempoh yang lama.Oleh sebab itu,Mealshake amatlah sesuai untuk kanak-kanak yang sedang belajar berpuasa...xder la mereka terketar2 lutut apabila masuk je waktu petang..

Testimoni Mealshake untuk kuatkan antibodi anak


Jika anda berbuka puasa dengan set ini,ianya memberikan kelebihan kepada anda untuk menunaikan ibadah Maghrib,Isyak,Terawih dan Tadarus...In Shaa Allah

Anda juga boleh menambah supplement B Complex,Vitalea dan Vitamin C dalam rutin sahur untuk tenaga yang optimum.

Akhir kata,kita wajib berikhtiar untuk memilih sama ada ingin menjadi BERTENAGA ataupun CAPEK di bulan Ramadhan.Namun,tersangatlah rugi jika kita tergolong dalam kategori capek..Ramadhan hanya datang sekali setahun dan sepatotnya kita rebut peluang ini untuk perbanyakkan amal ibadat kepada Allah..sebab kita tak tahu, sempat ke tidak kita berjumpa Ramadhan pada tahun hadapan..Wallahua'lam

RAMADHAN HADIRNYA DIRINDUI,PERGINYA DITANGISI...fikir-fikirkanlah...

Mahu jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik?? In Shaa Allah..saya akan bantu anda

SALIHAH (1122713)

PM/WhatsApp :017 854 5086

Fb:HaniqHani Salihah

Istagram :HANIQHANISALIHAH


***TERIMA KASIH ALLAH***




Wednesday, 11 June 2014

Tips Mengajar Anak Berpuasa

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah


Bila da hampir Ramadhan ni,teringat balik kenangan kali pertama saya puasa..masa tu umur 5 tahun...kononnya excited nak duit raya lebih...sebab mak ayah cakap kalo puasa penuh satu hari,mak akan upah RM1 sehari...Ayah pon akan bagi RM1 sehari...Kiranya saya akan dapat RM2 la untuk sehari puasa...bila dicongak-congak dapat RM60 kalo sebulan puasa...hihihi...sebabnya bila Hari Raya nanti saya nk menunjuk2 dengan sepupu sepapat yang saya dapat duit raya paling banyak.....

okayla..hari ni saya nak kongsikan bagaimana nak galakkan anak berpuasa especially bagi yang kali pertama nak berpuasa....

Menjelaskan Maksud Puasa 
Sifat kanak-kanak (3-6 tahun) sebenarnya mereka cepat belajar dan suka meniru perbuatan dari persekitaran...sama ada dari ibu bapa,kakak dan abang,kawan-kawan ataupun sesiapa terdekat dengan diorang.Masa umur sebeginilah,ibu bapa perlu menerapkan tentang puasa supaya mereka teruja untuk sama-sama berpuasa..Sebagai contohnya,suruh anak tengok citer Upin&Ipin episod bulan puasa. Sememangnya anak-anak akan seronok menonton cerita kartun dan dalam masa yang sama mereka akan belajar tentang puasa melalui watak kesayangan mereka itu.

Latih Puasa Bertahap
Untuk hari pertama mungkin agak sukar bagi kanak-kanak untuk meneruskan puasa sehingga ke maghrib.Sekiranya diorang da tak larat n nampak macam nak surrender jer...bagi la can diorang berbuka pada tengah hari...pukul 12 ke...masuk hari ke 3 atau ke 4 cuba galakkan diorang puasa penuh pulak....awal-awal puasa mungkin mak ayah lembut hati lagi n bagi puasa separuh hari...tapi bila da masuk minggu kedua cuba mak ayah buat strict skit kalo still nak berbuka separuh hari...

Bersahur
Ibu ayah cuba pujuk anak elok2 untuk bangun bersahur.Katakan pada mereka bahawa pentingnya bersahur supaya tidak lapar pada keesokan harinya.Biasanya anak-anak liat nak bangun sahur mungkin kerana mengantuk...Oleh itu,si ayah kena wajibkan anak-anak tidur awal pada malamnya supaya mereka senang untuk bangun sahur.Para ibu pula,kena kreatif masakkan menu sahur supaya anak-anak berselera untuk bersahur.Sebelum tidur,tanya dulu apa yang mereka nak makan masa sahur nanti..

Bataskan Pergaulan
Seeloknya pada bulan puasa,ibu bapa jauhkan anak-anak daripada berkawan dengan rakan-rakan mereka yang malas berpuasa.Sebaliknya galakkan mereka bergaul dengan kawan-kawan yang bersemangat berpuasa...Semestinya mereka akan teruja apabila dapat bersama-sama puasa dengan rakan sebaya.

Menu Kegemaran
Waktu berbuka adalah waktu yang paling disukai mereka...paling heaven la kiranyer....Si ibu hendaklah sentiasa bertanyakan menu ape yang ingin dimakannya pada setiap hari..masak ikut menu kesukaan si anak..ini untuk menggalakkan mereka berpuasa untuk hari-hari seterusnya.Sekiranya ada masa lapang,bawalah mereka ke bazar Ramadhan supaya mereka dapat memilih sendiri menu yang diidamkan sepanjang berpuasa seharian..

Rehat selepas balik sekolah
Suruh anak rehat dan tidur selepas balik sekolah..Jangan biarkan mereka aktif bermain untuk mengelakkan rasa haus dan lapar.Jika tidak,mulalah mereka sibuk merengek2 minta nak berbuka...Mereka sebenarnya bukannya lapar sangat tetapi lebih kepada haus..apatah lagi kalau hari tu panas terik...fuhhh...memang dugaan sungguh kpd diorang...Maunya ada yang minum air paip dalam bilik air...huhuh

Ganjaran
"Siapa puasa penuh tahun ni baru boleh beraya dan dapat duit raya l"..ni la ayat yang selalu mak ayah gunakan tuk galakkan diorang puasa penuh..ada juga yang siap bagi upah setiap hari..hihihihihi...cakap kat mereka duit raya untuk orang yang berpuasa aje,hadiah sebab mereka rajin puasa.

Pujian
Setiap kali mereka dapat abeskan puasa satu hari...puji mereka depan kakak n abang diorang...cakap je "adik anak yang kuatlah...dapat puasa penuh hari ni....mama bangga ada anak kuat macam adik"..mau kembang semangkuk lubang idung dia ..hahaha...


So,harapnya tips2 ni dapatla serba sedikit membantu ibu bapa nak melayan kerenah mereka bila berpuasa nanti...Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada pembaca-pembaca tersayang....


***TERIMA KASIH ALLAH***






Monday, 9 June 2014

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat tersayang...
hari ini saya ingin kongsikan tentang amalan yang dilakukan oleh kebanyakan jutawan Islam...salah satunya ialah dengan menjadikan Surah Al-Waqiah sebagai amalan harian mereka..In Shaa Allah semoga kita juga terpilih untuk menjadi jutawan Islam..Aamiin...


Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke 56 dalam Al-Quran,terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri daripada 96 ayat.Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz A-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti kiamat..

Di dalam surah ini menerangkan tentang hari kiamat,balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.Diterangkan juga penciptaan manusia,tumbuh-tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.


Kenapa di gelar surah KEKAYAAN?

Surah Al-Waqiah memang tekenal dengan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah hadis sahih.

Dengan menjadikan surah Al-Waqiah sebagai amalan harian,maka Allah akan menjauhkan kekafiran selamanya.Sa'ad Al-Mufti mengatakan,bahawa hadis ini adalah hadis sahih.


Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah,maka ia tidak akan kekafiran selamanya".

Rasulullah SAW bersabda :
"Siapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam ,dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a)

Rasulullah SAW bersabda :
"Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu.Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan."(Hadis Riwayat Ibnu Ady)

Rasulullah SAW bersabda :
"Barang siapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam,maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya.Dan surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan,maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua."

Menurut sebahagian fatwa ulamak :
Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali,selama 40 hari pula,maka Allah akan memudahkan rezekinya tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.


Khasiat Surah Al-Waqiah:

>> Mereka yang membacanya sebagai wirid,In Shaa Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

>> Apabila mengamalkan surah ini setiap malam,dia akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya

>> Bila dibaca 14 kali selepas solat Asar,maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang melimpah ruah.

>> Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali didalam satu majlis,In Shaa Allah ditunaikan segala hajat khusunya berkaitan rezeki.

>> Supaya menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur,amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat Subuh dan 3 kali selepas solat Isyak.In Shaa Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang hartawan lagi dermawan..

>> Surah ini jika dibaca disisi orang yang nazak atau di sisi mayat,In Shaa Allah dipermudahkan rohnya keluar dari jasad.Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya.Jika ditulis dan dipakaikan kepada orang yang nak bersalin, In Shaa Allah segera melahirkan dengan mudah.Boleh juga dibacakan disisi orang yang nak bersalin sebagai selusuh.

>> Selepas solat Isyak,ambil segelas air lalu dibacakan surah Al-Fatihah 1 kali,Ayat Qursi 1 kali,dan surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7x.Tiup dalam air lalu diminum.Dalam hati niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”


Petua Kaya Syeikh Abi Al-Abbas :


Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqiah ini,terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari,dimulai hari Jumaat dan berakhir hari Khamis.Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran atau tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti ikan,daging dan segala haiwan)

Dalam 7 hari itu,sesudah solat fardhu,bacalah surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali.Apabila bacaan tersebut dimulai selepas solat Subuh pada hari Jumaat pertama,maka diakhirilah pembacaan surah tersebut selepas solat Isyak Jumaat berikutnya.

Pada malam Jumaat terakhir ini, hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 kali kemudiaan berselawat sebanyak 1000 kali.


In Shaa Allah,dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW,kita akan memperoleh rezeki yang banyak.Kita boleh berdoa dan berusaha,tetapi yang menentukan adalah Allah SWT.Sekiranya kita telah menjadikan surah Al-Waqiah sebagai amalan harian,maka usaha dan rajin bekerja/berniaga perlu seiring juga.Tak boleh berpeluk tubuh je..Tidak ada doa yang akan termakbul dengan sendirinya,jika tidak berusaha.


Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezeki dariNYA.Jangan niat untuk kaya di dunia sahaja.Tetapi niatkan dengan harta itu nanti dapat menjadi ibadah dan dapat berbuat amal jariah..Marilah kita sama-sama niatkan dengan rezeki harta itu kita dapat menolong dan membantu orang lain (seperti sedekah,derma,zakat)...Aamiin..

INDAHNYA HIDUP APABILA NIAT INGIN MEMBERI.....


***TERIMA KASIH ALLAH***

sumber  : http://www.resepirahsiaku.com/
               : http://shafiqolbu.wordpress.com/
               : http://abubasyer.blogspot.com/