Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Monday 27 October 2014

Kencing Kotor dan Cara Rawatan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat2 saya semua?sihat semua kah?Alhamdulillah masih lagi diberi rezeki kesihatan untuk terus melakukan aktiviti-aktivit seharian...Masa duk chatting dengan kawan tadi..dia ade bertanyakan tentang KENCING KOTOR...jadinya saya share kat sini lah apa yang saya research dari beberapa website doktor-doktor perubatan tentang kencing kotor...nanti saya link kan website diorang kat sini yer..


APAKAH KENCING KOTOR

Kencing kotor adalah jangkitan yang biasa berlaku terutama dikalangan wanita yang berumur antara 20-50 tahun. Kuman berasal dari kulit dubur,faraj atau lubang dubur..Kuman bergerak merentasi uretra dan pundi kencing.Ia akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter.Apabila berlaku jangkitan kuman,pundi kencing akan menjadi bengkak dan radang.

Oleh itu para wanita diminta berhati-hati apabila membersihkan kemaluan selepas membuang air kecil atau besar.Punca yang biasa di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan sedemikian akan menggalakkan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.

Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing kotor.Oleh itu saya menyarankan agar selepas berjimak haruslah membuang air kecil.Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

(diambil dari website  http://drzubaidi.com/blog/bahaya-kencing-kotor-bagi-ibu-hamil/ )


BAGAIMANA MERAWAT KENCING KOTOR

1.Pastikan minum air dengan banyak...paling minimum 3L sehari...semakin kerap anda membuang air kecil semakin banyak bakteria dikeluarkan dari saluran kencing...ini akan mengelakkan bakteria merebak dengan cepat.Bagi memastikan anda minum air yang mengcukupi,sila perhatikan warna air kencing anda..Sekiranya air kencing putih jernih itu menandakan badan anda telah mendapat air yang mengcukupi.Sekiranya air kencing berwarna kekuningan,itu menandakan badan anda kekurangan air.

2.Jangan tahan kencing apabila terasa ingin kencing.Tabiat menahan kencing menyebabkan pundi kencing akan penuh dan bakteria lagi senang merebak.

3.Bagi ibu yang baru lepas bersalin,pastikan miss V anda sentiasa besih dari darah nifas..pastikan pad sentiasa bertukar setiap 4 jam sekali.Jangan biarkan melebihi 4 jam kerana darah nifas mengandungi bakteria dan ia akan termendap di pad. Bakteria cepat merebak dalam keadaan lembap.

4.Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

5.Kepada mereka yang mudah mendapat kencing kotor berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan

6.Memakai pakaian dalam dengan longgar supaya pengudaraan berjalan lancar.Dan pakaian diperbuat dari kapas kerana ia dapat menyerap peluh dan kelembapan.

7.Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan kencing kotor, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

8.Elakkan mengambil makanan manis yang manis dan minuman berkafein.

9.Pastikan anda mengambil VITAMIN C (250mg-500mg), Beta-Carotene (25,000-50,000 IU), dan Zinc (30-50mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika antibodi anda lemah.


Minum air putih minimum 3L sehari


Jangan tahan kencing

Kredit to :    http://drzubaidi.com/blog/bahaya-kencing-kotor-bagi-ibu-hamil/

3 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam perkenalan .
    Singgah sat . Banyak info. berguna .
    Terima kasih atas perkongsian .

    ReplyDelete
  2. Lepas minum air campus dg baking soda perlu task dibalas dg air kosong lg

    ReplyDelete
  3. Lepas minum air campus dg baking soda perlu task dibalas dg air kosong lg

    ReplyDelete