Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Monday, 10 November 2014

Kebekatan Sedekah :1 sedekah dibalas 700 kali ganda

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Ini adalah tazkirah daripada group Bisness Shaklee saya Zero to Hero..Terima kasih kepada master Faizah atas tazkirah beliau tadi...tazkirah melalui Telegram je pon...hihihihi..maklumla dunia di hujung kuku jer...

*****************************************

Saya nak share tentang "the more u give the more you get back".
Petang semalam saya terdengar dalam rancangan usrati di ikim FM bersama Ustaz Zul.
Rancangan semalam tentang tajuk INFAK.

Kata Ustaz Zul, ramai orang bukan Islam mengamalkan konsep "the more u give the more u get back".Sebenarnya seni itu sudah tertulis dalam Al- Quran dan semestinya Allah bagi untuk orang Islam.Jika orang bukan Islam mengamalkannya memang dapat benefit, Apatah lagi kita yang Isalm..bukan setakat berganda2 Allah bagi tapi ditambah juga dapat PAHALA.
Sekali infaq, Allah balas 700x ganda minimum....bukan maksimum..malah Allah boleh bagi lagi banyak.


Ada satu kisah benar yang diceritakan oleh Ustaz Zul.

Ada seorang hamba Allah, seorang kontraktor, membelanjakan RM34.70 kepada semua kanak2 di satu gerai.Kanak2 yang dapat makan tu sangat gembira dan mengucapkan terima kasih.
Tanpa disangka2 tak lama kemudian, dia mendapat kontrak bernilai RM347,000.

Selepas tu kisahnya lagi, pada bulan Ramadhan, beliau ke masjid.Hari tu ada meeting dengan ajk masjid.Mereka memerlukan RM19,000 untuk menyiapkan bahagian lantai masjid yang belum siap.Mereka sangat risau mana nak cari rm19k ni.

Sedangkan kontraktor ni mempunyai RM19k je dalam akaunnya.Tapi duit itu adalah duit jaminan jika dapat projek / kontrak.Dalam hatinya Ya Allah, susahnya mereka untuk dapatkan RM19k ni.Sedangkan aku ada.

Lalu dia berkata, saudara2 sekalian, jangan risau,esok masalah ini akan selesai.Ada hamba Allah yang akan dermakan RM19k ni.

Lalu dia keluarkan RM19k sehingga tinggal hanya RM10 sahaja dalam akaun .Dia keluarkan dengan pejam mata.Kalau apa2 hal fikir kemudian.

Sebulan kemudian kontraktor tu mendapat kontrak bernilai 19 juta ringgit..kontraktor tu menangis sebab betapa Allah Maha Pemurah.19k digantikan dengan 19 juta

ALLAHU AKBAR...ALLAH MAHA KAYA...ALLAH MAHA PEMBERI..

Sunday, 9 November 2014

EKSKLUSIF :KENAPA SAYA TAK BELI EMAS

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


Alhamdulillah..Mengambil keberkatan hari Jumaat semalam,saya telah memulakan perniagaan EMAS.Saya memang dah lama minat untuk berniaga EMAS.Sebelum ni saya duk servey2,kebanyakannya memerlukan modal awal RM1K ke atas....fuhhh..kat mana la saya nak cekau RM1K tu kan...


So apabila duk chatting2 dan bertanyakan kawan-kawan,saya tertarik dengan syarikat POWERGOLD ni sebab ia menawarkan modal serendah RM386 je untuk kita memulakan perniagaan EMAS.So ape lagi,saya grab lah peluang ni..sebab satu2 nya syarikat yang menawarkan modal rendah sebegini.Dengan modal awal RM 386 tu saya boleh pilih sama ada nak 1G Gold Bar @ cincin 916...dan saya dapat WEBSITE yang dah siap2 design untuk kita ...(WEBSITE EMAS SAYA)...


Haa..kalau nak tau details pasal simpanan,pelaburan,perniagaan dan jual beli EMAS boleh je contact saya...saya memang suka bercerita pasal EMAS.sebab EMAS IS MY PASSION sejak dulu lagi...meh saya ceritakan serba sedikit tentang EMAS DAN SAYA..



Dalam tahun 2009,saya mula berkenalan dengan Dinar Kelantan...Sebab kat Kelantan masa tu ada ekspo pasal DINAR dan DIRHAM...memang saya follow la setiap event berkaitan DINAR & DIRHAM..Pendek cerita..selama 2 tahun saya duk follow trend EMAS dan duk kaji untung rugi SIMPAN EMAS ni,so saya dah mula faham sangat2 pasal menyimpan EMAS..Pada tahun 2011,saya discuss dengan bakal suami (da selamat jadi suami da sekarang)...nak jadikan DINAR sebagai MAS KAWEN...


Then dia mula2 tak paham gak ape tu DINAR.Pastu dia pikir dan kaji2 sendiri dan dia setuju untuk jadikan DINAR sebagai MAS KAWEN saya...So,bulan Februari  2011,dia transfer duit minta saya belikan DINAR untuk MAS KAWEN saya tu...Start daripada hari tu,kerja saya adalah bukak website KELANTAN GOLDEN TRADE setiap hari...sebabnya nak tengok bila harga emas jatuh dan nak beli...sebabnya by the end of Februari saya wajib setel pasal DINAR ni (11 Mac 2012 tarikh nikah kami)...


Alhamdulillah..masa tu saya kerja di KELANTAN BIOTECH CORPORATION SDN BHD...memang surrounding staff semua dah faham dan masak benar pasal EMAS ni...saya je baru nak belajar mengenal EMAS...so kerja saya adalah sentiasa bertanya pasal EMAS dan DINAR untuk mas kawen...Alhamdulillah mereka banyak membantu saya dalam misi mengcukupkan MAS KAWEN saya tu..hihihi...


Alhamdulillah ...11 Mac 2012 MAS KAWEN saya berupa 11 keping DINAR (setiap satunya 4.25 gram emas tulen 999.9)...ni gambar nya.. (abaikan gubahan yang tak seberapa tu....huhuhu...hihihi...)..nampak tak ada 11 keping dinar dalam bekas berbentuk LOVE tu...


Mas kawen saya


So,begitulah ceritanya bagaimana saya CELIK EMAS...so saya sangatlah menggalakan dan menyarankan agar korang pon turut CELIK macam saya..hihihi...


Kat bawah ni saya listkan tentang persoalan2 kebanyakan orang yang TAK CELIK emas lagi...(soalan sama saya pada tahun 2009..hihihhi)

*************************************************************

1.Saya sentiasa fikirkan harganya,kaji sana sini
-Last-last tak beli-beli pun

2.Asyik kaji pasal spread
- Belum beli dah fikir banyak,spread penting untuk pelabur,tak penting untuk mereka yang ada ILMU pasal spread.So,dapatkan ilmu pasal emas ni

3.Duk fikir macam mana nak jual balik
- Emas bukan macam barang-barang lain.Emas laku je walau dimana anda berada.
Sebaiknya juallah kat dealer/syarikat tu balik,dapat harga lebih,tapi kalau ada ilmu yang kat statement no 2 tu,anda memang untung!

4.Duk fikir macam mana nak buat untung
-Banyak cara boleh untung,asalkan emas tu ada kat tangan,bukan atas kertas atau alam maya

5.Takut BNM serbu syarikat yang saya join
-Ini bukan skim,ini emas fizikal,selagi pegang emas,apa nak takut?

6.Takut rugi sebab harga emas jatuh
-Beli emas bukan untuk dijual esok lusa.Ini simpanan jangka masa panjang.Kalau terdesak sangat,barulah pajak.Ini sebenarnya fungsi Ar rahnu,bukan untuk manipulasi pelbagai skill.

7.Saya tak tahu kenapa orang kata emas itu adalah wang
-Kena tahu apa maksud wang yang sebenar dan ciri-cirinya.Kaji sejarah.Dulu-dulu orang guna apa sebagai matawang..Emas kan..Wang kertas yang kita guna sekarang ni cuma ciptaan yahudi untuk menindas dan berkuasa kat dunia

8.Saya tak faham sebab apa saya perlu simpan emas
-Kaji sebab,pasti jumpa jawapannya

9.Saya tak nak membazir
-Dulu harga emas rm30/gram,sekarang dah cecah dekat rm200/gram
Err..kat mana yang membazir tu?

10.Saya bimbang emas tu kena curi,hilang dan sebagainya
-Kalau kena curi,hilang,bukan emas je...apa-apa pun boleh ,so kena pandai-pandailah elakkan.Tak kan sebab takut hilang,kena curi,maka kita tak beli emas?
Habis yang wang kertas kita kena rompak hari-hari(susut nilai sebab inflasi) tu tak takut ke..?
Setahun susut nilai hampir 16%.
Simpan RM1k tahun ni,tahun depan jadi RM840,kalau 10 tahun lagi?
Simpan emas berharga RM1k tahun ni,tahun depan jadi RM1.2k..Mana yang anda nak?

11.Tak dapat pulangan bulanan,dividen dan hibah
-Lebih suka join skim cepat miskin,baik join MLM terus,maklumlah,duduk diam-diam dapat duit..
***********************************

Bagus !!!
Orang macam anda yang membuatkan harga emas tak naik mendadak..
Hanya org yg CELIK emas dan ada ILMU sahaja yang duk beli emas.

Yang duk fikir 11 soalan di atas,tak sedar yg dia duk buang masa,dan masa itu tidak akan kembali..
Harga emas yg dulu RM16/gram,sekarang hampir RM195/gram.

Akan datang hanya tinggal sejarah…dan waktu itu dah tak guna nak menyesal sebab tak bermula masa org duk suruh dulu.

PEACE ✌️✌️✌

********************************















SAYA DAH CELIK....

ANDA DAH KE BELUM???


BERMINAT dengan EMAS?

MAHU JADIKAN EMAS SEBAGAI SIMPANAN?

MAHU JADIKAN EMAS SEBAGAI PELABURAN?

MAHU JADIKAN EMAS SEBAGAI PERNIAGAAN?


Hubungi je saya di 017 854 5086

Jemput baca pasal EMAS di Gold Bar,Dinar & Jewellery


KLIK SINI UNTUK PENERANGAN LANJUT PASAL EMAS POWERGOLD 

Saturday, 8 November 2014

OMEGA GUARD SHAKLEE MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA???

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat2 semua...hari ini saya nak ceritakan tentang Omega Guard Shaklee...Saya akan ceritakan tentang manfaat mengamalkan Omega Guard didalam diet seharian..





KENAPA OMEGA GUARD SHAKLEE MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA?

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi kesemua 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA dan ALA. Kebanyakan minyak ikan jenama lain diekstrak melalui kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan kebanyakan nutrient dan tidak mampu menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.


Tetapi Shaklee Omega Guard diesktrak melalui proses penyulingan 3 peringkat berteknologi tinggi yang bukan sahaja mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen malah menyingkirkan bahan-bahan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik dan lain-lain. Maka Shaklee Omega Guard adalah minyak ikan paling tulen.









APA KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE ?

1. PELINCIR SENDI - Bagi individu yang mempunyai masalah sakit lutut,anda digalakkan mengambil Omega-3 kerana ianya bertindak sebagai pelincir kepada lutut anda yang             kekeringan pelincir.

2. MEMERANGI KEDUTAN - Semakin kita berusia, sel kita akan menipis & berkedut, pengambilan Omega-3 membantu menebalkan semula dan melicinkan sell kulit.

3. Melindungi PENGLIHATAN MATA

4. Pengambilan EPA & DHA setiap hari dapat membantu KESIHATAN JANTUNG (menolong mencegah jantung tersumbat).

5. Memerangi JERAWAT.

6. Menurunkan kadar KOLESTEROL.

7. Meningkatkan KECERDASAN OTAK.

8. Meningkatkan KESUBURAN pada suami dan isteri - Meningkatkan kesuburan suami dan isteri dengan meningkatkan kebolehan sperma berenang  dan menstabilkan persekitan dalam rahim untuk benih menempel.

9. Vitamin asas untuk KEHAMILAN.



OMEGA SHAKLEE ADA DALAM SET LENGKAP SHAKLEE SEPERTI :

1) Sendi
2) Kanak-Kanak
3) Slimming
4) Darah tinggi
5) Jantung
6) Kuatkan memori / kesihatan minda
4) Kolestrol
5) Asma @ lelah
6) Penyakit kulit, alahan / ezcema
7) Resdung
8) Ibu mengandung
9) Kanak-kanak hyperactive dan  autism
10) Athritis
11) Diabetes
12) Gout
13) Ibu menyusu
14) Alzheimer









TESTIMONI OMEGA GUARD

# Anak Batuk Berkahak #
Puan Yeen Maszlee : “Semalam anak saya demam, batuk dan selsema. Saya degil tak nak bagi ubat so saya kasi 2 biji OmegaGuard dan 4 biji Vitamin C. Dari dok demam, dia dah tak demam. Pastu bangun pagi esoknya, terkeluar segumpal kahak kuning…”


# Anak Asthma #
Puan Surynn Zain : “Anak saya saya kasi minum Shaklee Mealshake dan OmegaGuard. Dulu bulan October & November tiap-tiap minggu semput dan terpaksa amik Nebulizer. Alhamdulillah sekarang dah OK…”


# Anak Selsema & Eczema #
Puan Atiqah Aziz : “Saya bagi anak start umur dia setahun setengah. Masa tu nak baikkan selsema dia. Masa tu notice kalau orang demam atau selsema, senang jangkit ke dia. Saya beranikan diri bagi anak makan OmegaGuard. Alhamdulillah, sekarang duduk dekat dengan orang yang demam dan selsema, anak tak kena apa-apapun. Yang bestnya, tak sangka pulak OmegaGuard tolong keringkan eczema anak. Sekarang dah boleh makan macam2..”


Puan Nor Fahidayu Masran : “Saya bagi OmegaGuard time anak saya selsema. Alhamdulillah hingus cepat kering dan tidur malam hidung dah tak sumbat…”


# Anak Hyperactive #
Puan Mumtaz Ummi : “Saya bagi anak saya umur 3 tahun makan start seminggu lepas. Alhamdulillah dia dah start tidur awal. Kalau dulu, pukul 12 baru nak tidur. Dia hyperactive sangat, sekarang dah Nampak perubahan. Dia pun Nampak makin senang nak focus masa buat aktiviti macam mewarna dan menulis. Kalau dulu, tau nak lompat jer!”


# Slimming dan Gout  #
Puan Rahimah : "husband saya dia consume set slimming lepas kena gout.. lepas habis omega dia continue lecithin dan alfalfa.. memang terasa kelainan dia.. dia kata kalau dengan omega lagi rasa ringan tubuh.. alfalfa dan lecithin kurang menyengat bagi yang badan besar macam dia.. my husband berat 150kg.. sekarang dah kurang jadi 100 kg.. dia dah ambik set slimming 10 bulan"



Ini adalah hasil daripada perbincangan dalam kumpulan Shaklee Inspirasi Legacy...
Diharap pembaca semua mendapat info tentang kebaikan dan khasiat Omega-3..


Sekiranya anda berminat mahu mendapatkan Omega Guard Shaklee..hubungi je saya di






Friday, 7 November 2014

Anak Yang Kuat Antibodi


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum sahabat2 semua?Alhamdulillah..2-3 hari ni Allah tarik sekejap nikmat deria bau dan deria rasa gara-gara selsema...bayangkanlah poo poo poo Syerlin pon saya tak dapat bau...hihihi...Ok lah...entry hari ni saya nak ceritakan pasal antibodi Syerlin (15 bulan)...sepanjang dua hari saya duk sok sek sok sek selsema,dia langsung tak berjangkit dengan saya...malah makin lasak ade lah...macam nak ambil kesempatan masa mama dia demam pon ada jugak...huhuhu...


Sebenarnya dah dua bulan saya bagi Syerlin minum Qaseh Junior (QJ)..setiap pagi bangun je tidur saya terus bagi dia 1/2 sudu teh QJ...Selepas setengah jam baru dia breakfast...pastu saya ajarkan dia makan buah kismis+kurma+aprikot kering+badam dan campurkan dengan 3-4 titis minyak zaitun NutroCoco....semuanya saya tumbuk dengan lesung dan gaulkan semuanya sekali sehingga sekata (jangan terlalu hancur,sebab budak yang da ada gigi ni kita nak ajar dia mengunyah)...dan saya simpankan dalam peti.....biasanya saya akan buat stok untuk seminggu jer...kiranya setiap minggu saya akan buatkan...


Dan hasilnya Syerlin memang payah sangat nak demam...(demam sebab kena cucuk je)...selsema memang tak pernah lagi...batuk2 pon tak pernah....Alhamdulillah Allah bagi rezeki antibodi yang kuat kepada dia...Saya ajarkan dia makan kurma+kismis seawal 6 bulan lagi...masa tu saya blender jadikan puri...memang puri kurma+kismis adalah makanan ruji dia...bila dia da masuk umur setahun baru saya ajarkan makan badam...


Jom jadikan makanan-makanan ini sebagai makanan ruji anak-anak...ajarkan mereka sejak kecil lagi..bagi diorang kenal kismis,kurma ,badam awal-awal...in shaa Allah,diorang akan suka makannya...Jadikan ianya jajan dalam kehidupan seharian dioarang...itu niat saya sejak dia lahir lagi...In Shaa Allah..masuk je 2 tahun nanti nak ajar Syerlin makan madu pula...


Vitamin C tu mama punya,Qaseh Junior tu Syerlin punya

Makan pun berselera...memang kuat makan budak ini


Botol bedak pon dimakannya..hihihi







Thursday, 6 November 2014

Shaklee : Syarikat Nutrisi Semulajadi no 1 di Amerika Syarikat

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Hari ni saya nak memperkenalkan kepada anda semua tentang syarikat Shaklee..Bak kata orang,TAK KENAL MAKA TAK CINTA...so hari ni saya akan perkenalkan korang tentang Syarikat Nutrisi Semulajadi no 1 di Amerika Syarikat ni...


Shaklee merupakan syarikat nutrisi semulajadi yang telah bergiat dalam bidang nutrisi selama lebih 50 tahun...Bermula dari tahun 1915,Dr.Forrest C.Shaklee telah memformulasi vitamin Vitalized yang pertama...Pada tahun 1956,syarikat Shaklee Corporation ditubuhkan dan pada tahun 1960,Shaklee telah mencipta pencuci biodegradasi yang pertama..


PEMIMPIN YANG BERWAWASAN
Shaklee diketuai oleh Roger Barnett iaitu Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksukutif Shaklee Corporation.Beliau dilahirkan daripada keluarga usahawan.Beliau telah melabur jutaan ringgit dalam penyelidikan industri sebelum membeli Shaklee.


LEMBAGA PENASIHAT PERUBATAN DAN SAINTIS
Banyak syarikat mendakwa produk mereka berkesan.Tetapi di Shaklee,kami punya bukti.Anda boleh dapati lebih daripada 100 bahan saintifik,yang 90 daripadanya diterbitkan dalam jurnal peer-review yang membuktikan keberkesanan produk Shaklee bercetak. Bahkan,lebih daripada $300 juta dilaburkan dalam ujian klinikal,penyelidikan dan pembangunan.Dan dalam satu Kajian Unggul pada 2007 yang dikendalikan oleh kerjasama  dengan penyelidik-penyelidik dari U.C. Berkeley School of Public Health menunjukkan orang yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin lain.

Dan bukti yang paling menyerlah adalah sebahagian besar daripada jutaan orang hidup lebih sihat,lebih produktif kerana mendapat manfaat Shaklee.Sebelum sebarang produk Shaklee berada di tangan anda,kami telah memastikan yang ia benar-benar seperti apa yang kami katakan.

Shaklee mempunyai sijil HALAL yang diguna pakai untuk sistem antarabangsa dan disahkan oleh JAKIM Malaysia.

Jadi anda semua tak perlulah meragui status HALALnya






MENUKAR JENAMA BOLEH MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA

KETULENAN
>> Semua yang anda perlukan <<
Berdasarkan pengalaman kami tiada jalan pintas bagi kualiti.Kami tidak pernah mengambil mudah dalam menghasilkan supplement Shaklee. Sebelum sesuatu supplement dihasilkan,ia melalui proses kawalan penilaian industri yang amat ketat.Malah ia melebihi piawaian yang ditetapkan oleh United States Pharmacopeia (USP)


KEBERKESANAN
>> Dijamin dengan formulasi yang unggul <<
Pakar saintis kami mencari sumber asli yang terbaik,paling tulen dan paling berkesan di seluruh pelusuk dunia.Namun kami terlebih dahulu memperuntukkan masa yang lama secara komprehensif menyemak bahan rujukan saintifik mengenai bahan-bahan baru dan menjalankan kajian sendiri dalam mengesahkan kemujaraban dan keberkesanan sumber tersebut.


PRESTASI
>> Penyerapan yang terbukti secara klinikal <<
Pengambilan dua tablet OsteMatrix menghasilkan hubungan statistik peningkatan paras kalsium dalam darah yang dikira dalam masa lebih 12 jam.Untuk tubuh menggunakan kalsium bagi membina dan memelihara tulang yang kuat,kalsium perlu diserap terlebih dahulu.


BUKTI 
>> Kajian klinikal saintifik terkukuh <<
Pengguna makanan tambahan Shaklee dalam jangkamasa panjang menunjukkan mereka memiliki kesihatan yang lebih baik * :

33% tahap trigliserida lebih rendah
11% nisbah jumlah kolesterol lebih rendah berbanding kolesterol HDL
36% kandungan homosistein yang lebih rendah
60% kandunga protein C-reaktif yang lebih rendah

*berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil supplemen langsung

HANDAL
>> Membantu pencapaian manusia yanh paling luar biasa <<
Dalam 1993,Shaklee membangunkan AstroAde untuk program NASA Space Shuttle.Minuman formulasi penghidratan semula yang unik ini masih digunakan oleh angkasawan Shuttle sehingga ke hari ini.

Produk kami telah dibuktikan oleh para atlet bertaraf dunia yang telah memenangi lebih daripada 100 pingat emas,perak dan gangsa.Dan bukti paling ketara selain itu ialah dalam 20 juta orang yang sama seperti anda,telah memiliki kesihatan yang lebih baik,lebih produktif kerana kewujudan Shaklee.


PERBEZAAN SHAKLEE

SELAMAT SECARA SEMULAJADI,TERBUKTI BERKESAN SELAMA LEBIH 50 TAHUN

>>Sentiasa SELAMAT<<

  • Lebih daripada 100,00
         Ujian kawalan kualiti tahunan dijalankan
  • Potensi terjamin
         Pengesahan bahan botani daripada pihak ketiga
  • Ketulenan terjamin
         350 ujian-ujian pencemaran dikendalikan bagi setiap ramuan botani baru
  • 100% kepuasan terjamin

>> Sentiasa BERKESAN <<
  • $300 juta dilaburkan dalam pengujian penyelidikan dan pembangunan
  • Terdapat 70 kajian klinikal bercetak
  • Terdiri daripada 60 saintis Shaklee
  • Terdapat 55 paten dan paten tertunda
  • Kajian ulangtahun ke 50 menunjukkan yang pengguna makanan tambahan Shaklee dalam jangka masa panjang mempunyai kesihatan ternyata lebih baik daripada mereka yang mengambil hanya satu multivitamin atau tiada makanan tambahan langsung

>> Sentiasa MESRA ALAM <<
  • TIADA perasa-perasa tiruan
  • TIADA pemanis tiruan
  • TIADA pewarna atau lemak Trans
  • TIADA bendasing tersembunyi
  • TIADA ujian terhadap haiwan
  • TIADA bahan-bahan yang diharamkan
  • TIADA Peluntur klorin

PRESTASI PRODUK SHAKLEE

7 daripada Time-Life's 25 Greatest Adventures of All Time menggunakan produk Shaklee

Mt.Everest : Rakyat Amerika pertama yang mendaki tanpa oksigen

Ekspedisi Calypso dan Alcyon oleh Jacques Cousteau

Voyager :Penerbangan keliling dunia tanpa henti yang pertama

Tiga ekspedisi kutub oleh Will Steger yang telah memecah rekod

Projek Daedalus :mencipta rekod dunia untuk penerbangan yang diajan oleh manusia

Gary Hall,Jr : Pemenang pingat emas Olimpik bagi acara gaya bebas 50 meter untuk kali ketiga berturut-turut



Keratan akhbar yang menunjukkan rakyat Malaysia menggunakan Shaklee




Untuk sebarang pertanyaan tentang Shaklee,anda boleh hubungi saya di


Wednesday, 5 November 2014

KALSIUM: Cegah sakit gigi semasa hamil

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Sakit gigi perkara biasa bagi ibu hamil yang kekurangan kalsium


Tadi saya ada terbaca post Facebook seorang kenalan yang sedang mengandung 4 bulan dan sedang sakit gigi...sakitnya sehingga gusinya membengkak dan katanya mulutnya dah jadi macam flowerhorns...So,berdasarkan pengalaman kenalan saya ini,saya nak kongsikanlah kisah saya masa mengandungkan Syerlin dulu..


Saya memang anti dengan susu sejak kecil lagi..memang tak suka susu lah.masa kecil-kecil dulu,susu Nespray la kot yang paling famous saya rasa..sebab mak saya asyik pujuk minum susu Nespray je..hihih...tapi saya tolak mentah-mentah..kalu tak buang ke dalam sinki,saya akan berlari keluar rumah cepat2 pastu buat tak dengar mak panggil minum..hahahahha...punyerla takut minum susu..


So penyakit takut minum susu tu bawak sampai ke tua...susu segar pon saya tak minum apatah lagi susu tepung..tapi yang MAGIKNYA...masa pregnantkan Syerlin boleh pulak saya minum susu EnfaMama sampai 10 tin sepanjang mengandungkan dia...MAGIK tak?? saya pon nak tergelak juga bila ingat balik macam mana la saya boleh hadap susu tu...Sebab dalam hati saya,saya kena jugak minum susu supaya tumbesaran baby saya sempurna dan cukup khasiat...kiranya saya tukar mode antisusu kepada prosusu...change my mind 360 degree..(Masa ni tak kenal lagi SHAKLEE)


Berbalik kepada kisah kenalan saya ni,dia cakap dia tak boleh telan langsung susu tepung...dari awal mengandung sehingga sekarang (4 bulan) dia hanya minum milo..thats why lah dia sakit gigi sebabnya baby dia menyerap semua kalsium dari badan dia..bila dah sakit gigi,boleh jadi demam taw,sakit kepala dan migrain jugak..sebab urat-urat saraf di dalam gusi bersambungan dengan saraf-saraf di otak.so saya sarankan lah kat dia supaya ambil OsteMatrix...kiranya kalsium dalam bentuk pil...kat bawah ni saya ceritakan details tentang OsteMatrix neh....



Demam akibat sakit gigi

Migrain kesan daripada sakit gigi


KANDUNGAN OSTEMATRIX SHAKLEE


1,000 mg Kalsium    =Sumber semulajadi yang mudah diserap
400 mg Magnesium =Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang&menguatkannya
400IU Vitamin D      = Meransang penyerapan kalsium
Boron                      = Bantu dalam metabolisme tulang
Manganese.Copper,Zinc = Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan tulang


Magnesium didalam OsteMatrix penting untuk metabolisma kalsium.Ia membantu mencegah kekejangan pembuluh darah iaitu salah satu punca penyebab migrain.Satu kajian telah menunjukkan bahawa Magnesium mampu mengurangkan migrain dan mengurangkan.


OsteMatrix mengandungi Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Ketiadaan vitamin D dalam badan akan mengakibatkan badan tidak mendapat secukupnya hormon calcitriol.Apabila badan tidak mendapat secukupnya hormon ini,maka badan akan mengambil kalsium dari tulang kita yang dah sedia ada.Jadi ini akan menjadikan tulang kita semakin lemah sekiranya.Sebab itu pentingnya peranan Vitamin D dalam kalsium.Dan OsteMatrix mengandungi Vitamin D yang mengcukupi dengan nisbah kalsium dalam setiap biji tabletnya.

OsteMatrix teman baik saya


OSTEMATRIX UNTUK IBU MENGANDUNG


Bagi ibu mengandung yang tidak suka minum susu / tak boleh telan susu tepung,saya sarankan ibu-ibu mengambil OsteMatrix Shaklee kerana ia amat sesuai sebagai pengganti susu (kalsium dalam bentuk tablet).


Bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang secukupnya untuk pembesarannya..Semakin besar baby,semakin banyak kalsium yang diperlukannya..Sekiranya si ibu tidak minum susu/mengambil tablet kalsium, maka baby tersebut akan menyerap kalsium dari tulang si ibu untuk memenuhi keperluan kalsiumnya.Ini menyebabkan si ibu akan mengalami sakit gigi,kekejangan otot,lenguh2 kaki dan sakit pinggang berikutan badannya yang semakin kekurangan kalsium.Oleh itu,ibu mengandung amat memerlukan jumlah kalsium yang lebih banyak berbanding keadaan biasa.


Selain itu,OsteMatrix juga boleh membantu boosterkan susu ibu.Ia akan membantu membanyakkan susu secara tak langsung.


Kalsium dan vitamin D sangat sesuai untuk mencegah dari masalah osteoporosis.Golongan yang sesuai mengamalkan OsteMatrix ialah :

1.Ibu mengandung
2.Ibu menyusu
3.Warga emas
4.Individu yang sering mengalami kekejangan otot
5.Individu yang mengalami senggugut
6.Individu yang retak/patah tulang semasa kemalangan
7.Individu yang sentiasa kepenatan
8.Individu yang berkerja dalam sektor pembinaan


KELEBIHAN TABLET KALSIUM OSTEMATRIX SHAKLEE UNTUK IBU MENGANDUNG


TIDUR LEBIH LENA
Bagi ibu yang mengalami kesukaran tidur semasa mengandung akibat perubahan yang dialami, pengambilan OsteMatrix dapat mengatasi masalah seperi kejang otot,cramp kaki,sakit pinggang,simpul biawak.Ramai yang telah mencuba OsteMatrix dan mengatakan bahawa tidur malam mereka lebih lena dan bangun pagi dengan cergas.


TIADA MASALAH SEMBELIT
Ibu mengandung biasanya akan dibekalkan dengan tablet iron untuk menaikkan paras HB darah.Tetapi pengambilannya akan menyebabkan sembelit.Tambah-tambah sekiranya si ibu kurang mengambil air kosong.Apabila perut kian membesar,ia akan menekan bahagian usus menyebabkan kesukaran untuk membuang air besar.Kandungan OsteMatrix Shaklee akan memberikan kesan melembutkan najis dan kesannya para ibu dapat membuang dengan senang.


PINGGANG TAK SAKIT
Apabila perut semakin membesar,maka bebanan ke atas pinggang semakin bertambah.Kekurangan kalsium akan menyebabkan si ibu mengalami sakit pinggang,cramp kaki dan lenguh2 badan.Pengambilan OsteMatrix yang konsisten setiap malam sebelum tidur akan membantu ibu-ibu mengatasi masalah ini.


BANTU MUDAHKAN BERSALIN
Semas proses kelahiran,rahim akan mengalami penguncupan/contraction untuk menolak bayi keluar.Pengambilan kalsium yang mengcukupi akan mengurangkan kesakitan semasa contraction kerana kalsium itu akan mengurangkan cramp otot2 rahim tersebut.Untuk mendapatkan bekalan kalsium yang mengcukupi para ibu disarankan mengambil 4 biji OsteMatrix setiap malam sebelum tidur.

American Institute for Prevention Medicine telah membuat kajian ibu hamil perlu mendapatkan kalsium,magnesium dan air yang mengcukupi bagi mengatasi masalah sakit pinggang ketika hamil.Kalsium dan magnesium sangat penting kerana boleh membantu memelihara saraf normal,yang mana saraf inilah yang akan mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita.Kalsium juga penting untuk proses kelahiran yang memerlukan otot-otot badan berkerja keras terutama semasa proses meneran nanti.
sumber  Umm.Edu 



FAKTA :Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya terhadap badan kita.99% kalsium di simpan pada tulang dan gigi.Manakala 1% lagi berada dalam darah.Kalsium dalam darah adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan sempurna.Apabila seseorang tidak mendapat kalsium yang mengcukupi,maka kalsium dari tulang dan gigi akan diambil untuk memastikan perjalanan darah berjalan baik.Sekiranya seseorang itu tidak minum susu/ambil tablet kalsium maka kepadatan tulang akan merosot mengakibatkan osteoporosis dan sakit gigi.


FAKTA : Setiap tablet OsteMatrix mengandungi 250mg Kalsium. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari.Namun kalsium tidak akan memberikan kesan yang baik sekiranya diambil dengan kuantiti 1000 mg sekaligus


Sakit pinggang akibat perut yang semakin membesar

Simpul biawak di tapak kaki

Sembelit akibat tekanan ke atas usus

Cramp kaki


OsteMatrix mengandungi 120 biji tablet



Jadual menunujukkan keperluan kalsium mengikut peringkat usia

Mahukan dapatkan OsteMatrix dan perundingan percuma serta eksklusif ?


Hubungi saya Health & Beauty Consultant anda 017 854 5086 




KLIK SINI UNTUK KENAPA SEMBELIT

KLIK SINI UNTUK OSTEMATRIX ATASI MASALAH SAKIT PINGGANG



Tuesday, 4 November 2014

MINYAK IKAN : Meningkatkan Kecerdasan Otak Anak

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Saya teringat masa kecil-kecil dulu,ayah saya selalu beli ikan bila dia balik dari kerja.Boleh dikatakan setiap hari dia beli ikan.Ayam tu jarang sangat..seminggu sekali je dia beli...Dia cakap kena makan ikan banyak-banyak untuk pandai...masa tu saya tak paham kenapalah kena makan ikan untuk jadi pandai...Dah lah saya tak suka makan ikan...sebab fobia tercekik tulang ikan...huhhu

Bila dah jadi ibu ni,baru saya tahu rupenya ikan merupakan sumber DHA dan EPA yang tinggi untuk keperluan otak...Jom ikuti kupasan saya tentang khasiat ikan untuk perkembangan otak anak-anak..


Faktor paling penting yang mempengaruhi perkembangan otak anak ialah faktor keluarga dan kemampuan otak anak itu sendiri.Untuk memaksimumkan kemampuan otak,ransangan sel-sel otak amat penting untuk menjadikan mereka bijak,cerdas, dan meningkatkan prestasi belajarnya.Omega-3 (DHA&EPA) merupakan asid lemak yang sangat penting untuk membangunkan sel otak dan perkembangan mindanya kerana omega-3 berfungsi mengangkut nutrisi ke otak.Oleh itu,untuk menjadikan anak-anak bijak dan aktif,para ibu bapa haruslah membekalkan omega-3 dengan secukupnya supaya sel-sel otak mereka dapat berhubung dengan pesatnya. Dan tahap keperluan DHA adalah berbeza bagi setiap peringkat umur.


DHA sangat penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi dan kanak-kanak.Ia  juga menyokong perkembangan mental kanak-kanak dan orang dewasa.Ada kajian menyatakan bahawa kekurangan DHA boleh mengakibatkan masalah mental,mood tak stabil samada kanak-kanak mahupun dewasa.


Bagi bayi yang exclusive breastfeeding (biasanya 6 bulan ke bawah),DHA tambahan tidak diperlukan secara terus tetapi ibu yang menyusukan perlu mengambil 400mg atau lebih sumber DHA setiap hari samada melalui pengambilan supplement ataupun sumber makanan lain..


Manakala bagi bayi yang menyusu dengan susu formula (1 tahun  ke atas), mereka memerlukan 100mg DHA setiap hari.Pada usia ini ibu2 boleh menyediakan diet makanan kepada mereka berasaskan ikan/bijirin/yogurt/telur/susu dan sumber2 makanan yang lain.Pengambilan DHA yang cukup pada usia ini memastikan koordinasi tangan dan mata yang lebih baik di usia 2 tahun berbanding bayi yang tidak mendapat cukup DHA.


Bagi kanak-kanak yang berusia 2-5 tahun,mereka memerlukan 200mg DHA ataupun lebih sehari.Pengambilan DHA pada usia ini penting untuk perkembangan mental mereka.Ada kajian yang menunjukkan kekurangan DHA pada usia ini akan membawa kepada lemahnya daya berfikir,masalah penglihatan dan kemurungan.


Keratan akhbar tentang kepentingan DHA kepada otak bayi




Keratan akhbar bertajuk "Minyak ikan bantu kanak-kanak cepat membaca"





Testimoni 1:Adik lelaki suka membaca dan suka mengeja selepas amalkan Minyak Ikan Omega Guard


OMEGA GUARD SHAKLEE MINYAK IKAN TERBAIK UNTUK ANAK ANDA

1.Kandungan Omega-3nya (DHA&EPA) tertinggi berbanding jenama lain




2.Penyulingan selamat dan mengikuti taraf piawaian farmaseutikal




Dapatkan sekarang MINYAK IKAN OMEGA SHAKLEE untuk anak anda..


IBUBAPA BIJAK MELAHIRKAN ANAK BIJAK

ANAK ASET TERPENTING IBUBAPA

MASA DEPAN MEREKA DITANGAN IBUBAPA

JADILAH IBUBAPA PRIHATIN..


HUBUNGI Salihah 017 854 5086