Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum dan apa khabar anda semua?
Saya doakan semuanya sihat sejahtera semua..Aamiin
Baiklah..memandangkan saya telah terlibat dengan Perniagaan EMAS,so saya berasa bertanggungjawab untuk menulis dan berkongsi maklumat dengan anda semua tentang pengiraan ZAKAT EMAS..
Untuk pengetahuan semua,EMAS dan PERAK adalah kategori logam berharga yang DIWAJIBKAN ZAKAT apabila cukup haul dan nisab.
*Haul = Masa setahun (mengikut tahun Hijriah)
*Nisab = Nilai Berat
Kenapa dikenakan zakat?
Sebagaimana diketahui umum,sejak dari dahulu sampai sekarang,EMAS dan PERAK merupakan logam yang sangat berharga dan menjadi sumber kekayaan seseorang.Oleh itu,menurut pandangan Islam,ia mesti dikenakan zakat sama seperti sumber-sumber kekayaan yang lain.
Syarat-syarat wajib Zakat Emas :
1.Pemiliknya Islam
2.Cukup Haul
3.Cukup Nisab
4.Milik yang sempurna
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”
(At- Taubah; ayat 34-35)
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya.
-Riwayat Muslim-
ZAKAT EMAS dikira dalam dua keadaan :
1.Zakat Emas yang tidak dipakai (disimpan)
2.Zakat Emas yang dipakai
1.ZAKAT EMAS TIDAK DIPAKAI (DI SIMPAN)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam masa setahun (haul). Jika nilai emas
tersebut menyamai atau melebih 85 gram (nisab).....maka wajib keluarkan zakat sebanyak 2.5%
Contoh:
Zainab memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa yer) dan
telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = (RM160 x 100gram) x 2.5%
= RM 400
2. ZAKAT EMAS YANG DIPAKAI
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya..Tetapi jika ia melebihi 'uruf', maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas LEBIHAN daripada nilai uruf tersebut. Nilai yang dikira ialah nilai semasa emas ...tidak termasuk batu perhiasan
*Uruf = Nilai kebiasaan pemakain emas bagi wanita di sesebuah tempat
Contoh :
Mariah bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Mariah bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Berat emas yang dipakai ialah 250 gram.
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:= 250 gram – 150 gram (uruf)= 100gram
Jumlah zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)= RM392.00
NILAI URUF BAGI NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
- Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
- Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
- Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
- Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
- Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
- Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
- Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
- Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
- Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
- Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
- Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
- Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
- Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
- Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber :Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)
Rujukan saya:
1.Ustazah Dariah Bt Mustaffa (Sek Keb ChiCha Menyabong)
2.Imam Masjid Kampung Telaga Bata
3. http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/pengiraan-zakat-emas-dan-perak/
4.http://www.zakatkedah.com/ilmu-zakat/jenis-zakat/zakat-emas-perak/
4.http://www.zakatkedah.com/ilmu-zakat/jenis-zakat/zakat-emas-perak/