Selamat Datang Ke Blog Salihah

Selamat Datang Ke Blog Salihah

Wednesday 29 October 2014

CEGAH DENGGI DENGAN SERAI WANGI

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum sahabat-sahabat saya?Alhamdulillah...pagi ni diberi kesempatan masa untuk menulis sementara princess solehah sedang tidur...pagi ni saya nak ceritakan sedikit tentang tumbuhan serai wangi yang digunakan untuk menghalau nyamuk dan serangga.


Nyamuk memang tak kan dekat punyer bila terbau serai wangi ni..sebab nyamuk memang allergik sangat dengan bau ni...hihihihi


Syarikat Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd (KBC) ada mengeluarkan produk Minyak Aromaterapi yang merupakan campuran Serai Wangi dan Minyak Kelapa Dara..Jom ikuti cara menggunakan Minyak Aromaterapi ini..






CARA PENGGUNAAN


>> Untuk Menghalang Gigitan Nyamuk <<
1. Minyak Serai Wangi @ Lemongrass
2. Sapukan ke bahagian badan yang tak mau digigit nyamuk 
AWAS : ELAKKAN DARIPADA TERKENA MATA, KENING dan BAWAH MATA.


>> Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah <<
1. Titiskan minyak aromaterapi tersebut ke cebisan kain. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk. 


>> Untuk Berurut <<
1.Boleh juga untuk buat minyak urut sebab keberkesanannya untuk mengatasi masalah kebas,lenguh,gigitan serangga dan kembung perut


Diperkaya juga dengan Minyak Kelapa Dara kerana ia kaya dengan vitamin E yang akan melembapkan kulit anda.


Mahu dapat kan Minyak Aromaterapi ini?


RM15 SEBOTOL


Hubungi saya 017 854 5086


LIKE PAGE : Butik Sihat+Cantik


*Produk Syarikat Bumiputera
*Mendapat pengiktirafan Good Manufacturing Practices (GMP)

Tuesday 28 October 2014

Cuaca Panas Terik :Vitamin C memperkuatkan antibodi

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..hari ni bersiaran dari kampung halaman di Kelantan.saya stay seminggu di kampung sebab suami kena pergi kursus seminggu di Pahang..tak berani pulak nak duk 2 beranak di Perak tu...

Hari ni nak bercerita pasal kes shopping di Rantau Panjang masa hari Sabtu minggu lepas...Punyerla semangat sakan nak shopping,kami bertolak dari rumah pukul 8 pagi lagi..sebab kononnya nak shopping sebelum matahari panas terik...perjalanan dari rumah ayah saya ke Rantau Panjang ambil masa setengah jam...Lebih kurang pukul 9 kami dah sampai Rantau Panjang...

So ape lagi,start shopping la kami..Yang paling excitednya suami saya lah...shopping jeans dan jersi..memang dua barang tu lah dia akan cari setiap kali pergi Rantau Panjang...hihi..Nak dijadikan cerita sekarang ni Rantau Panjang dah berwajah baru...abes semua kedai beralih tempat...saya dan suami dah pening dah nak cari kedai yang selalu kami pergi sebelum ni...so,ape lagi..tawafla kami dari hujung sana ke hujung sini,ke sana ke mari semata-mata mencari kedai febret kami tu...panas tu memang panas membahang..panas terik...rasa berpinar bijik mata..tapi shopping punyer pasal..gagahkan la jugak diri ni ..abes 2 botol air mineral saya sorang minum..hihihi

Shopping sampai tak sedar rupe-rupenya dah pukul 12 kami kesana-kesini mencari barang-barang shopping...saya dapat rasa kulit muka saya memnag sunburn la...sebab memang cuaca hari tu memang panas sangat...panas terik...

Dah setel shopping kami bertolak balik ke rumah..waaa...masuk kereta saya minum lagi air mineral sebotol kecil tu..Syerlin pon sama...abes sebotol susu diminumnya...Suami saya pulak beli air dalam peti ais kat kedai...sebab nak minum ais dalam cuaca panas-panas gitu...

Sampai je kat rumah,saya dan suami terus telan sebijik Vitamin C Shaklee...sebabnya saya yakin vitamin C boleh elakkan saya dari terkena demam...Selepas tu bancuh pulak perfomance drink se jug besar campur ais..perggghhh...nikmatnya terasa...

Esok pagi2 lagi saya dan suami telan lagi vitamin C sebijik...dan Alhamdulillah,kami tak kena demam atau selsema walaupun berpanas terik seharian semalam...

So saya sarankan sangat2 sesiapa yang berkerja bawah terik matahari..sila lah amalkan vitamin C sebab vitamin C akan menguatkn antibodi badan daripada senang demam dan selsema..Vitamin C memang vitamin kegemaran saya...Apabila rasa je nak demam saya cepat2 telan sebijik...memang tak sempat demam kuat dan cepat je sembuh....

Okay lah dulu yer setakat ni.Actually,nak cerita lagi tapi memandangkan Syerlin dah bangun ni,saya kena stop la dulu yer...nnt ada masa saya ceritakan tentang rawatan muka pulak akibat sunburn tu okeh...




Monday 27 October 2014

Kencing Kotor dan Cara Rawatan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat2 saya semua?sihat semua kah?Alhamdulillah masih lagi diberi rezeki kesihatan untuk terus melakukan aktiviti-aktivit seharian...Masa duk chatting dengan kawan tadi..dia ade bertanyakan tentang KENCING KOTOR...jadinya saya share kat sini lah apa yang saya research dari beberapa website doktor-doktor perubatan tentang kencing kotor...nanti saya link kan website diorang kat sini yer..


APAKAH KENCING KOTOR

Kencing kotor adalah jangkitan yang biasa berlaku terutama dikalangan wanita yang berumur antara 20-50 tahun. Kuman berasal dari kulit dubur,faraj atau lubang dubur..Kuman bergerak merentasi uretra dan pundi kencing.Ia akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter.Apabila berlaku jangkitan kuman,pundi kencing akan menjadi bengkak dan radang.

Oleh itu para wanita diminta berhati-hati apabila membersihkan kemaluan selepas membuang air kecil atau besar.Punca yang biasa di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan sedemikian akan menggalakkan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.

Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing kotor.Oleh itu saya menyarankan agar selepas berjimak haruslah membuang air kecil.Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

(diambil dari website  http://drzubaidi.com/blog/bahaya-kencing-kotor-bagi-ibu-hamil/ )


BAGAIMANA MERAWAT KENCING KOTOR

1.Pastikan minum air dengan banyak...paling minimum 3L sehari...semakin kerap anda membuang air kecil semakin banyak bakteria dikeluarkan dari saluran kencing...ini akan mengelakkan bakteria merebak dengan cepat.Bagi memastikan anda minum air yang mengcukupi,sila perhatikan warna air kencing anda..Sekiranya air kencing putih jernih itu menandakan badan anda telah mendapat air yang mengcukupi.Sekiranya air kencing berwarna kekuningan,itu menandakan badan anda kekurangan air.

2.Jangan tahan kencing apabila terasa ingin kencing.Tabiat menahan kencing menyebabkan pundi kencing akan penuh dan bakteria lagi senang merebak.

3.Bagi ibu yang baru lepas bersalin,pastikan miss V anda sentiasa besih dari darah nifas..pastikan pad sentiasa bertukar setiap 4 jam sekali.Jangan biarkan melebihi 4 jam kerana darah nifas mengandungi bakteria dan ia akan termendap di pad. Bakteria cepat merebak dalam keadaan lembap.

4.Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

5.Kepada mereka yang mudah mendapat kencing kotor berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan

6.Memakai pakaian dalam dengan longgar supaya pengudaraan berjalan lancar.Dan pakaian diperbuat dari kapas kerana ia dapat menyerap peluh dan kelembapan.

7.Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan kencing kotor, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

8.Elakkan mengambil makanan manis yang manis dan minuman berkafein.

9.Pastikan anda mengambil VITAMIN C (250mg-500mg), Beta-Carotene (25,000-50,000 IU), dan Zinc (30-50mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika antibodi anda lemah.


Minum air putih minimum 3L sehari


Jangan tahan kencing

Kredit to :    http://drzubaidi.com/blog/bahaya-kencing-kotor-bagi-ibu-hamil/

Sunday 26 October 2014

MEMBERI ADALAH MENERIMA

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih  lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.Hari ni saya ingin menulis tentang konsep " MEMBERI "..Jika difikir secara logik akalnya,setiap kali kita memberi pasti ia akan semakin berkurang kan? contohnya..Kita ada RM10 dan kita beri duit RM3 kepada anak kita so,sudah pastilah duit tersebut akan berkurang menjadi RM7 kan....betul tak?....Ini lah rumus matematik kita...



TETAPI rumus matematik MEMBERI oleh Allah terbalik tau....semakin kita memberi semakin bertambah malah berganda-ganda pulak tu...Pelik kan?..Banyak sekali dalam Al-Quran menunjukkan bahawa PEMBERI kebaikan akan menerima kebaikan,bahkan berlipat ganda dengan bonus yang luar biasa...yang kita sendiri tak terfikir dari mana datangnya ganjaran-ganjaran itu.MEMBERI dalam Islam disebut dengan pelbagai istilah..zakat,infak,sedekah,amal soleh,derma dan seumpamanya.

PEMBERIAN juga bukan dikira dari segi wang ringgit sahaja tetapi dengan pelbagai cara seperti BERI ilmu,pertolongan,senyuman,nasihat dan sebagainya...Kalaupun kita kekurangan wang ringgit tetapi kita masih boleh MEMBERI mungkin dengan keringat tenaga,ilmu,nasihat..

Sebagai contoh hartawan mungkin dapat MEMBERI wang yang banyak untuk didermakan manakala seorang cikgu pula kekurangan wang tetapi penuh ilmu didadanya..Cikgu tadi masih lagi boleh MEMBERI dengan ilmu yang dimilikinya..memberi tuisyen percuma kepada penduduk kampung yang tak mampu...memberi kelas percuma kepada muridnya yang lemah dalam pelajaran,....haaa..kan luas konsep MEMBERI tu...jangan disempitkan kepada wang je taw...

Dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa SENYUM ITU SEDEKAH..Ini menunjukkan memberi senyuman pun akan diberi ganjaran oleh Allah...berupa pahala..Mungkin pahala itu dalam bentuk kegembiraan,kepuasan hati,rasa tenang jiwa,rasa lapang dada kepada si pemberi senyuman..









MATEMATIK ALLAH

Dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa setiap 1 kebaikan akan dibalas 100 berlipat kali ganda.Nampak tak....Allah berikan ganjaran 100 atas setiap pemberian kita. Analoginya,kita beri RM1 kepada orang lain then Allah akan bagi RM100 kepada kita..Kalaulah Allah bagi cash on the spot ganjaran tu rasanya ramai yang akan MEMBERI/BERSEDEKAH...betul tak?

Perasan tak..setiap kali MEMBERI pasti ada timbal baliknya iaitu MENERIMA.Kita je yang tak perasan bahawa kita sebenarnya MENERIMA balik atas setiap PEMBERIAN kita. Cumanya Allah sembunyikan dahulu ganjarannya sama ada secara cepat atau lambat ataupun di akhirat kelak..

Wallahu A'lam..








Saturday 25 October 2014

TIPS MELATIH MINDA POSITIF

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


Assalamualaikum sahabat2ku sekalian...Hari ni saya bersiaran dari kampung halaman di kelantan...Nyamannya udara apabila bangun pagi-pagi buka tingkap....angin segar sepo-sepoi bahasa meniup muka...oksigen di kampung nyata berbeza dari bandar..hihihi...

Baik lah...since "happy mode" pagi-pagi lagi ni..saya rasa nak menulis tentang minda..
MINDA kita...macam mana nak latih minda jadi POSITIF sentiasa...






Mengikut pakar psikologi Matthew Della,perkara negatif akan lebih cepat diserap dan berkembang di dalam minda.So,untuk membantu dan melatih  minda supaya sentiasa BERFIKIRAN POSITIF jom ikuti tips di bawah ini...


1.Jika perkara negatif datang, maka cepat-cepat fikirkan perkara POSITIF supaya minda kita dapat neutralkan balik perkara negatif yang dah berada dalam minda kita tu.


2.Sentiasa tuliskan perkara POSITIF yang ada dalam diri kita dalam sebuah buku catatan supaya apabila perkara negatif singgah,kita cepat2 dapat rujuk perkara POSITIF dalam buku tu.

Contohnya :

Aku seorang yang kuat berkerja
Aku seorang yang rajin
Aku seorang yang komited dalam kerja
Aku pandai tarik hati pelanggan
Aku peniaga yang bijak
Aku seorang yang mesra
Aku seorang yang pandai bahagi masa
Aku pandai promote produk aku
Aku pandai yakinkan orang supaya yakin dengan aku


Dan apabila singgah perasaan negatif seperti :

"Aku tak pandai la nak yakinkan customer...aku explain punyerla panjang lebar,diorang tak beli pon."

maka cepat2 tukar ayat tu kepada 

"AKU SEORANG YANG BERYAKINAN TINGGI..AKU YAKIN CUSTOMER TU AKAN BELI DENGAN AKU WALAUPUN BUKAN HARI NI..SEBAB AKU PANDAI EXPLAIN"


3.Pakar psikologi menyarankan supaya kita rujuk catatan POSITIF itu setiap kali sebelum tidur.Kerana minda bawah sedar sewaktu itu,akan lebih mudah menyerap dan bertindak mengikut apa yang diucapkan.


Sekian untuk perkongsian ringkas dari saya..Walaupun ia nampak senang sangat tapi impaknya cukup besar terhadap sikap dan pemikiran kita.

Selamat mengamalkannya ;)


>FIKIRAN POSITIF AKAN MENARIK PERKARA POSITIF<

Friday 24 October 2014

Kenapa Sembelit ?

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..semoga semuanya sentiasa sihat dan dalam rahmat dan kasih sayangNYA..

Pagi tadi semasa kemas suratkhabar2 yang bersepah kat dapur tetiba mata saya terpacak pada satu artikel dari Utusan Malaysia bertarikh 4 Oktober 2014...tajuknya berbunyi "Kenapa Sembelit"..dalam hati rasa macam nak copy paste je masuk sini supaya korang yang terlepas pandang surat khabar hari tu boleh baca kat sini...hehehhe








Macam ni arikelnya yer....

Sembelit merupakan satu masalah kesihatan yang jarang dibualkan oleh kita semua.Bagi anda yang mengalami masalah ini,anda sebenarnya tidak bersendirian. Menurut pakar daripada Persatuan Kolon dan Rectum Amerika Syarikat,hampir 80% individu mengalami masalah ini.

Masalah ini berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis merupakan satu gejala dan bukannya penyakit.

Kebiasaannya ia berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat.Mingguan ini.com akan berkongsi punca-punca dan beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini.


KURANG SERAT DALAM DIET
Aspek pemakanan sememangnya memainkan faktor yang paling penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang.Mereka yang mengalami masalah sembelit biasanya disebabkan oleh kekurangan dalam pengambilan makanan yang mengandungi fiber atau cecair.

Oleh itu,lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi serat tinggi seperti buah-buahan,oat dan kacang almond.


KURANG BERSENAM
Kurang pergerakan atau senaman terutama dalam kalangan orang dewasa akan menyebabkan sembelit.Biasanya mereka yang melakukan senaman secara konsisten dan tiba-tiba berhenti melakukan senaman akan diserang masalah ini.

Mengubah tabiat yang biasa dilakukan oleh tubuh badan boleh memberi pelbagai kesan pada badan termasuklah melambatkan proses menghancurkan makanan.Jadi cuba kekalkan amalan gaya hidup sihat yang telah anda amalkan.


PENGAMBILAN UBAT-UBATAN
Kesan pengambilan ubat-ubatan terutama antidepresi dan opiat boleh mengakibatkan sembelit.Jika anda telah melalui pembedahan atau menjalani rawatan jangka masa panjang,hal ini juga boleh mengakibatkan masalah sembelit tapi bukan untuk tahap yang serius.

Apa yang penting,lebihkan minum air masak dan elakkan tubuh badan daripada hidrasi.Jadikan amalan minum air putih sekurang-kurangnya dua liter sehari untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.

*****************************************************************************

Okeh...disini saya ingin bagi cadangan kepada sesiapa yang mengalami masalah sembelit ini...cadangan untuk kanak-kanak dan dewasa




Bagi Kanak-kanak

Saya cadangkan ambil Mealshake...seawal usia setahun ibu-ibu dah boleh bagi kat anak-anak...Mealshake merupakan :

  • Rendah lemak tetapi kaya dengan 19 vitamin utama,protein,fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
  • Fiber yang terkandung dalam Mealshake menjadikan anak-anak lawas membuang.
  • Mealshake ini sebagai alternatif kepada anak yang tak suka telan supplement dalam bentuk tablet.
  • Mealshake boleh dicampurkan ke dalam susu formula anak mengikut nisbah tahap umur anak.
  • Perisa vanilla yang harum pastinya akan menarik selera anak-anak anda untuk menikmatinya.
  • Kandungan vitamin didalamnya sangat lengkap untuk keperluan tumbesaran anak-anak.Ini akan meningkatkan antibodi dan memberikan kecergasan kepada mereka.Menurut ramai ibu-ibu,anak-anak yang diberi minum Mealshake lebih cepat sihat jika terkena demam.
  • Sekiranya ibu-ibu inginkan anak2 sentiasa fokus dan cergas dalam pelajarannya,ibu2 boleh berikan mereka Omega Guard kerana omega Guard mengandungi DHA yang penting untuk perkembangan otak mereka..
Set Kanak-kanak








Bagi Dewasa

Saya cadangkan anda amalkan OsteMatrix,Herb-Lax

OsteMatrix :
  • Mengandungi Kalsium,Magnesium dan Vitamin D
  • Kalsium penting dalam membina tulang dan gigi yang kuat.Selain itu,ia juga membantu menetapkan denyutan jantung,merawat masalah insomnia dan membantu pembekuan darah.Kalsium akan membantu pergerakan usus semasa proses membuang air besar.Oleh sebab itu,kalsium yang mengcukupi penting untuk melawaskan pembuangan air besar.
  • Magnesium pula penting untuk kalsium menjalankan fungsinya.Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang (salah satu faktor penyebab migrain).
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium.Kalsium yang tidak mengandungi vitamin D tidak dapat diserap oleh tubuh dan akan tertinggal sebagai batu di dalam ginjal atau pundi kencing.
  • Ini lah kelebihan Kalsium Shaklee (OsteMatrix) kerana ianya mengandungi Magnesium dan Vitamin D untuk meningkatkan fungsi Kalsium


Herb-Lax :
  • Merupakan kombinasi herba yang digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan supaya anda lawas membuang.
  • Herb Lax berfungsi melembutkan najis dan memudahkan anda untuk membuang.



OsteMatrix


Herb-Lax


Bebaskan diri anda dan anak-anak dari SEMBELIT..anda mampu mengubahnya....
Hubungi saya untuk details yer... 017 854 5086





Thursday 23 October 2014

KEAJAIBAN JURNAL KESYUKURAN SAYA

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Assalamualaikum sahabat2 semua? Dah say Alhamdulillah ke pagi ni?tengah hari ni?petang ni?sekarang? Jom kita sama-sama ucapkan "Alhamdulillah terima kasih Allah" atas apa yang telah kita lalui hari ni...


Hari ni hari ke 46 saya menulis setiap perasaan syukur saya dalam " Misi 40 Hari Jurnal Kesyukuran". Tahu tak begitu banyak perubahan yang saya dapat sepanjang tempoh 46 hari ni...Allahu Akbar..sebelum ni saya tak pernah terfikir pun akan berada dalam situasi sekarang...


Saya harap cerita saya ini akan membuatkan sahabat2 semua sentiasa ingat untuk menzahirkan perasaan syukur kepada Allah walaupun sekecil-sekecil perkara...kalau nak buat list  dalam jurnal kesyukuran saya tu,bukan 5 tapi lebih kesyukuran saya lalui setiap hari..


Contohnya pada 19/9/14...ini yang saya tulis...(sila abaikan tulisan doktor tu yer...)
tak payah nak pikir buat ayat bagai...buat ayat simple jer...yang penting kita nak zahirkan dan terapkan perasaan SYUKUR kepadaNYA atas setiap satu nikmat yang kita dapat hari tu...saya buat setiap hari dan kadang2 lebih 10 tau...hihihihi...




Alhamdulillah bila saya buat setiap hari ni..perasaan RASA TAK CUKUP tu secara automatik menghilangkan diri..seriusly..saya betul2 rasa "Alhamdulillah dengan apa yang saya dah aku dapat hari ni"..


Saya pun tak rasa tertekan walau ada jugak hari yang langsung tak dapat sale...Bila tak dapat sale tu otak saya automatik bertukar jadi macam ni "Alhamdulillah..aku tak dapat sale hari ni...sebabnya esok Allah nak suruh aku bersyukur lebih banyak lagi"..memang tak der rasa kecewa tentang sale...sebab semuanya saya dah serah kepadaNYA..saya dah berpegang dengan
"SEMAKIN BANYAK SAYA BERSYUKUR SEMAKIN BANYAK REZEKI DATANG"


Pernah jugak ada satu hari tu,saya tak dapat sales ...pastu esoknya saya tulis 20 kesyukuran yang saya dapat hari tu....lusanya Alhamdulillah dapat 3x ganda sales...masa tu punyerla kelam kabut pulak saya melayan customer yang semuanya saya tak kenal...memang MAGIC sangat rasanya masa tu...sampaikan menangis sebab semua customer yang PM tu semuanya beli...bukan setakat tanya saje...Allahu Akbar...


Apa yang sangat2 saya perasan ialah rezeki datang dari pelbagai penjuru...mula-mula datang idea untuk buat bisness Minyak Kelapa Dara NutroCoco then selepas tu dapat offer untuk berkerjasama memperomosikan Minyak zaitun+Minyak Kelapa Sawit Merah NutroOlive pulak...Dalam tempoh ni jugak dapat offer dari Pengurus Besar sebuah syarikat di Kelantan untuk berkerjasama mempromosikan produk berasaskan pertanian syarikatnya (syarikatnya dirahsiakan dulu buat masa ni...hihihih..bila da jadi realiti kerjasama ni saya announce okehhhh)....korang tahu tak ape perasaan saya?Allahu Akbar...rasa nak melompat ketung-ketung...sebabnya dalam masa tak sampai 40 hari saya buat jurnal ni macam-macam rezeki datang...Allahu Akbar...DIA Maha Pemberi Rezeki....


Ini yang saya ceritakan rezeki dari segi BISNESS saya la yer...Actually terlalu banyak perkara baru yang saya dapat sejak aplikasikan perasaan kesyukuran ni...(nampak sangat sebelum ni tak pernah bersyukur...ya Allah..ampunkan daku atas kelalaian hambaMU ini)...Saya rasa nak terus menulis Jurnal ni tak kisahlah sampai hari ke berapa ratus pon...asalkan jiwa saya ni cukup kuat untuk mengucapkan dan menghayati erti SYUKUR yang seikhlas-ikhlasnya buat si DIA...



Janji Allah :


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan


 menambah nikmat kepadaMU.Dan jika kamu mengingkari

(nikmatKU),maka sesungguhnya azabKU sangat pedih"

(QS.Ibrahim [14] : 7)


Jom sahabat2ku sekalian...kitajemput/tarik/seru/panggil rezeki kepada kita melalui rasa SYUKUR...In Shaa Allah,rezeki akan berebut2 datang kepada anda..Allahu Akbar..

Tak percaya? Cer try buat lu...pastu PM saya cepat2,kita share pengalaman neh...

klik sini untuk baca  MISI 40 HARI JURNAL KESYUKURAN (hari pertama buat jurnal)

Wednesday 22 October 2014

Ayat-ayat CINTA untuk KEKASIH yang Dicintainya

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...Hari ni saya nak kongsikan tentang patah-patah ayat dalam Al-Quran yang sebenarnya telah banyak merungkai persoalan kehidupan seharian kita...Sudah lama Allah menjawab persoalan,keraguan,keresahan,kekecewaan walaupun sebelum kita hadapinya lagi... Nampak tak besarnya KASIH SAYANG ALLAH kepada kita...
tak minta lagi tapi DIA dah bagi awal-awal


Tazkirah ni saya ambil daripada group Zero to Hero iaitu group ahli-ahli Shaklee..Kami semua bekumpul di bawah satu group untuk sama-sama belajar bukan sahaja ilmu perniagaan tetapi juga ilmu kerohaniaan..boleh dikatakan group Zero to Hero merupakan USRAH kami..setiap hari kami saling memperingati tentang konsep BERBISNESS DENGAN ALLAH...



Jom hayati tazkirah ringkas ini :

Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."

ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)


Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."

ALLAH menjawab : 
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)


Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa..."

ALLAH menjawab : 
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28) 


Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab : 
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)


Ketika kita mengeluh:
“ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."

ALLAH menjawab: 
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)


Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”

ALLAH menjawab:
ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita "
(At Taubah : 40)



 Nampak tak...Allah tak pernah sesekali biarkan kita mengeluh dan menanggung sorang diri..Allah dah hadiahkan kita ayat-ayatnya sebagai PENEMAN dan PENAWAR di kala kita keluh kesah gundah gulana...Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dgn taqwa...


Tazkirah ini disampaikan oleh sahabat saya Master Wan Hasmira Bt Wan Hasan.. ;) 
dan saya kongsikan untuk sahabat-sahabat disini dan yang lain supaya kita sentiasa BERBAIK SANGKA kepada Allah kerana DIA sangat2 sayangkan kita...


>> Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa <<

Scrub Muka Untuk Kulit Kering:Alfalfa+Minyak Kelapa Dara NutroCoco

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum sahabat-sahabat semua?Hari ni cuti Deepavali kan...korang pergi mana cuti hari ni?Saya duk kat rumah je...main2 dengan suami dan anak..hihihi..sambil2 tu sempat scrub muka sekejap pagi tadi masa nak mandi..


Sebenarnya dah dua minggu saya amalkan scrub muka guna Alfalfa Shaklee dan campur dengan Minyak Kelapa Dara NutroCoco ni..buat 3 hari sekali....Sebabnya kulit saya jenis KULIT KERING...


Kalau kulit BERMINYAK saya tak galakkankan korang campurkan dengan Minyak Kelapa Dara NutroCoco tau...



UNTUK KULIT KERING macam saya

1.Ambil 2 biji Alfalfa kemudian biarkan terendam dengan air sejuk selama 5 minit..Apabila dah lembut hancurkan dengan sudu...

2.Selepas itu,titikkan 2 titis Minyak Kelapa Dara NutroCoco ke dalam alfalfa tadi....

3.Taaarraaa...SIAP..scrub dan urut muka perlahan-lahan selama 5 minit..
kemudian bilas dengan air paip..







UNTUK KULIT BERMINYAK

1.Ambil 2 biji Alfalfa kemudian biarkan terendam dengan air sejuk selama 5 minit..Apabila dah lembut hancurkan dengan sudu...

2.SIAP......scrub dan urut muka perlahan-lahan selama 5 minit...kemudian bilas dengan air paip




Selama 2 minggu duk scrub ni memang rasa beza sangat..sebabnya kulit saya ni jenis KULIT KERING...Dan rasa macam ada pasir-pasir je kat muka (tetapi bukan jerawat )...

Selepas duk scrub alfalfa campur Minyak Kelapa Dara NutroCoco,saya rasa kulit jadi lembut dan halus...rasa berpasir-pasir pun dah tak der...then yang paling ketaranya kulit muka rasa LEMBAP sentiasa walaupun keluar waktu  hari panas...

Sebabnya Minyak Kelapa Dara kaya dengan Vitamin E semulajadi. So ia akan meresap masuk perlahan-lahan menerusi kulit sehingga ke bahagian dalam kulit..Thats why la kulit saya dah jadi LEMBAP sekarang..(LEMBAP tapi tak berminyak hokayyy...)  heeeee...

TAPI kalau KULIT BERMINYAK jangan pula campur dengan Minyak Kelapa Dara yer...dikhuatiri akan menyebabkan sebum berlebihan pada kulit dan menyekat liang pori bernafas,last2 tumbuh jerawat...


Okay korang...setakat ini je untuk hari ni k...2 minggu duk buat R&D kat muka sendiri sebelum kongsi dengan korang...korang try la yer buat scrub ni...
buang daki-daki kat muka tu..bila liang pori dah bersih,korang nak sapu ape2 kat muka pun senang ia nak meresap masuk ke kulit..jangan RISAU dengan bau alfalfa k..sebab baunya WANGI sangat..bau PUDINA...


KLIK SINI UNTUK  PETUA ANJALKAN KULIT WAJAH
KLIK SINI UNTUK CEGAH MASALAH JERAWAT
KLIK SINI UNTUK TIPS MENGHILANGKAN JERAWAT


Rasa nak buat scrub Alfalfa?
Rasa nak beli Minyak Kelapa Dara NutroCoco?
Tapi tak tahu nak beli kat ner?


Jejoms HUBUNGI saya ...017 854 5086..


Tuesday 21 October 2014

VITAMIN C : TIADA LAGI DEMAM+SELSEMA+BERSIN+RESDUNG

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Apa khabar sahabat2 saya semua?Semoga sentiasa sihat dan dilimpahkan rezeki yang seluas-luasnya oleh DIA Maha Pemberi Rezeki...Ameen

Alhamdulillah..hari ni saya nak share tentang pengalaman adik2 saya yang mengamalkan vitamin C




Katanya
" Sekarang ni sejak amalkan vitamin C Shaklee,dah jarang kena selsema dan jarang demam..bangun pagi pun dah tak selsema lagi..kalau tak, sebelum ni senang jer dapat selsema especially bila musim hujan.Dan muka pun dah jarang naik jerawat.." 
-Adik nombor 3 saya-

Masa mula-mula nak try dia beli sebotol dan share dengan adik saya yang seorang lagi (nombor 4)
so setiap sorang dapat 90 biji (ada 180 biji sebotol)...


Dan ini pula testimoni adik saya nombor 4..

" Dia ni ada resdung...setiap pagi akan bersin kuat dan banyak kali...Selepas tu mesti sakit kepala sebab bersin kuat...muka memang akan gatal-gatal..dan senang demam jugak..selepas amalkan Vitamin C,Vitamin B complex dan Alfalfa,resdung dia berkurang..Buktinya muka dah gatal-gatal even makan seafood dan dia kini tak lagi bersin kuat yang menggegarkan otak nya tu "..
-Adik nombor 4 saya-


Alhamdulillah,dengan asbab Vitamin C kini,mereka dah jarang demam dan selsema..Sebagai kakak,mestilah saya gembira sangat dengan perubahan pada diorang...Mak saya pun akui yang sekarang ni dah jarang bunyi bersin setiap pagi...hhihihihi...

Anda nak tahu tak kenapa Shaklee Sustained Release Vita C 500mg ini menyebabkan adik2 saya dah jarang demam? oraippp...jom sama-sama kita baca 


KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE SUSTAINED RELEASE 500mg

  • MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI -Vitamin C kaya dengan antioksidan..Antioksidan ini akan menguatkan sistem pertahanan badan ..Sebab itu,sesiapa yang mengamalkan vitamin C susah untuk demam dan selsema
  • MENCEGAH PENDARAHAN GUSI-pendarahan gusi disebabkan oleh kekurangan vitamin C..Cuba tengok setiap kali berus gigi,gusi anda berdarah ke tidak..Sekiranya berdarah itu menandakan badan anda kekurangan vitamin C.
  • MEMBENTUK KOLAGEN-Vitamin C menolong pembentukan kolagen di dalam badan anda..kolagen akan semakin berkurang apabila umur semakin  meningkat...Kolagen bukan setakat untuk kulit tetapi kolagen ialah asas kepada pembentukan otot,tisu dan gusi.
  • MENCANTIKKAN KULIT-Pengambilan vitamin C setiap hari mampu menolong memudarkan parut jerawat.jeragat dan mencegah jerawat daripada tumbuh di wajah.Jadi tidak hairanlah sekiranya ramai yang sanggup berbelanja besar untuk mengambil SUNTIKAN VITAMIN C.Saya nasihatkan,sekiranya tiada bajet untuk suntik vitamin C,amalkan je makan vitamin C setiap hari.Walaupaun mengambil masa,tapi kesannya kulit akan kelihatan cantik,dan pigmentasi akan hilang..PERCAYA LAH...
  • MEMERANGI KANSER-Vitamin C merupakan satu-satunya antioksidan yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dengan meransang pengeluaran T-cell untuk melawan sel kanser.
  • MENGATASI INSOMNIA-Vitamin C dapat menghilangkan tekanan dan penyakit susah tidur kerana ia dapat memberikan kelegaan kepada mental dan fikiran
  • MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN  LUKA-Disarankan sangat-sangat sesiapa yang mengalami luka ataupun menjalankan pembedahan supaya mengamalkan vitamin C kerana vitamin C meransang pembentukan sel-sel baru..Perasan tak,doktor akan sarankan pesakit makan buah oren banyak-banyak untuk cepatkan pulih luka...Masa bersalin caeserean dulu,saya amalkan vitamin C setiap hari untuk pulihkan luka pembedahan..Alhamdulillah,masa berpantang luka tempat operation cepat sembuh dan kering.
  • MENCEGAH ULSER MULUT-ini masalah utama saya sejak dari dulu lagi...apabila musim panas saya senang dapat ulser mulut.Tapi sekarang,NO MORE ULCER...konsepnya sama jugak dengan mempercepatkan penyembuhan luka...Apabila anda kena je ulser,cepat2 telan sebijik ulser sehingga lah ulser tu hilang.





KENAPA PERLU PILIH Shaklee Sustained Release Vita C 500mg?

>> Ia bertindak dengan melepaskan vitamin C secara perlahan-lahan selama 5 jam yang dikenali sebagai "SUSTAINED RELEASE"

>> Vitamin ini membekalkan 500mg Vitamin C bersamaan 7 biji setengah buah oren

>> Mengandungi Bioflavinoid (120mg)..ia bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penyerapan vitamin C oleh sel badan.

>> SEMULAJADI ,tiada pewarna tiruan,tiada perasa tiruan sebab itu vitamin C ini rasanya masam-masam..sebab tiada pemanis.

>> Tiada pembaziran kerana semua Vitamin C digunakan oleh badan sebab ia dilepaskan secara perlahan-lahan setiap masa untuk memenuhi keperluan badan.

>> Tidak mengandungi 'silica gel' kerana vitamin C semulajadi tidak memerlukan silica gel untuk mengelakkan ia dari teroksida..(cuba compare dengan brand lain di pasaran)







TAHUKAH ANDA??

  • Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri. Contohnya Arnab mampu menghasilkan 18,000mg vitamin C sedangkan manusi tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. 
  • Vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita (berpelu,air kencing). Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C tidak memberi kesan toksik. 
  • Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah ranum. Tetapi kandungan vitamin C tersebut akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Untuk sebarang pertanyaan tentang Vitamin C ini, hubungi jer saya di 017 854 5086

HARGA RM 92 untuk 180 BIJI...

JIMAT TAK ???



Saturday 18 October 2014

Tips turunkan Kolesterol Jahat:Penyebab Sakit Jantung

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Hari ini tok mak dan tok abah Syerlin datang rumah...rindu kat Syerlin agaknya kot...cik Cah pun datang sekali....So,mama dari semalam lagi duk berfikir nak masak apa la ek masa diorang sampai tu...mungkin malam la kot baru sampai....cik Cah memang da tak sentuh nasi malam-malam buta...tok mak dan tok abah pun makan nasi siang je...So,papa cadangkan buat je bihun sup...tulang dan daging lembu raya haji baru-baru ni banyak lagi dalam peti...tak terusik sangat pun...sebab saya dan suami kurang makan daging...


Bila bawak keluar tulang dan daging lembu tu...dalam hati terdetik..."mak aiii...banyaknya lemak"...bertempek-tempek kat tulang dan daging...kalau tak masak hari ni,bila lagi nak masak...masa ada tetamu ni lah kita masak...


Bila tengok lemak yang bertimbun-timbun tu,saya cepat2 ambil pisau dan kikis lemak2 tu...eeee...tak rela ai nak telan lemak ni...kikis punyer kikis,dapatla satu mangkuk besar lemak...huh...banyak sungguh...


Boleh dak korang imagine macam manalah rupe lemak duk bertempek2 dalam badan kita ek?
Boleh tersumbat salur darah macam ni...huhuhhu..

tulang dan daging lembu korban raya haji

So,untuk mengelakkan salur darahku tersumbat,saya dah standby awal-awal Phytocol-st, Omega Guard, Alfalfa, Minyak Zaitun NutroOlive...(Actually,dapur saya dah macam "farmasi" dah...banyak sangat supplement tersusun rapi..hehehe)....


Apabila setiap kali makan benda berlemak/bersantan/seafood saya wajib telan mereka ni..sebabnya fungsi mereka adalah untuk SERAP, BAKAR,  dan FLUSH KOLESTEROL keluar..oraiippp...saya akan ceritakan details satu persatu kat bawah ni okeh..








Salur darah/pembuluh arteri yang tersumbat oleh Kolesterol Jahat yang termendap



SERAP KOLESTEROL

Phytocol -st berfungsi MENYERAP kolesterol daripada meresap masuk ke dalam salur darah..Sebenarnya kolesterol terbahagi kepada dua jenis,iaitu kolesterol JAHAT (LDL)dan kolesterol BAIK (HDL)..Kolesterol JAHAT akan mendap dalam salur darah dan akan menyempitkannya...Lama kelamaan salur darah akan TERSUMBAT dan terjadilah STROK,ANGIN AHMAR,PEMBULUH DARAH PECAH.(penerangan paling senang faham)

So,dengan pengambilan Phytocol-st ini, ia akan  MEMBANTU MENGAWAL KANDUNGAN KOLESTEROL JAHAT di dalam salur darah..Oleh itu ia akan menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.


BAKAR KOLESTEROL

Omega Guard terdiri daripada omega-3 yang akan menjadikan badan kita seperti "MESIN PEMBAKAR LEMAK"...saya analogikan macam ni supaya anda senang faham peranannya...Kajian di Jepun menunjukkan bahawa omega-3 mampu mencegah pembentukan lemak dan dalam masa sama membakar lemak penyebab kolesterol...


FLUSH KELUAR KOLESTEROL

Dalam satu kajian klinikal,Alfalfa terbukti dapat MENYINGKIRKAN lemak dan kolesterol apabila diambil secara berterusan dalam jangka masa panjang.Ini kerana alfalfa merupakan AGEN DETOKS. Apabila anda mengambil alfalfa anda diwajibkan untuk minum air dengan banyak (nisbah 1L air : 25kg berat badan anda) supaya proses detoksifikasi berlaku dengan lancar...


MINYAK ZAITUN NUTROOLIVE

Salah satu khasiat daripada beribu khasiat minyak zaitun ialah ia kaya dengan vitamin E yang berfungsi membantu merendahkan kolesterol JAHAT..Ramai pakar sains mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi kolesterol jahat yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung.Kajian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat sedikit berbanding penduduk negara lain.

Saya gorengkan rempah ratus sup dengan minyak zaitun NutroOlive dan saya campurkan satu sudu besar ke dalam sup setelah sup diangkat dari api.

*********************************************************************************

Cara Makan :

>>Telan sebiji Phytocol-St setengah jam SEBELUM makan
>>Telan sebiji Omega Guard SELEPAS makan
>>Telan 3 biji Alfalfa selepas makan
>>Setiap kali memasak/menggoreng saya gunakan Minyak Zaitun NutroOlive


So dengan cara inilah saya memerangi KOLESTEROL JAHAT dalam badan saya supaya ia tidak menyumbatkan saluran darah saya....





SAYA SAYANG JANTUNG SAYA...

ANDA BAGAIMANA?

Mahu dapatkan Supplement Turunkan Kolesterol?

Hubungi saya di

017 854 5086





Friday 17 October 2014

LEBATKAN RAMBUT BAYI :Petua warisan nenek moyang

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apa khabar sahabat2 sekalian...sihatkah? Hari ni saya nak kongsi testimoni anak dara saya sendiri...Syerlin...14 bulan...

Syerlin masa lahir rambut dia sikit jer..tidak termasuk dalam kategori rambut lebat..dan rambut dia warna keperang-perangan...bab rambut ni memang dia 100% ikut genetik mama dia..heee....rambut sikit+halus+lurus bak direbonding+warna perang kemerahan...

Selepas hari ke40,mama dan papanya membotak selicin-licinnya kepala anak daranya tu...Selepas itu,papa cakap "Nanti papa belikan minyak kelapa dara kat tempat kerja papa...mama sapukanlah kat rambut baby"...

Mama memang da niat nak sapukan minyak kelapa dara kat kepala Syerlin..sebab mama dah tahu khasiatnya untuk rambut..(mama kan kerja sebagai Perunding Kesihatan dan Kecantikan produk Minyak Kelapa Dara dolu2..hihihi)

Tapi mama tak sapu terus minyak kelapa kat kepala Syerlin...mama tunggu rambut dia tumbuh sket2 dulu...umur dia 3 bulan baru mama sapu...itupun sapu selang 3 hari sekali..sapu nipis-nipis jer...kasi lembap2 gitu jer...dan kerak kepala pun senang je tanggal..

Seingat mama,masa Syerlin umur 6 bulan dah nampak rambut dia tumbuh lebih banyak compare masa awal dia lahir...yang perasannya nenek dia lah...nenek cakap "ehhh...Syerlin dah ada rambut la".....hihhihi...(nampak sangat sebelum ni tak der rambut)..

Mama dah lupa bila, mama ada cakap kat papa yang raya puasa ni harapnya dapatla mama toncit2kan rambut syerlin...maklumla anak dara..mamanya pulak terlebih2 excited nak pesen-pesenkan rambut si anak...

Masuk umur dia 10 bulan mama dah konsisten sapu minyak kelapa dara kat rambut Syerlin...2 hari sekali..Selepas mandi mama biarkan rambut dia kering sekejap,then terus sapu minyak kelapa tu...masa ni mama perasan rambut Syerlin dah warna hitam..bukan perang kemerahan...dalam hati..."naseb baik da bertukar kaler rambut Syerlin"....hihihi

Dan hari ni umur dia 14 bulan++...rambut dia lebat,tak nampak pun kulit kepala...dan warna hitam...so,mama da buat macam2 pesen dah kat rambut dia...tocang..toncit...macam2 gaya..tapi sekejap je la tahan..sebab tangan akan garu kepala bila dah ngantuk...ahhaahah


Masa umur 10 bulan

Masa umur 13 bulan

Masa umur 14 bulan

Masa umur 14 bulan


So,saya cop Syerlin DUTA NUTROCOCO sebab itulah satu-satunya minyak rambut dia sejak lahir sehingga sekarang..hehheh..Honestly,saya tak pernah sapu baby oil kat kepala dia..:)

Sekiranya ibu-ibu nak cuba jugak minyak kelapa dara untuk lebatkan rambut anak...boleh je hubungi saya...nanti saya pos kan...disebabkan NutroCoco berjaya MELEBATKAN dan MENGHITAMKAN rambut Syerlin,maka saya ambil inisiatif untuk buat bisness online minyak Kelapa Dara...hihihihi...


Nak tahu kenapa saya memilih NutroCoco compare to the other brand?

Meh tengok sini 

Kerana NutroCoco dan NutroOlive mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti :

1.HALAL Malaysia
2.Good Manufacturing Practice (GMP)
3.Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP certified)
4.ISO 9001:2008 Quality System
5.British Retail Consortium (BRC) Global Standard For Food Safety
6.RSPO Suplly Chain Certification
7.RSPO Trademark License
8.SIRIM ISO 9001:2008 Quality System
9.Mesti Certificate

Seee...nampak tak banyak nyer certificates yang jenama NutroCoco ni dapat...So,sebelum memilih sesuatu produk lihatlah dulu yer kualiti produk tersebut...sebagai pengguna kita berhak 
dapat  yang TERBAIK dan BERKUALITI

Sape2 nak hubungi saya neh....017 854 5086...




HARGANYA ???? 

DIJAMIN TERMURAH DARI HARGA PASARAN....

INI GERENTI SAYA...


KLIK SINI >>>>   MERAWAT MASALAH RAMBUT GUGUR